Izfar Travel & Tours

Izfar Travel & Tours Umrah • Travel Consultant • Islamic Tours

اَللّٰـهُمّے صَلّےِعَلَےسَيِّدِنَا مُحَمّدِ وّعَلَےاَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْے

Berbuat baiklah kepada ibu bapa kitaSelamat Hari Ibu buat para ibu Firman Allah SWT:وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْ...
10/05/2026

Berbuat baiklah kepada ibu bapa kita
Selamat Hari Ibu buat para ibu

Firman Allah SWT:

وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَانًا ۖ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهًا وَوَضَعَتْهُ كُرْهًا ۖ وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلَاثُونَ شَهْرًا ۚ حَتَّىٰ إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي ۖ إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Maksudnya: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".

(Surah al-Ahqaf :15)

Selamat Hari Pekerja Rasulullah SAW bersabda:مَنْ طَلَبَ الدُّنْيَا حَلَالَا اسْتِعْفَافًا عَنِ الْمَسْأَلَةِ ، وَسَعْيَ...
01/05/2026

Selamat Hari Pekerja

Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ طَلَبَ الدُّنْيَا حَلَالَا اسْتِعْفَافًا عَنِ الْمَسْأَلَةِ ، وَسَعْيَا عَلَى أَهْلِهِ ، وَتَعَطُّفًا عَلَى جَارِهِ ، جَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَوَجْهُهُ كَالْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ

Maksudnya: “Barangsiapa mencari rezeki halal untuk menjaga diri daripada meminta-minta, dan dengan tujuan memenuhi nafkah keluarga, serta supaya dapat membantu tetangganya, nescaya dia akan datang pada hari Kiamat dengan wajahnya yang berseri-seri seperti bulan di malam purnama.”

Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (9890) dan al-Tabarani dalam Musnad al-Syamiyyin (3465)

28/04/2026
Panggilan Umrah telah tiba lagi menunaikan ibadah panggilan BaitullahBerhajat menjadi tetamu Allah di Haramain? 🕋Jom men...
15/04/2026

Panggilan Umrah telah tiba lagi menunaikan ibadah panggilan Baitullah

Berhajat menjadi tetamu Allah di Haramain? 🕋
Jom menunaikan ibadah umrah bersama kami

Musim baru 1448H dah dibuka
Hotel jarak dekat, perjalanan lebih selesa, ibadah lebih tenang ❤️

✨ 12 Hari 10 Malam
✨ Hotel 5⭐ sekitar 50m – 150m dari masjid
✨ Penerbangan terus
✨ Mutawif berpengalaman

Harga bermula RM8,990 sahaja.

Bayangkan setiap waktu solat…
Tak perlu berjalan jauh.
Tak perlu kejar masa.
Fokus hanya pada ibadah.

Tarikh - tarikh penerbangan juga telah tersedia
Kami sediakan juga di sini perjalanan umrah 12 hari 10 malam anda. In Shaa Allah.

Tempat terhad dan hubungi kami segera untuk tempah slot anda sekeluarga .

Klik link Whatsapp di bawah untuk kami santuni anda :

http://wasap.my/60193364496/umrah2026
http://wasap.my/60138044496/umrah2026

TIADA HAJI TANPA PERMIT – PERATURAN & GARIS PANDUANBermula Isnin, 25 Syawal 1447H (13 April 2026), semua penduduk yang i...
13/04/2026

TIADA HAJI TANPA PERMIT – PERATURAN & GARIS PANDUAN

Bermula Isnin, 25 Syawal 1447H (13 April 2026), semua penduduk yang ingin memasuki Ibu Kota Suci (Makkah) wajib mendapatkan permit rasmi daripada pihak berkuasa berkaitan. Kemasukan tanpa permit adalah tidak dibenarkan.

Pengecualian diberikan kepada:

• Pemegang ID yang dikeluarkan di Makkah
• Mereka yang mempunyai permit Haji
• Mereka yang mempunyai permit kerja di kawasan tanah suci, yang dikeluarkan secara elektronik melalui:
• Aplikasi “Absher Individuals”
• “Portal Muqeem” (yang disepadukan sepenuhnya dengan platform “Tasreeh”)

Tarikh akhir bagi pemegang visa Umrah untuk keluar dari Arab Saudi ialah:
➡️ Sabtu, 1 Zulqa’dah 1447H (18 April 2026)

Pengeluaran permit Umrah melalui platform “Nusuk” akan dihentikan untuk:

• Warganegara Arab Saudi
• Warganegara GCC
• Penduduk dalam Arab Saudi
• Pemegang visa lain

⛔ Tempoh penangguhan:

➡️ Dari 1 Zulqa’dah 1447H (18 April 2026)
➡️ Hingga 14 Zulhijjah 1447H (31 Mei 2026)

Mulai Sabtu, 1 Zulqa’dah 1447H (18 April 2026):

❌ Tidak dibenarkan masuk atau tinggal di Makkah bagi mana-mana pemegang visa,
kecuali mereka yang mempunyai visa Haji yang sah.

