16/09/2026
Kami perasan lepas setiap kali servis aircond rumah ke rumah...
Owner rumah yang ada masalah aircond, selalunya bukan sebab tak pernah servis.
Tapi masalahnya tak tahu macam mana nak jaga aircond sentiasa sejuk dan tahan lama.
Apa yg kami perasan no 2 ni yang paling ramai buat:
1. Guna je selagi boleh on, walaupun dah setahun tak servis.
Tak perlu tunggu aircond betul-betul mati baru cari technician. Selagi still boleh on, kita rasa "ok je lagi". Tapi dalam tu, filter dah tersumbat, coil dah berkarat, gas pun bocor sikit-sikit. Bukan rosak sekali gus, tapi rosak senyap-senyap. Last2 bila aircond mati, kos repair dah jauh lagi mahal.
Sebaiknya servis on schedule (3-6 bulan sekali), bukan tunggu aircond mati.
2. Anggap selagi sejuk, tak perlu servis
Bila tak sejuk baru perasan dah lama tak servis. Time ni punca tak sejuk bukan lagi sebab tak service, mungkin sebab lain yang lebih serius.
Jadikan servis based on masa, bukan based on rasa.
3. Anggap servis tu cost yang boleh dielak, bukan investment
Fikir nak jimat buat masa sekarang tapi tak jikat untuk masa akan datang. Bukan setakat bil je naik, tapi kos nak repair aircond lagi tinggi.
Kena anggap servis sebagai insurance, kos kecil yang consistent, berbanding kos besar yang datang tiba-tiba.
Benda ni mungkin nampak simple, tapi hakikatnya kami selalu berhadapan dengan masalah ni tiap kali pergi servis di rumah customer.
Follow Aivee , kami akan share lagi cara-cara penjagaan aircond sentiasa sejuk dan tahan lama