12/09/2024
Antara amalan yang dicadangkan semasa menunggu di airport & di dalam flight:
1. Istighfar min 100x.
2. Tasbih, tahmid & takbir min 100x.
3. Tahlil "La ilaaha illallah.." min 100x.
4. Solawat min 300x.
5. Ulang & hafal doa² (B. Arab) masa tawaf & saei serta faham.
6. Membaca Al-Quran.
7. Susun & rancang doa peribadi & kiriman orang.
8. Ulang & hafal ucapan salam menziarahi kubur.
9. Doa kebaikan untuk perjalanan, aktiviti, ibadah, kebersihan hati, kesihatan, kesembuhan, kekuatan, kesabaran, kemudahan, kecukupan, perlindungan dsb.
Kongsi & semoga bermanfaat.
Umrah Maqbulah wa Hajj Mabrurah wa zunub maghfurah 🤲