Nautica Travel & Tours

Nautica Travel & Tours Road to Mecca and Medina
(2)

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertua...
01/06/2026

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Patik sekalian warga Nautica Travel & Tours Sdn Bhd dengan penuh rasa taat setia dan kasih kepada Raja dan Negara mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku serta Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong sentiasa dikurniakan keafiatan yang berpanjangan, kesejahteraan, kebahagiaan serta berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.

Semoga pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku terus membawa kemakmuran, kestabilan, perpaduan dan kesejahteraan kepada seluruh rakyat Malaysia serta menjadi payung yang menaungi rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku.

29/05/2026

Min rasa ramai underestimate part kasut masa Umrah 😭 padahal benda ni antara paling penting okayyy

Dekat sana memang hari-hari banyak berjalan. Dari hotel ke Haram,tawaf,saie…Kalau kasut tak selesa memang kaki cepat sakit 🥹

My advice untuk korang, pls pilih kasut yang tapak lembut, ringan bila jalan,tak licin dan kaki tak rasa “ketat”.

Ramai orang dekat sana memang pakai Skechers untuk jalan jauh & ziarah sebab selesa 🤍

Kalau hotel dekat dengan masjid, pakai selipar pun okay je untuk ulang alik 🩴

Comfort > fashion time Umrah trust me 🤲🏻

Bila nak pergi Umrah, part paling pening mestilah packing baju 😵‍💫Takut tak cukup, tapi takut juga overpacking sampai be...
29/05/2026

Bila nak pergi Umrah, part paling pening mestilah packing baju 😵‍💫Takut tak cukup, tapi takut juga overpacking sampai beg jadi berat nak angkat balik nanti 🫣

So ni min nak share sedikit packing checklist umrah based on pengalaman jemaah, walaupun simple tapi sangat membantu sepanjang perjalanan 🎒🤍

28/05/2026

Ramai sangka bila ke Tanah Suci, makin mahal pakaian dan makin berhias itu lebih baik… sedangkan Rasulullah ﷺ mengajar kita untuk bersederhana dalam ibadah 🤍

Melalui perkongsian Ustaz Sufi Borhan, umrah bukan tentang menunjuk apa yang kita ada, tetapi tentang merendahkan hati di hadapan Allah ✨

Kadang-kadang kita terlalu sibuk fikir pakaian, beg dan penampilan… sampai terlupa tujuan sebenar perjalanan ini. Sedangkan Nabi ﷺ sendiri mengajar umatnya untuk tidak berlebih-lebihan dan tidak terlalu terikat dengan harta dunia.

Datanglah ke Tanah Suci dengan hati yang ikhlas, jiwa yang tenang dan niat hanya kerana Allah 🕋

Sepanjang perjalanan umrah, jangan lupa basahkan lidah dengan istighfar 🤍Kerana kita datang ke Tanah Suci bukan sebagai ...
28/05/2026

Sepanjang perjalanan umrah, jangan lupa basahkan lidah dengan istighfar 🤍

Kerana kita datang ke Tanah Suci bukan sebagai manusia sempurna… tetapi sebagai hamba yang penuh dosa dan berharap pada keampunan Allah ✨

“Astaghfirullah” mungkin ringan di bibir, tapi besar nilainya di sisi-Nya 🕋

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha daripada kami di Nautica Travel & Tours 🌙Aidiladha bukan sekadar tentang korban,te...
27/05/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha daripada kami di Nautica Travel & Tours 🌙

Aidiladha bukan sekadar tentang korban,
tetapi tentang keikhlasan melepaskan apa yang paling kita sayang demi taat kepada Allah. 🤍

Semoga Hari Raya Aidiladha ini membawa keberkatan, ketenangan dan mengajar kita erti sebenar pengorbanan, kesyukuran serta kasih sayang sesama insan.

Persediaan Umrah sebenarnya bermula jauh sebelum kita sampai ke Miqat. 🕋Ia bermula saat kita mula menyusun urusan dengan...
26/05/2026

Persediaan Umrah sebenarnya bermula jauh sebelum kita sampai ke Miqat. 🕋
Ia bermula saat kita mula menyusun urusan dengan manusia di bumi sendiri. Kita selalu sibuk cari kain ihram terbaik atau powerbank paling tahan lama, tapi kita terlupa 'bagasi' paling berat yang kita bawa:

* Hutang yang belum bincang = Kita tak mahu beribadah dalam keadaan hak orang lain masih terbeban di bahu kita. Biar pemberi hutang redha, supaya perjalanan kita tidak "terhutang" keberkatannya.
* Hubungan yang masih retak = Sukar untuk mencari redha Allah di Tanah Suci jika kita masih menyimpan dendam atau memutuskan silaturahim dengan sesama manusia. Cuci hati di sini, sebelum disuci di sana.
* Ilmu manasik yang masih samar = Ibadah tanpa ilmu berisiko terbatal atau sekadar menjadi penat lelah fizikal. Kita mahu beribadah dengan yakin, bukan sekadar mengikut gerak-geri orang di sekeliling.
* Ego yang belum tunduk = Di sana kita semua sama, hanya hamba yang kerdil. Jika ego masih dibawa, kita akan sibuk menilai kekurangan orang lain sehingga lupa melihat dosa sendiri.

Sebelum berangkat, kosongkan hati supaya sana nanti Allah boleh isi sepuasnya. Bagi yang pernah ke Tanah Suci, apa satu perkara yang paling anda bersyukur sebab sempat 'settle' kan sebelum naik flight?

"healing terbaik" bukan lagha dengan hiburan dunia. Tetapi dekatkan diri dengan Allah S.W.T.Hati dan jiwa tak tenteram, ...
25/05/2026

"healing terbaik" bukan lagha dengan hiburan dunia. Tetapi dekatkan diri dengan Allah S.W.T.

Hati dan jiwa tak tenteram, kepala pusing dengan masalah, tidur pun tak pernah nyenyak.

Makin hari makin hilang arah. Ketahuilah, itu tandanya Allah mahu kita kembali kepada-Nya.

Jadi, kalau hati ini terasa berat dan jauh. Berdoalah kepadanya. Allah sentiasa mendengar doa hamba-hamba-Nya. Keranan hanya "Dia"" tempat kita bergantung dan berharap."

Dekat Tanah Suci ni, ramai orang percaya satu benda… 🕋✨Kadang-kadang belum sempat doa panjang, apa yang terlintas dalam ...
25/05/2026

Dekat Tanah Suci ni, ramai orang percaya satu benda… 🕋✨
Kadang-kadang belum sempat doa panjang, apa yang terlintas dalam hati pun Allah dah tunjukkan “jawapan”-Nya.

Sebab itu orang selalu pesan:
jaga lisan, jaga hati, jaga sangka.

Takut benda yang kita terlepas cakap waktu penat, marah atau mengeluh akan menjadi satu teguran untuk diri sendiri.
Pernah tak korang alami sendiri atau dengar cerita tentang “terlepas cakap” atau benda yang terlintas di hati masa dekat sana? 👀

Share dekat komen 👇 mungkin boleh jadi pengajaran dan peringatan untuk kita semua 🤍

Address

17-1F, Jalan Setia Perdana BE, U13/BE, Bandar Setia Alam
Shah Alam
40170

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60126483830

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nautica Travel & Tours posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Nautica Travel & Tours:

Share

Category