Kementerian Dalam Negeri (SAUDI) menyeru semua pihak agar mematuhi peraturan ini sepanjang musim Haji dan bekerjasama dengan pihak berkuasa demi memastikan keselamatan serta kelancaran jemaah.

⚠️ Sebarang pelanggaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Jom kita ketahui 10 fakta menarik mengenai Masjid Quba:1- Masjid Quba diambil dari nama Kampung Quba. Kampung ini terlet...
06/04/2026

Jom kita ketahui 10 fakta menarik mengenai Masjid Quba:

1- Masjid Quba diambil dari nama Kampung Quba. Kampung ini terletak di kawasan pinggiran Yathrib , yang jaraknya kira-kira tiga kilometer di selatan Madinah.

2- Masjid ini didirikan di atas sebidang tanah seluas 1,200 meter persegi yang merupakan hak milik keluarga Kalsum bin Hadam dari Kabilah Amru bin Auf.

3- Rasulullah SAW sendiri membina masjid ini dengan meletakkan batu asas pertama (batu di mihrab masjid). Batu ini diletakkan menghadap Baitul Maqdis di Palestin, yang kemudiannya diikuti berturut-turut oleh Abu Bakar, Umar dan Uthman.

4- Masjid ini merupakan masjid pertama yang melaksanakan solat secara berjemaah.

5- Pada mulanya, masjid ini hanyalah satu ruang segi empat untuk solat dan juga sebuah serambi. Ruangan ini mempunyai tiang daripada pohon buah kurma, dan beratapkan pelepah daun kurma yang bercampur dengan tanah liat.

6- Khalifah Umar bin Abdul Aziz merupakan khalifah pertama yang mendirikan empat menara masjid yang tingginya 47 meter.

7- Masjid ini pernah mengalami peralihan arah kiblat dari Baitul Maqdis dan kemudiannya ditukar menghadap Baitullah di Mekah.

8- Sekarang masjid ini memiliki 19 pintu yang terdiri daripada tiga pintu utama yang berdaun pintu besar. Dua pintu untuk jemaah lelaki dan satu pintu bagi jemaah wanita.

9- Masjid ini mempunyai enam kubah besar yang setiap satu kubah ini berdiameter 12 meter. Makala, terdapat juga 56 kubah kecil yang berdiameter enam meter.

10- Kawasan majlis ini sekitar 135,000. Jadi, ruang solat utama seluas 5,035 persegi serta mampu menampung sehingga 20,000 jemaah. Ketika zaman Rasulullah, redhanya.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang pergi ke Masjid Quba’ dari rumahnya dalam keadaan berwudhu dan solat sunat dua rakaat di dalam masjid berkenaan, ganjarannya adalah satu pahala umrah."

Oleh itu, setiap kali sekiranya ingin ziarah ke Masjid Quba pastikan bersiap sedia berwudhu dari bilik hotel dan setibanya di sini para jemaah akan mendirikan solat sunat dua rakaat bagi mengambil fadilat ganjaran pahala hadith nabi ini.

Alhamdulillah bukan sekadar ziarah biasa bukan sekadar untuk bergambar, tetapi ibrah sirah nabawiyah dan ganjaran pahala keutamaanya.

Allah Mustaan.

Alhamdulillah wajah wajah kesyukuran jemaah Izfar Travel & Tours para tetamu Rasulullah, diberi kesempatan ruang dan pel...
06/04/2026

Alhamdulillah wajah wajah kesyukuran jemaah Izfar Travel & Tours para tetamu Rasulullah, diberi kesempatan ruang dan peluang menziarahi Raudhah. Semoga kita diberikan rezeki untuk bertamu di bumi Madinah. Amin Ya Rabb.

Alhamdulillah Jemaah Izfar Travel & Tours di bumi Madinah, saat paling bahagia dan indah apabila berada di bumi Madinah ...
04/04/2026

Alhamdulillah Jemaah Izfar Travel & Tours di bumi Madinah, saat paling bahagia dan indah apabila berada di bumi Madinah yang barakah dan tenang.
Semoga ia menjadi saksi hadirnya mereka bertamu di bumi Madinah, mengambil ibrah Rasulullah dan para sahabat.

Daripada Anas bin Malik RA bahawa Rasulullah SAW pernah berdoa:
اللَّهُمَّ اجْعَلْ بِالْمَدِينَةِ ضِعْفَيْ مَا جَعَلْتَ بِمَكَّةَ مِنَ البَرَكَةِ
Maksudnya: Ya Allah! Limpahkanlah keberkatan di Madinah ini dua kali keberkatan yang berada di Makkah.
Riwayat al-Bukhari (1885)

Suasana para duyufurrahman di Muzium Al Amoudi. Muzium Al Amoudi yang terletak di daerah El Shimeisi, sempadan Jeddah-Ma...
03/04/2026

Suasana para duyufurrahman di Muzium Al Amoudi. Muzium Al Amoudi yang terletak di daerah El Shimeisi, sempadan Jeddah-Makkah. Muzium ala ala purba ini merupakan lokasi buat para jemaah Izfar Travel & Tours dibawa ziarah.

