MyjomBizness Gallery

MyjomBizness Gallery MyjomBizness Gallery offers videos on popular destinations plus other interesting videos available.

01/03/2025

Resepi Rendang Tok Asli Negeri Perak

Bila sebut pasal rendang, dalam banyak-banyak versi di Malaysia ni, Rendang Tok Asli Negeri Perak juga yang menambat selera tekak saya. Teksturnya yang kering kering tak berkuah, pedas-pedas rempah dan cili, harum sangat.

Cara memasak 👇

01/03/2025

Resepi Char Kuey Teow Sedap dan Pasti Menjadi

Cara mudah untuk buat char kuey teow sendiri dekat rumah. Rasanya pun hampir sama macam dekat gerai. Paling penting, char kuey teow ni mesti buat sepinggan asing-asing untuk setiap orang makan. Baru sedap.

Cara membuat 👇

23/12/2024
24/11/2024

Pergh...

Enam kali sehari. Atok saya dulu seingat saya makan 2 atau 3 kali sehari walaupun kerja motong getah dan sawit.

Dia meninggal umur 90 Plus tahun (sebab dia pun tak ingat tahun kelahiran).

Saya buat diet IF. Jadi merarau dan makan malan saja.

Juga kekadang kala meracipan (late brunch) :)

04/11/2024
04/11/2024

Resepi Coqkodok / Bebola Keledek Manis ❤️

Minum petang kita buat bebola keledek.
Lembut di dalam ranggup di luar
Saya guna resepi dibawah👇

BAHAN-BAHAN :

1 1/2 cwn keledek oren/ungu. Siap direbus dan dilenyek
1/4 cwn gula pasir
1/2 cwn tepung pulut
3/4 cwn tepung beras
1 sdt baking powder
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :

Satukan semua bahan²

Sebatikan sehingga jadi doh. Uli manja2 je ye.

Bulat²kan.

Goreng sehingga masak dan kuning keemasan.

Angkat dan hidangkan ketika panas.

Siap...

Selamat Mencuba 😘

Daripada Eniza M. Salim
Moga Sama2 Dapat Manfaat ❤️ Dunia Akhirat
📌watermark penaja diletakkan oleh pihak kami

25/09/2024

Resepi Mee Soto Ayam

Bahan-bahan:

500gm mee kuning (mee hoon/sohun pun boleh) – dicelur
100 gm/50 sen taugeh – dibersihkan dan dicelur
1 ekor ayam dibelah dua atau empat
3-4 liter air
3 sudu makan ketumbar*
3 sudu makan jintan kasar*
2 sudu makan jintan halus* (*disangai & dikisar halus)
1 sudu teh serbuk lada putih
1 batang kayu manis
4 biji buah pelaga
4 biji bunga cengkih
garam&secukup rasa
minyak untuk menumis
1 biji bawang besar hiris
1 kuib ayam dan 1 sup bunjut adabi

Bahan Kisar

3 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
5 cm halia

Bahan Sampingan

secukupnya daun sup & daun bawang
bawang goreng
begedil
sambal kicap cili padi
isi ayam (disiat-siat)

Sambal Kicap Cili Padi –
25 biji cili padi merah/cili api
4 ulas bawang putih
125 ml (dalam 1/2 cawan) kicap lemak manis
jus dari perahan 2 biji limau kasturi

Cara Membuat:
Kuah Soto 👇

1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang besar tadi hingga kuning sedikit.
2. Masukkan rempah tumis (kayu manis, cengkih & pelaga) yang telah dititik.
3. Kemudian, masukkan rempah yang telah dikisar. Kacau hingga garing dan naik baunya.

4. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus, jintan kasar dan lada putih. Kacau hingga rata.
5. Masukkan ayam, air, kiub ayam, rempah sop punjot dan garam. Kacau sekali-sekala dan biarkan hingga mendidih.
6. Kemudian, keluarkan ayam yang telah empuk dari periuk.

Sambal Kicap👇

1. Goreng cili padi dan bawang putih bersama sedikit minyak.
2. Toskan dan kisar/tumbuk dan perahkan jus limau)

Cara Menghidangkan Mee Soto:

1. Ambil mee/bee hoon lalu bubuhkan dalam mangkuk. Bubuhkan juga taugeh celur.
2. Tuangkan kuah soto dan taruklah isi ayam yg telah disiat ke atas mee tadi.
3. Taburkan daun sup/bawang dan bawang goreng. Bubuh sebiji begedil dan sedikit sambal cili padi.

Sumber resepi:FB
Airtangan dan gambar: Eniza M. Salim.

23/09/2024

Resepi Puding Laici Zaman 90-an

Jangan risau saya karang resepi ni agak detail supaya orang lain boleh cuba juga tau. Resepi ni sangat-sangat mudah, satu layer sahaja, boleh buat dalam kuantiti yang banyak sebab confirm tak cukup!.

Lihat cara buat 👇

23/09/2024

Patut pun viral.. sedap giler, resepi ni asyik lalu kat wall je, hari ni baru berkesempatan nk mencuba,ingat nk mkn mlm nnti tapi dh tk sabar.. lepas siap masak petang tadi terus mkn, saya padankan dengan ikan belah belakang..encik suami puji melambung😂😂dia dh request suruh buat raya haji nnti nk mkn dengan ketupat.

Terimakasih yg bagi resepi ni.Saya copy paste balik resepi ni ye

Kredit: Nurul Ateekah

•••••••••••••••••••••••••

RESEPI TELUR BUMBU KUNING PEDAS(INDONESIA)

BAHAN-BAHAN:

Telur 8 biji ( direbus dan dibuang kulit )

Serai 1 batang ( dikatok )

Lengkuas 3 cm dihiris

Tomato ( dibelah )

2 helai Daun limau purut ( dihiris )

1 helai Daun kunyit ( dihiris )

Santan fresh 700ml

Serbuk perasa

Garam

1-1½ cawan minyak

Bawang besar 1-2 biji ✨

Bawang putih 4 ulas ✨

Halia 3cm ✨

Kunyit hidup 3cm✨

Cili hijau 3 batang ✨

Cili padi hijau 10 batang ✨

Cili kering 7-10batang ✨

P/S = • Gunting cili kering dan rebuskan sehingga lembut . Toskan airnya dan bilas cili kering yang telah direbus tadi .

• Kisarkan sekali dengan bahan yang bertanda ✨

CARA MEMASAK

1. Panaskan minyak untuk menggoreng telur . ( Pastikan minyak betul2 panas ) dan masukkan telur , Goreng sehingga 1-2 minit ,. ATAU kulit telur diluar sedikit garing . Angkat dan ketepikan .

2. Gunakan minyak yg sama , tumis bahan yg telah dikisar tadi sehingga pecah minyak dan sedikit kering .

3. Masukkan santan ( API perlahan ) dan Gaulkan Dan masak sehingga sedikit kering

4. Kemudian,Masukkan serai , lengkuas , cili padi hijau , tomato , daun limau purut dan daun kunyit . Kemudian Gaulkan sehingga kering Dan pecah minyak

5. Masukkan garam dan serbuk perasa . Gaulkan rata

6 . Masukkan telur yg telah digoreng tadi dan masakkan ia seketika .

7. Angkat dan siap untuk dihidang .

Nor Haya

July 4 ·

Address

Shah Alam

Telephone

+60123666687

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MyjomBizness Gallery posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to MyjomBizness Gallery:

Shortcuts

Share