18/04/2025
Merancang perjalanan ke luar negara dengan lebih bijak.
Berikut adalah perkara yang perlu anda tahu mengenai pertukaran mata wang untuk traveller:
📌 Waktu Terbaik untuk Menukar Wang
✔️ Sebelum Bertolak – Tukar di pengurup wang (money changer) yang menawarkan kadar terbaik. Bandingkan harga secara dalam talian dahulu.
✔️ Semasa Perjalanan – Jika perlu tukar di destinasi, elakkan lapangan terbang kerana kadar tukaran biasanya lebih mahal. Cari bank tempatan atau money changer berlesen.
✔️ Selepas Pulang – Jika ada lebihan wang asing, simpan untuk trip seterusnya atau tukar semula ke RM.