16/01/2018
π³π¦Percutian ke Kepulauan Mersing π ππ‘
Ramai yg tanya , berapa harga pakej. Ok j*p saya explain. Mula-mula cadang nak pergi bercuti ke Pulau Perhentian 3 hari 2 malam memandangkan tak pernah sampai lagi kan. Tapi jauh la pulak, dengan travel ke sana lagi. Tup Tup Tup ada kawan ofis cerita pasal Pulau Mersing ni. Macam best jee..... Dah la dekat, kat Johor je
Plan pun bertukar, kami pergi ke Jeti Mersing pagi Sabtu tu dan ambil day trip je. Bila check review memang semua kasi 5 stars Dan memang jimat masa plus Full House Aktiviti uols! SANGAT SANGAT PUAS HATI! Sat lagi saya share satu-satu ye.
Daripada JB nak ke Jeti Mersing ni 2 jam je guyss. π
Kalau daripada Exit Tol Air Hitam atau daripada Bandar Muadzam Pahang pulak dalam 1 jam 40 min. Mudah nak cari, easy access, Parking dalam RM15 sehari
Nak Cari Challet atau Hotel murah-murah pun banyak kat sekitar Pekan Mersing ni. Harga cun dan Tempat selesa. Boleh buka Agoda atau Booking.com je kalau agak2 nak stay sampai esoknya atau nak datang awal. Harga around RM60 - RM120 satu bilik boleh dapat. Kami petang tu balik terus sebab esok tu ada hal nak buat presentation kat boss isnin tu tak siap lagiπ
Selalu kalau pergi Island hopping pulau-pulau lain atau macam Krabi ke, mesti start pukul 10 pagi pastu balik 2 petang kan? Kat Mersing ni dia lain sikit. Kitorang pukul 8 pagi dah naik boat n brekfes lepas tu pukul 630 petang baru sampai kat jeti semula lepas habis aktiviti tu. Sebab apa? Sebab pakej island hopping yang kitorang amek ni memang rare and puas hati gilaaa. Masa balik tu rasa macam tengah menulis karangan darjah lima je. "Walaupun kami kepenatan, tetapi kami pulang dengan muka yang tersenyum gembira"
Ni pakej yang kitorang amik:
RM239 per pax include:
β
Day Trip Round 7 Pulau
β
Breakfast 1x
β
Lunch 1x
β
7 Jenis Pulau untuk Island Hopping
β
Snorkeling 2x
β
Sandbank visit 2x
β
Cliff Jumping 1x
β
Hiking Puncak Lawa Gile
β
Snorkelling Equipments
β
Full Boat Transportation sepanjang hari
β
Tiket Taman Laut
Review pakej Island Hopping dan Mersing itself :
Snorkeling 2x dalam satu hari, satu waktu pagi 2nd waktu tengahari. Visit Sandbank pon 2x. memang best rasa taknak balik....
Coral-coral dan ikan-ikan dia memang sangat-sangat cantik! Ada sorang abang ni buat free diving bawak Go Pro, tengok balik video dia dah macam pergi fun fair- warna warni ikan berenang-renang.
Tapi careful jugak sebab banyak landak-landak laut kat kawasan tu. Jangan sampai terpijak memang perit nanti.
Tak sangka air dia dan pulau dia memang biru Emerald. Kawan saya cakap macam kat Maldives atau Koh Lipe Thailand tu. Waktu aktiviti Cliff Jumping tu memang scary, tapi dek kerana lawa sangat air tu kitorang Jump je!
1st time try and memang rasa nak try lagi. hahaha ππ
Ada satu tu kita pergi tempat nama Pulau Rahsia, mula-mula kat sandbank tu diorang dok kutip2 benda tepi pasir tu ingatkan apa, rupanya ade maca tiram ke kerang cantik2 jumpa tepi tu. Lepas tu abang bot bawak pergi tempat ada easy hiking dalam 15 min sampai ke puncak.
View dia masyaallah, cantik sangat2 boleh nampak satu pulau. Tak pernah lagi instagram saya dapat sampai dekat 200 likess. πππ Rare gila gambar tu
Bilangan pulau yang diorang bawak around 7-9 pulau tapi ada pulau yang kita just round2 tepi je dan ada yang kita betul-betul singgah. Pulau Besar, Pulau Hujung, Pulau Tengah, Pulau Rawa, Pulau Harimau dan macam2 lagi lah.
Pulau last sekali tu kitorang just chill2 and solat + minum petang then balik.
Ada geng2 daripada KL tu siap sempat main volleyball pantai lagi.
Overall: Memang puas hati dan nak datang lagi! Katanya ada pakej untuk Pulau Pemanggil jugak tapi jauh sikit. Sangat-sangat recommend kepada semua cuma ada beberapa tips nak advise.
Tips penting :
βοΈ Kalau boleh pakai selipar getah yang beli kat kedai runcit tu. Senang nak hiking nanti dan boleh protect daripada Landak Laut masa snorkelling.
βοΈ Pakai seluar untuk yang perempuan yang tak serap air atau boleh pakai pakaian renang muslimah. Pastikan senang nak bergerak dan berenang, Kalau tak rugiiii!
βοΈ Bawak Go Pro atau Kamera Kalis Air. Trip ni dia macam sedikit Outdoor sedikit tapi sesuai je untuk bawak family
βοΈ Bawak beg kalis air. Kalau takde beli je kat Jeti tu nanti. Senang nak protect baju kering dan barang2 penting
βοΈ Bawak makanan ringan sikit2 dan air hundred plus. Sebab aktiviti dia mmg agak penat sikit. Bawak tikar boleh picnic2 masa lunch
βοΈ Duit memang tak perlu bawak banyak. Bawak dalam RM20 macam tu untuk guna masa minum petang je.
βοΈ Saya cadang kalau yang daripada jauh tu better spend satu malam lagi extra sebab takut penat masa alah balik nak drive tu
βοΈ Pulau area Mersing ni boleh masuk sampai bulan November je. So better pergi cepat2 kasi rasa seronok aktiviti ni dengan kawan ngan family cepat2.
βοΈ Ambik Pakej hari Jumaat atau Sabtu sebab senang Boat memang confirm ada. Satu boat boleh muat 12 orang dan kalau ada nak tarikh sendiri bagitaw siap-siap pada agent.
Package Mersing ni kami buat setiap minggu. Jadi kalau nak join bila bila masa boleh. Tapi kalau nak harga promosi ni whatsapp kami terus. Number whatsapp ada dibawah. Boleh terus lock nama kamu.
[Boleh join solo atau pun dengan group, Maximum satu bot 12 orang]
πTERHAD UNTUK 200 CUSTOMER SAHAJAπ
Kami Share Sekali Number Phone untuk whatsapp dibawah
RAZI +60177124265
Click link here for whatsapp :
www.wasap.my/60177124265
www.wasap.my/60177124265
www.wasap.my/60177124265
Nota : dipersilakan share