24/08/2026
Tahniah Selangor!
[TERKINI] SUKMA 2026: Selangor Cuti Peristiwa Pada 1 September - Amirudin Shari
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan 1 September depan (Selasa) sebagai cuti peristiwa bersempena kemenangan negeri berkenaan menjuarai pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026.
Beliau berkata demikian sewaktu Majlis Penutupan Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 yang berlangsung di Aneka Walk, SA Sentral, Shah Alam pada malam ini.
Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan Penembak sensasi dari Pahang, Cheah Zen Hong selaku Atlet Lelaki Terbaik Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026. Ia selepas atlet berkenaan memecahkan dua rekod temasya dalam dua acara.
Sementara Atlet Wanita Terbaik p**a dirangkul oleh perenang wanita Selangor, Eliza Tan Ai Shen, selepas memecahkan rekod kebangsaan acara 100 meter gaya bebas wanita sebanyak dua kali dengan rekod baru 56.78 saat pada usia 19 tahun.
Dalam edisi kali ini, Selangor yang juga tuan rumah secara rasmi dinobat sebagai juara keseluruhan selepas mengutip 101 emas, 73 perak dan 71 gangsa.
Manakala Wilayah Persekutuan di tangga kedua dengan kutipan 51 emas, 54 perak dan 52 gangsa diikuti Terengganu melengkapkan 3 negeri teratas dengan kutipan 43 emas, 44 perak dan 36 gangsa.
Sumber: Fb Amirudin Shari