01/08/2022
Assalamualaikum WBH......
Sesungguhnya perancangan Allah SWT adalah yg terbaik.... "Wamakaru, Wamakarallah".
Dukacitanya diumumkan bahawa adik kami, Saudara Firdaus Ariff telah kembali ke rahmatullah. Jenazah selamat disemadikan petang tadi ditanah perkuburan Islam berdekatan UPM, Serdang.
Abadilah kau sahabat dialam barzarkh. Kami bakal menyusul kemudian. Arwah adalah seorang sahabat pancing yg rajin, kreatif, ringan tulang dan serba boleh. Siapa yg mengenali beliau, pasti faham peribadi beliau. Walaupun berpangkat adik kerana umur, arwah adalah antara ahli D7L yg punyai pengalaman memancing yang tinggi, dan sgt2 hanyir. Jarang arwah kumpaw. Kamu pasti dirindui sobat.
Bagi pihak keluarga arwah, jika sesiapa yg membaca posting ini ada urusan2 yang masih tertangguh dengan arwah, bolehlah hubungi admin untuk tindakan susulan. Admin juga mohon ampun dan maaf bagi pihak arwah.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim....... sejahterakanlah roh sahabat kami di naungan mu yg terbaik. Tempatkan maqam arwah dikalangan hamba hamba mu yang beriman dan beramal soleh. Amin Ya Rabbal 'Aalamiinn.
Al fatihah.