24/10/2020
Lama tak bercerita tentang musim dan suasana di Perth, Australia.
Sekarang ni, Oktober 2020 masih berada dalam Musim Bunga/Spring. Kebiasaan musim bunga ni suhu antara 22°C hingga 28°C.
Berlainan sedikit tahun ni, cuaca agak terlebih panas. Contohnya, esok dijangka suhu mencecah hingga 33°C. Fuhhh.. penuh la pantai-pantai esok.😅
Seiring perubahan musim, putaran masa harian pun berubah. Bukan tambah masa jadi 25jam sehari atau terkurang jadi 20jam sehari... Hehehehe.
Siang semakin panjang manakala malam semakin pendek. Dulu masa Cikgu Geografi terangkan berkenaan 'Negara 4 Musim' dengan term siang panjang malam pendek, KakDiva fahamkan dan ingat maklumat tu untuk jawab soalan peperiksaan.
Selepas berada di sini, barulah KakDiva memahami sepenuhnya dan merasai. Merasai terseksanya kau kena bangun Solat SUBUH pukul 3am😜. Lebih-lebih lagi kau ada masalah nak tidur. Jam 1.30am baru nak lelap.... Berat oiii, ujian tu. Hahahaha...😂😂😂
Hari ni 24/10/2020, Subuh jam 3.59am dan Maghrib jam 6.35pm. Maksudnya jam 6.30am dah mula terang la. Jam 10am, panas terik dah.
Jangan la tanya, kedai buka awal ke?... Hahaha. Urus niaga/perkhidmatan berjalan ikut masa standard, bukan ikut musim.
Menjelang musim panas (Disember- Februari), Subuh jam ±3.15am dan Maghrib ±7.30am. Bila giliran Ramadan masa seperti ni... Masyakkkkk.😅. ±16jam berpuasa. Bertabahlah...
KakDiva sebenarnya nak tunjuk gambar bunga-bunga liar asli ( OZ native wildflowers) kecuali yang sedang senyum tu😜. Haaaa... Yang tu Melayu tulen dari Malaysia & dah disunting orang😆.
Baikkkk... Macam dah panjang cerita. Bagi yang dah pernah ke Perth padaMusim Bunga yang lepas-lepas, KakDiva saja bagi mengimbau kenangan.
Kepada yang sepatutnya sampai Australia terutamanya Perth tetapi terhalang kerana wabak yang sedang melanda, jangan sedih. InshaAllah ada rezeki dan percayalah ada perancangan Allah swt yang lebih hebat dan lebih baik untuk kita sebenarnya.
Dan dengan izin-Nya juga nanti, KakDiva doakan kalian sampai dan menikmati keindahan ciptaan Tuhan yang Maha Berkuasa lagi Pengasih & Penyayang.
KakDiva selalu mendoakan yang terbaik untuk sahabat-sahabat sekalian.