Pakej Umrah Ziarah 2019

Pakej Umrah Ziarah 2019 Menawarkan Pakej Umrah & Ziarah dengan harga yang berpatutan dan mampu milik.

نَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَاَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُDr Mohamad Morsi meningga...
18/06/2019

نَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ

Dr Mohamad Morsi meninggal dunia ketika di dalam mahkamah Mesir.

Beliau merupakan Presiden Mesir yang dipilih oleh rakyat namun diguling oleh tentera kerana tidak bersetuju dengan pembaharuan yang dilaksanakannya.

مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُمْ مَنْ قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُمْ مَنْ يَنْتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا (23)

“Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah, maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (p**a) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikitpun tidak merubah (janjinya),

Moga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan soleh. Amenn 🤲

TELAGA ZAM-ZAM Salah satu keistimewaan yang terdapat di Mekah ialah Telaga Zam-Zam. Telaga Zam-Zam di mana airnya adalah...
18/06/2019

TELAGA ZAM-ZAM
Salah satu keistimewaan yang terdapat di Mekah ialah Telaga Zam-Zam. Telaga Zam-Zam di mana airnya adalah antara yang terberkat di muka bumi. Mempunyai pelbagai kelebihan dan mengikut niat seseorang yang meminumnya akan diberikan dengan izin Allah. Hal ini dinaskan dalam hadis. Wujudnya tempat-tempat yang ada nilai berbanding dengan yang lain seperti Makam Ibrahim, Hijr Ismail, Hajar Aswad, Multazam dan lain-lain.
Zam-zam merupakan punca mata air yang terletak di kawasan Masjidilharam, iaitu di sebelah tenggara Kaabah yang dikatakan berkedalaman 42 meter.
Menurut riwayat, mata air tersebut ditemukan pertama kali oleh Siti Hajar setelah berlari antara Bukit Safa dengan Bukit Marwah apabila Ismail a.s, putera Siti Hajar mengalami kehausan di tengah padang pasir kira-kira 4,000 tahun lalu.
Bagi umat Islam yang menunaikan haji mahupun umrah, mereka sama sekali tidak akan melepaskan peluang untuk meneguk air zam-zam. Malah pelbagai gelagat dapat melihat. Ada antara mereka menggunakan air zam-zam untuk berwuduk selain membasahkan kain ihram.
Apa yang menarik kerajaan Arab Saudi menyediakan banyak tempat di sekitar Masjidilharam bagi memudahkan umat Islam mendapatkan air tersebut.
InshaAllah didoakan semoga kita semua diberi kesempatan untuk ke Mekah dan merasai sendiri pengalaman meminum air zam-zam disana. 😊

MashaAllah indahnya pemandangan depan Kaabah.
17/06/2019

MashaAllah indahnya pemandangan depan Kaabah.

JOM PUASA 6 SYAWALSabda Rasulullah SAW : “Setiap amalan anak Adam (manusia) adalah untuknya (dapat diperiksa sendiri dan...
13/06/2019

JOM PUASA 6 SYAWAL
Sabda Rasulullah SAW : “Setiap amalan anak Adam (manusia) adalah untuknya (dapat diperiksa sendiri dan dinilai baik buruk-nya), melainkan amalan puasa, maka sesungguhnya puasa itu untuk-Ku (Aku sendiri yang dapat memeriksa dan menilainya) dan oleh sebab itu Aku sendiri akan menentukan berapa banyak balasan yang perlu diberikan kepada mereka yang berpuasa.” (Riwayat Imam Bukhari)
Kelebihan puasa enam hari di bulan Syawal :

1 – Ganjaran Pahala Berpuasa Setahun
2 – Melengkapkan Kekurangan Puasa Ramadan
3 – Supaya Manusia Tidak Lupa Menunaikan Puasa Sunat Lain
4 – Mendidik Diri Supaya Bersederhana Dalam Menyambut Aidil Fitri
Oleh itu, puasa sunat enam pada bulan Syawal adalah keutamaan selepas berpuasa di bulan Ramadan. Dengan itu, ibadah ini sebaiknya dilakukan dengan segera dan lebih afdal secara berterusan atau berselang. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.”Surah Ali Imran:133

Semoga segala ibadah kita sentiasa diterima oleh Allah s.w.t. :)
"Nak Umrah, Ingat Yiros"






03/06/2019

IRSYAD AL-FATWA KE-44: DALIL PENSYARIATAN SOLAT HARI RAYA

Solat Aidilfitri dan Aidiladha telah disyariatkan pada tahun kedua Hijrah. Solat hari raya pertama yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ialah solat Aidilfitri pada tahun yang kedua Hijrah tersebut.

