Nak Travel?

Nak Travel? Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Nak Travel?, Travel Agency, 28-1A, Tingkat 1, Blok 12, Jalan Pahat J 15/J, Seksyen 15, Dataran Otomobil, Shah Alam.

27/04/2020

JELAJAH EROPAH 5 NEGARA DALAM SATU PENGEMBARAAN YANG MENAKJUBKAN.
London 🇬🇧 - Amsterdam 🇧🇶 - Swiss 🇨🇭 - Brussels 🇧🇪 - Paris 🇫🇷
KEUNIKAN DAN KEINDAHAN PANORAMA NEGARA EUROPE YANG MEMUKAU PASTI AKAN MENAMBAT HATI ANDA
APA YANG BEST PAKEJ INI?
Di London 🇬🇧 kita akan melawat Big Ben yang terletak di London. Tahun 1859, Big Ben dinobatkan sebagai Tower Clock yang TERBESAR & MEMPUNYAI WOW FACTOR 🤩
Di Amsterdam 🇵🇾 melawat VOLENDAM adalah satu kemestian kerana ia terkenal dengan RUMAH KAYU 🏡 YANG COLOURFUL BAK PELANGI 🌈
Tidak lupa juga dengan MAKANAN LAUT YANG SUPERB SEDAP🦑🦐🦀. Pasti anda akan terliur dengan keenakan makanan laut.
Di Brussels 🇧🇪 kepada anda yang s**a melihat keindahan kota Eropah dalam bentuk replika kota Eropah yang kecil iaitu di MINI EUROPE.
Ia sangat lah comel dan kecil. Yang anda perlu sediakan adalah kamera 📸 dengan memory yang sangat banyak kerana anda boleh bergambar 🤳🏻 disitu.
Di Switzerland 🇨🇭 kita akan melawat KOTA SWISS yang terkenal di INTERLAKEN. Pemandangan yang menghijau💚 danau dan sungai yang biru💙, tersaji di depan mata serupa lukisan. 👨🏻‍🎨 Sungguh Indah!!! 😇
Juga boleh merasai salji di Mount Titlis 🗻 Pemandangan yang dihiasi dengan puncak gunung yang diliputi salji dengan latar belakang awan membiru, dan udara yang dingin.

Di Paris 🇫🇷 cukup terkenal dengan KOTA CINTA💞 iaitu MENARA EIFFELS🗼merupakan trade mark Paris. INGAT PARIS, INGAT EIFFELS TOWER.
Seterusnya anda boleh membeli belah 🛍 di THE CHAMPS ELYSEES untuk dibawa pulang ke tanah air kita sendiri iaitu MALAYSIA 🇲🇾





KEINDAHAN CIPTAAN MANUSIA KURNIAAN TUHANMasjid Sultan Hassan II, sebuah masjid yang tersergam indah di bumi Casablanca, ...
27/04/2020

KEINDAHAN CIPTAAN MANUSIA KURNIAAN TUHAN

Masjid Sultan Hassan II, sebuah masjid yang tersergam indah di bumi Casablanca, Maghribi. Merupakan masjid terbesar di Afrika dan masjid ketujuh terbesar di dunia. Menaranya yang menjulang tinggi merupakan menara masjid kedua tertinggi di dunia berukuran 210 meter.

Keindahan masjid ini yang terletaknya di persisiran Lautan Atlantik sudah pasti sangat mempesonakan lantas membuat pengunjung jatuh cinta setelah melihat keindahan masjid ini.Masjid yang bertemakan rekaan Arab-Andalusia dan Moor ini berkemampuan memuatkan hampir 105,000 jemaah (25,000 di ruangan solat dan 80,000 di perkarangan masjid) dalam satu masa.

Allah SWT berfirman:

“Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang orang yang beriman kepadaNya dan hari akhirat serta mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut kepada sesiapa melainkan Allah SWT. Maka, merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk di dalam golongan orang-orang uang mendapat petunjuk.” ( At-Taubah: 18)

Maka, berdasarkan ayat diatas. Marilah kita sama-sama memakmurkan masjid. Meski pada waktu ini umat islam tidak dibenarkan untuk beribadah di masjid. Namun, apabila keadaan sudah kembali pulih. Tidak salah untuk kita bersama-sama mengimarahkan masjid. Secantik manapun binaan masjid tidak menjamin ketaqwaan sesorang kepada Alah SWT melainkan dengan kesungguhan dalam melaksanakan ibadah.