Muzium ini mempamerkan peradaban masyarakat Arab daripada pelbagai daerah pada masa dahulu. Uniknya di muzium ini, para petugas muzium di sini petah berbahasa Melayu dan menjadi satu tarikan buat para pengunjung dari Nusantara untuk mendengar celoteh petugas petugas Arab menerangkan sejarah dan budaya Arab itu sendiri.

Semoga ia memberi 1001 kenangan indah buat para jemaah bersama keluarga tersayang di Tanah Arab.

Gua Hira adalah sebuah gua yang terletak di Jabal al-Nour (Gunung Cahaya) di Makkah, Arab Saudi. Gua ini mempunyai makna...
03/04/2026

Gua Hira adalah sebuah gua yang terletak di Jabal al-Nour (Gunung Cahaya) di Makkah, Arab Saudi. Gua ini mempunyai makna yang sangat penting dalam sejarah Islam kerana di sinilah Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama daripada Allah SWT melalui Malaikat Jibril. Peristiwa ini menandakan permulaan kerasulan baginda.

Gua Hira terletak kira-kira 3.2 km di utara Kaabah, di puncak Jabal al-Nour. Ia berada pada ketinggian sekitar 640 meter di atas permukaan laut.

Pada tahun 610 M, ketika Nabi Muhammad SAW berusia 40 tahun, baginda sering mengasingkan diri di Gua Hira untuk beribadah dan merenung. Dalam salah satu daripada pengasingan ini, baginda didatangi oleh Malaikat Jibril yang menyampaikan wahyu pertama berupa ayat-ayat dari surah Al-'Alaq (96:1-5):

"𝑩𝒂𝒄𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 (𝒎𝒆𝒏𝒚𝒆𝒃𝒖𝒕) 𝒏𝒂𝒎𝒂 𝑻𝒖𝒉𝒂𝒏𝒎𝒖 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒏𝒄𝒊𝒑𝒕𝒂𝒌𝒂𝒏, 𝑫𝒊𝒂 𝒕𝒆𝒍𝒂𝒉 𝒎𝒆𝒏𝒄𝒊𝒑𝒕𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂 𝒅𝒂𝒓𝒊 𝒔𝒆𝒈𝒖𝒎𝒑𝒂𝒍 𝒅𝒂𝒓𝒂𝒉. 𝑩𝒂𝒄𝒂𝒍𝒂𝒉, 𝒅𝒂𝒏 𝑻𝒖𝒉𝒂𝒏𝒎𝒖-𝒍𝒂𝒉 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝑴𝒂𝒉𝒂 𝑷𝒆𝒎𝒖𝒓𝒂𝒉, 𝒀𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒂𝒋𝒂𝒓 (𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂) 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒑𝒆𝒓𝒂𝒏𝒕𝒂𝒓𝒂𝒂𝒏 𝒌𝒂𝒍𝒂𝒎, 𝑫𝒊𝒂 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒂𝒋𝒂𝒓𝒌𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂 𝒂𝒑𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒅𝒊𝒌𝒆𝒕𝒂𝒉𝒖𝒊𝒏𝒚𝒂."

Wahyu ini adalah permulaan turunnya Al-Quran, yang berlangsung selama lebih 23 tahun.

Hari ini, Gua Hira menjadi destinasi ziarah bagi umat Islam yang mengunjungi Makkah. Pihak pemerintah Arab Saudi juga menyediakan pelbagai fasiliti dan pembaikan sepanjang laluan pendakian ini dari semasa ke semasa bagi memudahkan para pengunjung mengambil ibrah peristiwa yang berlaku di sini.

Semoga perkongsian ini dapat menjentik hati kita bertamu lagi lagi dan lagi ke bumi Haramain,
In Shaa Allah.

Alhamdulillah Umrah Syawal bimbingan Ust Faiz Arshad berserta iringan mutawifah Hjh Nik Sarina dan Hjh Ramlah selesai me...
01/04/2026

Alhamdulillah Umrah Syawal bimbingan Ust Faiz Arshad berserta iringan mutawifah Hjh Nik Sarina dan Hjh Ramlah selesai menunaikan ibadah umrah di Baitullah Al Haram.
Nikmat yang paling dinanti-nanti buat para tetamu Allah adalah menatap dengan mata sendiri keindahan Kaabah, yang merupakan kiblat kita seluruh umat Islam dan tanda ubudiyyah kita kepada Allah Yang Esa.

Address

Jalan SJ 5/1, Taman Seremban Jaya
Seremban
70450

Telephone

+60183830435

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Izfar Travel & Tours posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Izfar Travel & Tours:

Share

Category