03/01/2026
Assalamualaikum wbt
MAKLUMAN KEPUTUSAN RAYUAN HAJI IN SAFF TRAVEL
Adalah dimaklumkan Rayuan Haji Tuan/Puan melalui syarikat In Saff Travel telah pun diputuskan.
Bakal haji yang berjaya akan menerima SMS atau emel secara terus dari Tabung Haji. Tuan/puan diminta untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan menjawab Surat Tawaran di aplikasi THIJARI.
Untuk makluman, bakal haji yang telah menerima tawaran tersebut adalah merupakan jemaah rayuan yang telah berjaya dipilih.
Bagi mereka yang tidak menerima apa-apa makluman sehingga AHAD, 4 JAN 2026, Rayuan Tuan / Puan untuk menunaikan Ibadat Haji bersama In Saff Travel bagi musim 1447H / 2026M dianggap TIDAK BERJAYA.
Sungguh pun begitu, sebagaimana makluman awal oleh pihak TH, keputusan Rayuan Haji melalui Muassasah TH (THIJARI) masih berjalan sehingga 30 Syawal dan bagi jemaah yang mendapat kelulusan Rayuan selepas 04Jan, kemasukkan ke Pakej PJH adalah tertakluk kepada kelulusan TH.
Tahniah diucapkan kepada semua bakal haji yang terpilih. Semoga urusan ibadah Haji dipermudahkan.
Terima Kasih.
Sekian, terima kasih.