Travelog Husna

Travelog Husna Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Travelog Husna, Travel Agency, NO 25-3 Jalan ELEKTRONE U16/E DENAI ALAM, Shah Alam.

Joom beraya aidiladha di Baitulmaqdis..!! Pakej eksklusif hanya dengan Persada Global Holidays 😊
28/05/2019

Joom beraya aidiladha di Baitulmaqdis..!! Pakej eksklusif hanya dengan Persada Global Holidays 😊

Jadual Solat Terawikh di Masjidil Haram bagi tahun 1440H.               .Credit : Persada Global Holidays
12/05/2019

Jadual Solat Terawikh di Masjidil Haram bagi tahun 1440H.
.

Credit : Persada Global Holidays

NO ENGLISH, CANNOT TRAVEL?------------------------------Di suatu hotel di Ho Chi Minh City berdekatan dengan Ben Tanh Ma...
12/05/2019

NO ENGLISH, CANNOT TRAVEL?

------------------------------

Di suatu hotel di Ho Chi Minh City berdekatan dengan Ben Tanh Market.

"Hello! Check in."
"Ok. Passport?"
*serahkan passport*
"Ok. Good. Breakfast?"
"Free?"
"Yes."
"Ok. No chicken. No meat. Fish ok. You have?"
"Yes yes. Ok."

Di atas merupakan perbualan pendek di antara saya dan petugas di hotel yg saya tinggal di Ho Chi Minh City. Selepas selesai urusan check in, saya telah ditegur oleh kakak saya. Katanya Bahasa Inggeris saya teruk. Terlalu teruk!

Saya cuma tergelak mendengar omelannya. Ah! Apa nak dikisahkan, samada English power atau tidak. Asalkan maksudnya sampai. Begitulah cabarannya kalau travel ke negara yg English bukan medium mereka bercakap. Seperti bercakap dengan ayam dan itik. Jadi untuk elakkan kekecewaan bila maksud tak sampai, ringkaskanlah perbualan anda.

Bayangkan kalau anda berkata begini;

"Do you have halal food? If not, do you have anything on your menu other than chicken, meat and pork?"

Menganga kawan tu nak jawab kat hang. Maksud tak sampai maka komunikasi gagal! 😁

Credit : Travelog

Marhaban Ya Ramadhan,  Pucuk selasih bertunas menjulang,Dahannya patah tolong betulkan,Puasa Ramadhan kembali menjelang,...
05/05/2019

Marhaban Ya Ramadhan,
Pucuk selasih bertunas menjulang,
Dahannya patah tolong betulkan,
Puasa Ramadhan kembali menjelang,
Salah dan khilaf mohon dimaafkan,
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Ramadhan 1440H ❤🤲🏻

5 tips mudah ini khusus bagi jemaah wanita ketika tawaf 🤗Baca sampai habis.1. Pakai seluar kat dalam jubah, bukan kain. ...
03/05/2019

5 tips mudah ini khusus bagi jemaah wanita ketika tawaf 🤗

Baca sampai habis.

1. Pakai seluar kat dalam jubah, bukan kain. Lagi selesa kalau pakai tight dari jenis cotton. Ini untuk mengelak dari melecet di celah peha yang lebih menyulitkan ibadat yang memerlukan kita untuk banyak berjalan.

2. Pakai kasut bersih khas untuk tawaf. Untuk pengetahuan anda, lantai di tempat tawaf adalah lantai tile. Jadi kalau kita cuma pakai sarung kaki, agak tak selesa untuk berjalan sebab sedikit licin dan kaki pun cepat sakit. (Sarung kaki juga akan cepat koyak) Jadi disarankan agar kita memakai kasut khas untuk tawaf yang memang bersih dan tidak dipakai di tempat lain.

3. Jalan secara mengiring ketika hendak masuk pusingan tawaf atau keluar dari tawaf. Jangan melawan arus. Ia lebih mudah dan paling penting, ia tidak menyusahkan orang lain yang sedang tawaf.

4. Kalau terpaksa berseorangan melakukan tawaf dan anda takut untuk lakukannya di kawasan yang betul-betul sekeliling Kaabah (kerana terlalu sesak), boleh pergi ke tingkat 1. Di sana lebih lengang dan tidak perlu bersesak dengan orang lain (cuma pusingan tawafnya lebih jauh)

5. Bagi jemaah wanita yang sudah uzur atau tidak sihat, boleh upah pekerja di Masjidil Haram untuk tolak di atas kerusi roda (ada bayaran dikenakan). Biasanya boleh pilih nak tawaf dan saie atau berasingan.

Ada juga pekerja Indonesia yang ambil upah tolak kerusi roda ni. Biasanya di setiap hotel mereka offer dengan upah yang lebih murah dari pekerja di Masjid.

Kongsikan jika bermanfaat. Mana tahu dari perkongsian kita dapat membantu sahabat dan ahli keluarga yang sedang mencari tips mengerjakan umrah. Itu juga sebahagian dari amal jariah melalui ilmu yang bermafaat.

Sumber : Ustaz Shauqi Hasan & Nota Umrah DIY

Address

NO 25-3 Jalan ELEKTRONE U16/E DENAI ALAM
Shah Alam
40160

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Travelog Husna posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category