Sementara dalil pensyariatannya p**a ialah firman Allah SWT yang ditujukan kepada Nabi SAW:

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنْحَرْ

Maksudnya: Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).

(Surah al-Kautsar: 2)

Ulama tafsir menyatakan maksud sembahyang dalam ayat tersebut ialah solat Aidiladha. Hal ini berdasarkan hadis, daripada Abu Sa’id al-Khudri R.A, katanya:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ يَوْمَ الْفِطْرِ وَالأَضْحَى إِلَى الْمُصَلَّى، فَأَوَّلُ شَىْءٍ يَبْدَأُ بِهِ الصَّلاةُ ثُمَّ يَنْصَرِفُ، فَيَقُومُ مُقَابِلَ النَّاسِ، وَالنَّاسِ جُلُوسٌ عَلَى صُفُوفِهِمْ، فَيَعِظُهُمْ وَيُوصِيهِمْ وَيَأْمُرُهُمْ، فَإِنْ كَانَ يُرِيدُ أَن يَقْطَعَ بَعْثًا قَطَعَهُ، أَوْ يَأْمُرَ بِشَيْءٍ أَمَرَ بِهِ، ثُمَّ يَنصَرِفُ

Maksudnya: “Rasulullah SAW pergi ke Musalla (tempat sembahyang) pada hari Aidilfitri dan Aidiladha. Perkara pertama yang Baginda lakukan ialah solat. Kemudian, Baginda berpaling menghadap orang ramai yang masih duduk di dalam saf mereka, lalu Baginda memberikan nasihat dan menyampaikan apa-apa arahan kepada mereka. Jika hendak menghantar pasukan pejuang atau menyampaikan apa-apa arahan, Baginda membuat keputusan dan mengarahkannya pada masa itu. Selepas itu, Baginda pun bersurai.”

Riwayat al-Bukhari (913) dan Muslim (889)

Musalla ialah kawasan lapang seperti padang dan sebagainya. Jumhur ulama menyebut adalah sunat kita melakukan solat hari raya fitrah dan korban di Musalla (tempat yang lapang atau padang).

Imam al-Nawawi berkata: “Hadis ini menjadi dalil bahawa sunat mengerjakan solat hari raya di tempat lapang dan ianya lebih afdal dari solat di masjid.”

Begitu juga yang disebut oleh Ibn Hajar al-Asqalani. Akan tetapi bagi mazhab al-Syafie tidak mengapa dilakukan solat hari raya di masjid sebagaimana yang kita lihat pada hari ini.

Berkata Mikhnaf bin Sulaim (seorang sahabat Nabi SAW): “Keluar pada masa hari raya fitrah seperti mengerjakan umrah dan keluar pada masa hari raya korban seperti melakukan haji.”

Semoga Allah faqihkan kita dalam agama ini. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri

M***i Wilayah Persekutuan

1 Syawal 1436H bersamaan 17 Julai 2015

⏰ 10 Malam Terakhir Ramadhan 1440H__________Kita masih berbaki 5 hari sahaja lagi untuk bertemu dengan Syawal.Setiap tah...
30/05/2019

⏰ 10 Malam Terakhir Ramadhan 1440H
__________

Kita masih berbaki 5 hari sahaja lagi untuk bertemu dengan Syawal.
Setiap tahun mesti ada dua golongan ni:
(1) yang berpusu-pusu meningkatkan amal ibadat
(2) yang berpusu-pusu membeli baju dan kelengkapan raya
Kita yang mana satu ya?🧐
Mudah-mudahan kita jadi yang No. (1) lah ya. “Rasulullah SAW apabila masuk malam 10 terakhir Ramadhan, Baginda menghidupkan malam (dengan beribadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya..— HR Bukhari dan Muslim.
Jom sama-sama kita buat ibadat sebaik dan sehabis mungkin sebelum berlalunya Ramadhan.
Siapa tahu mungkin ini Ramadhan terakhir kita..?
__________




29/05/2019

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:


مَنْ قَامَ رَمَضَانَ ، إيمَانًا وَاحْتِسَابًا ، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan karena keimanan dan mengharapkan redha daripada Allah SWT, akan diampuni dosanya yang telah lalu”. [Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 36]

