30/09/2024
Taif.
Menyingkap sejarah Taif, Nabi Ibrahim AS berdoa kepada Allah SWT supaya dikurniakan Makkah dengan sumber rezeki yakni buah-buahan.
Lantaran doa Baginda, Taif memperoleh keberkatan tanah yang subur dengan buahan-buahan sehingga digelar Kebun Kota Makkah suatu ketika dahulu.
Meskipun sebahagian besar Taif diliputi kawasan berbatuan, tanahnya tetap subur dan terkenal dengan produk pertanian termasuk kurma, delima, anggur, buah zaitun dan buah tin.
Taif bukan sekadar terkenal sebagai destinasi pelancongan, bahkan ia juga menyimpan episod duka Rasulullah SAW dalam perjalanan dakwah Baginda. Bagi melengkapi perjalanan ibadah di Tanah Suci, Taif adalah lokasi tepat untuk jemaah menelusuri sirah Badinda.
Peristiwa ini berlaku ketika Baginda kehilangan dua pelindung iaitu isteri tercinta, Saidatina Siti Khadijah RA yang digelar sebagai Ummul Mukminin dan bapa saudara, Abu Talib.
Wafatnya kedua-dua individu disegani itu membuatkan kaum Quraisy semakin berani menentang dan mengganggu Rasulullah SAW sehingga Baginda membuat keputusan untuk berdakwah ke Taif.
Namun penduduk Taif bukan sahaja melakukan penolakan kepada dakwah Rasulullah SAW, bahkan mereka memperlakukan Baginda dengan kasar.
"Mereka mengumpul kanak-kanak dan mengarahkan mereka melontarkan batu-batu kepada Baginda sehingga berlumuran darah dari hujung kepala hingga ke kaki.
"Dalam keadaan seperti itulah Rasulullah SAW kembali dari bandar Taif. Dalam perjalanan pulang, Baginda menjumpai suatu tempat yang dirasa aman dari kejahatan orang-orang Taif, maka Rasulullah SAW berdoa kepada Allah SWT.
"Rasulullah SAW memanjatkan doa sehingga Jibril AS datang bersama malaikat penjaga gunung dan menawarkan untuk menghempap penduduk Makkah. Akan tetapi, mulianya hati Rasulullah SAW, Baginda tetap berdoa untuk kebaikan supaya memunculkan dari kalangan mereka sendiri keturunan yang akan menyembah Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apapun,"
::::::::::
Perlaksanaan umrah kedua yang akan bermiqat di Masjid Jaranah.
"Umrah ke Umrah adalah penghapus dosa antara keduanya, dan haji yang mabrur tidak ada pahala baginya selain Syurga."
(HR. Bukhari dan Muslim)
Min doakan semua agar dikurniakan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk istiqamah melaksanakan amal ibadah
InshaAllah.