KESAN SOLAT TERHADAP UMAT ISLAMSayyidina Abu Zar RA berkata, “Suatu ketika Nabi SAW keluar pada musim sejuk semasa daun-...
27/04/2020

KESAN SOLAT TERHADAP UMAT ISLAM

Sayyidina Abu Zar RA berkata, “Suatu ketika Nabi SAW keluar pada musim sejuk semasa daun-daun gugur, lantas baginda SAW memegang dahan dari sebatang pokok maka daun-daun tersebut mulai gugur dengan lebar dari dahan tersebut. Baginda SAW bersabda. “Wahai Abu Zar.” saya menyahut, “Saya, Ya Rasulullah”. Kemudian Baginda SAW bersabda, “Apabila seseorang islam menunaikan solat untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT, dosanya gugur seperti gugurnya daun-daun ini dari pokok.” (Hadis riwayat Ahmad)

Keterangan

Pada musim sejuk, banyak sekali daun yang gugur sehingga kadang-kadang pada sesetengah pohon tiada sehelai daun pun yang tinggal. Inilah juga mafhum daripada sabdaan Nabi SAW di atas, iaitu kesan solat yang dilaksanakan dengan ikhlas akan menghapuskan semua dosa sehingga tidak ada satu dosa pun yang tertinggal.

Walau bagaimanapun, satu perkara perlu diberi perhatian iaitu rumusan daripada kajian yang mendalam dibuat oleh para alim ulama berdasarkan Al-Quran dan hadis menyatakan bahawa hanya dosa-dosa kecil sahaja yang akan terampun melalui solat dan amalan-amalan kebaikan yang lain. Dosa beesar tidak terampun melainkan dengan taubat. Oleh itu, di samping mengerjakan solat, kita hendaklah juga betaubat dan beristighfar.

APA ITU GLAMPING?Glamping adalah daripada pekataan “glamour camping” atau “berkemah secara glamor”. Penyedia destinasi G...
27/04/2020

APA ITU GLAMPING?

Glamping adalah daripada pekataan “glamour camping” atau “berkemah secara glamor”. Penyedia destinasi Glamping secara asasnya menyediakan alatan asas berkhemah seperti alas dan beg tidur, lampu, pemanggang, lilin, pinggan , kerusi,m eja dan sebagainya dalam gaya glamor, unik dan hipster. Jika menggunakan tin atau botol kaca terpakai sekalipun, ianya akan dihias cantik dan glamor. Semuanya dalam keadaan cantik dan kreatif.

Glamping kini semakin popular di negara-negara Asia seperti Korea, Jepun, China, Indonesia dan Malaysia yang membolehkan anda beriadah sambil menikmati suasana keseronokkan berkhemah namun dalam keadaan yang sangat selesa dan mewah tidak ubah seperti menginap di hotel 5 bintang! Tidak seperti berkhemah cara dulu-dulu yang ada banyak kes**aran seperti kes**aran untuk mendapatkan bekalan makan minum, kemudahan tempat mandi dan tandas yang bersih dan selesa serta tiada sebarang tawaran aktiviti hiburan yang menarik untuk mengisi masa lapang dan sebagainya.

Glamping mula diperkenalkan di negara-negara Eropah yang mempunyai daya beli (buying or purchasing power) terhadap segmentasi pelancongan nature based. Andai bercerita mengenai spot glamping yang terkenal di serata dunia, pastinya lokasi-lokasi ini menjadi tumpuan seperti Whitepod, Switzerland, Paws Up, Montana dan Greystoke Mahale yang terletak di Tanzania. Pelancong-pelancong Eropah juga amat gemar melancong ke Afrika kerana alam sekitar dan pemandangan Safarinya yang sangat cantik dan menakjubkan untuk dinikmati tak kira siang atau malam.
Ramai pelancong yang melancong ke Afrika ketika itu sudah terbiasa dengan kehidupan mewah dan kaya.

Mereka membawa bermacam-macam kelengkapan bagi memastikan keselesaan ketika bercuti di Afrika seperti permaidani, sofa angin, sauna portable, peralatan elektronik, hammock, spring bed dan ada juga yang membawa oven serta tukang masak untuk menyediakan makanan!

Address

28-1A, Tingkat 1, Blok 12, Jalan Pahat J 15/J, Seksyen 15, Dataran Otomobil
Shah Alam
40200

Telephone

0193394498

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nak Travel? posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category