16/01/2026
IKTIKAF DI MEKAH: BUKAN TENTANG SELESA, TAPI TENTANG KESUNGGUHAN
Ramai orang mengimpikan iktikaf di Mekah pada bulan Ramadan. Namun tidak ramai yang berkongsi realiti sebenar di sebalik perjalanan ibadah ini.
Hakikatnya, apabila masuk bulan Ramadan, harga bilik hotel melambung tinggi. Ada yang meningkat hampir 90%, malah ada juga yang naik lebih sekali ganda, melebihi 100%. Hotel yang dekat dengan Masjidil Haram menjadi satu kemewahan yang tidak semua mampu.
Jadi apakah pilihan ibu, ayah, abang dan kakak?
π Ambil bilik murah, walaupun jauh.
Penginapan yang terletak 1 kilometeratau lebih dari Masjidil Haram. Boleh naik shuttle hotel atau bas Makkah.
π Balik ke penginapan setiap tiga atau empat hari sekali sahaja.
Tujuan utama iktikaf adalah untuk menetap di masjid. Jadi ibu, ayah, abang dan kakak hanya p**ang untuk mandi, tukar pakaian bersih, berehat dan mungkin caj power bank.
π Pakaian? Dua pasang sahaja dibawa.
Satu dipakai, satu lagi sebagai gantian. Selesai urusan, abang/kakak akan berjalan kaki semula ke masjid untuk meneruskan iktikaf.
Penat? Ya.
Tidak selesa? Sudah tentu.
Namun di situlah terletaknya pelajaran yang sangat berharga.
TIPS IKTIKAF DI MEKAH (BERDASARKAN PENGALAMAN PETUGAS KAMI)
1οΈβ£ Luruskan niat terlebih dahulu
Iktikaf bukan untuk bercuti atau mengejar keselesaan. Ia tentang fokus ibadah dan pengorbanan diri.
2οΈβ£ Tidak perlu hotel mahal
Jika bajet terhad, pilih penginapan yang jauh. Anggap jarak itu sebagai sebahagian daripada pahala.
3οΈβ£ Bawa barang seminimum mungkin
Lebih sedikit barang, lebih ringan hati dan lebih mudah bergerak.
4οΈβ£ Biasakan diri berjalan kaki
Satu kilometer itu kecil nilainya jika dibandingkan dengan ganjaran di Tanah Haram. Ingat semasa kita membuat saie Sahaja dah 3 km lebih kurang.
5οΈβ£ Susun rutin dengan jelas
Tetapkan bila perlu balik ke hotel. Elakkan ulang-alik tanpa keperluan agar fokus iktikaf tidak terganggu.
Ramadan di Mekah mengajar satu perkara penting:
Ibadah yang paling memberi kesan bukan yang paling selesa, tetapi yang paling ikhlas dan bersungguh-sungguh.
Apabila Allah menjemput kita ke rumah-Nya, jangan terlalu risau tentang kesusahan.
Kerana setiap langkah, setiap peluh, dan setiap keletihan ada nilainya di sisi Allah.
_____________________
Sertai kami untuk Umrah Sambut Puasa dari 13-24 February ini. Maklumat lanjut di dalam komen.