28/05/2019

رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : ” الْتَمِسُوهَا فِي الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي تَاسِعَةٍ تَبْقَى ، فِي سَابِعَةٍ تَبْقَى ، فِي خَامِسَةٍ تَبْقَى

Rasululllah saw. Bersabda ; Carilah ia pada sepuluh yang akhir daripada Ramadhan, iaitu Lailatul Qadar, pada sembilan yang baki, pada tujuh yang baki, pada lima yang baki…

💢 MATTA FAIR MAC 2019!____Matta Fair datang kembali! .Jom ramai-ramai serbu booth kami di Matta Fair, PWTC bermula 15-17...
07/03/2019

💢 MATTA FAIR MAC 2019!
____

Matta Fair datang kembali! .
Jom ramai-ramai serbu booth kami di Matta Fair, PWTC bermula 15-17 MAC 2019 ini! Butiran ada di dalam poster ya.
Diskaun sehingga RM1,000/pax* bagi pakej umrah dan pelancongan dari kami! Hadiah menarik juga menanti 10 orang pendaftar terawal hanya di booth Matta Fair! .
Jangan lupa share post ni, mana tahu ada yang berminat, jumpa di sana okay?😊 .
Berkhidmat untuk Ummah bersama Yiros Travel🕋
__
*Tertakluk kepada Terma & Syarat






FLASH DEAL 2019 SUDAH DIBUKA SEKARANG !!!Daftarlah Pakej Umrah anda sekarang kerana Harga ini dibuka sekali setahun.Perg...
07/03/2019

FLASH DEAL 2019 SUDAH DIBUKA SEKARANG !!!

Daftarlah Pakej Umrah anda sekarang kerana Harga ini dibuka sekali setahun.
Pergi Umrah Menginap di Hotel Millennium Tower @ Ex Hilton dengan harga Rm6290???

Yaaa, sangat murah dan berpatutan. Jom daftar sekarang !!!

Pendaftaran Hanya dibuka pada 15 Feb - 14 Mac 2019 sahaja!!!!

Tarikh sudah tersedia sehingga tahun 2020.

Tarikh Perlepasan dijamin 99% Berlepas
Whatsapp Team Kami :
+6013-9927434 - Admin Umrah
wasap.my/60139927434/Pm_Umrah
=================================
TERDAPAT 40 LEBIH TARIKH PENERBANGAN 2019/2020 UNTUK UMRAH MILLENNIUM PREMIUM
JOM BOOKING SEKARANG !
=================================
--Untuk maklumat lanjut dan aturcara program boleh whatsapp kami-
wasap.my/60139927434/Pm_Umrah
wasap.my/60139927434/Pm_Umrah
wasap.my/60139927434/Pm_Umrah
===============================================
Kenapa Mesti Pergi dengan YIROS ???

1- YIROS adalah Rakan Umrah Anda Sejak Tahun 1990
2- Pengurusan YIROS adalah terbaik dan cekap, Kami menambah baik dan memperbaiki servis kami setiap tahun.
3- Mutawwif YIROS sangat mesra dan bertanggungjawab terhadap setiap jemaah yang dibimbing.
4- Penginapan yang YIROS gunakan sangat menjaga fasiliti para tetamu dan sangat dekat dengan masjid untuk memudahkan para jemaah beribadah.
5- Penerbangan yang YIROS gunakan sangat baik dan masa penerbangan sangat teratur untuk memudahkan pergerakan jemaah YIROS.
6- Kursus Umrah diberikan secara percuma di setiap negeri
7- Set beg dan Aksesori Umrah dari YIORS sangat berkualiti dan menawan hati dan boleh diguna pakai selepas trip Umrah.
8- YIROS mempunyai Team Pengurusan Visa yang sangat cekap.
9- YIROS menjaga kebajikan para jemaah semasa di Makkah & Madinah bagi memastikan kualiti Ibadah Umrah lebih sempurna.
*NOTA PENTING*
Kami adalah Agensi Pelancongan Yang berdaftar dengan seperti berikut :
✅ BUMITRA
✅ MATTA
✅ PAPUH
✅ MOTAC * Lesen Toursim
YIROS TOURS & TRAVEL SDN BHD
NO 42-2 JALAN NOVA K U5/K SEKSYEN U5 40150 SHAH ALAN, SELANGOR.
PEJABAT : 013-9927434 / 03-78324347
No. Comp : 204086-H
KPK/LN : 2292 IOTU

Address

Shah Alam
40150

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pakej Umrah Ziarah 2019 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category