19/02/2026
Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengesan kewujudan akaun-akaun media sosial yang membuat tawaran haji percuma.
TH tidak pernah menawarkan sebarang pakej haji percuma, sama ada secara langsung mahupun melalui anak syarikat di mana-mana platform media sosial. Sebarang tawaran sedemikian adalah palsu dan bertujuan mengelirukan orang ramai.
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, tidak berkongsi maklumat peribadi atau butiran akaun kepada pihak yang meragukan. Rujuk saluran komunikasi rasmi TH untuk sebarang pengesahan.