Ejen In Saff Bangi - U10

Directions Website Contact the business

Ejen In Saff Bangi - U10 Ejen Umrah In Saff Travel & Tours Sdn Bhd

KURSUS UMRAH IN SAFF CAWANGAN BANGI 🕋🔹 Sabtu - 26 SEP 2026🔹 9:30 Pagi - 12.30 Tengahari🔹 HAJI AZHAR🔹 Jualan Barangan Kel...
21/09/2026

KURSUS UMRAH IN SAFF CAWANGAN BANGI 🕋

🔹 Sabtu - 26 SEP 2026
🔹 9:30 Pagi - 12.30 Tengahari
🔹 HAJI AZHAR
🔹 Jualan Barangan Kelengkapan Umrah
🔹 Perkhidmatan Vaksin Klinik As-Salam
🔹 Terbuka kepada jemaah yang Ingin Infaq makanan untuk jamuan kursus umrah
🔹 Pejabat In Saff Travel Bangi - No. 1-53, Jalan 8/35, Seksyen 8 Seri Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi,Selangor

Location Maps : In Saff Bangi (sebelah soru station) https://maps.app.goo.gl/H3o2Y4NtReaSp44R9

Untuk pendaftaran, sila tekan link yang disediakan di bawah 👇🏼
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeYyXrZ816xSHwtJVCrmx-GlQWboZh7NXQrqQ65YmA4--Auvg/viewform?usp=publish-editor

In Saff Travel &Tours BANGI - 📞Pejabat: 018 354 3432 (Encik Farihin), 012 225 5691 (Ir. Khairul)

Laman Web Insaff Travel Cawangan Bangi : www.insaffbangi.com
Sila like , share dan follow - Tiktok : www.tiktok.com/?_t=ZS-8yahy5AGSAh&_r=1

21 September 2026 (esok) - Debaran kian terasa bagi bakal jemaah yang sedang menunggu giliran mengikut tahun haji. Debar...
20/09/2026

21 September 2026 (esok) - Debaran kian terasa bagi bakal jemaah yang sedang menunggu giliran mengikut tahun haji. Debaran juga bagi mereka yang akan membuat rayuan. Kenangan menunggu debaran tersebut masih terasa bagi mereka yang telah bergelar haji dan hajah.

Kami doakan agar sahabat-sahabat menerima panggilan yang sangat istimewa dan dipermudahkan segala urusan.

Saya sebagai Ejen In Saff sangat berbesar hati untuk membantu bakal jemaah yang memilih sebagai pemudahcara bakal jemaah P1 dan juga rayuan. InsyaAllah, dengan pengalaman yang ada saya akan bantu sehabis baik.

Sementara tu bolehlah membaca tulisan saya Panggilan Arafah 1444H melalui blog saya di ruang komen atau menonton video penuh perjalanan haji saya bersama isteri dan rakan-rakan semasa musim haji 2023 / 1444H.

Semoga dapat memberi manfaat.

Haji Azhar Aziz
Ejen dan GL In Saff Travel and Tours

Khusus buat bakal jemaah Umrah dan Haji atau mereka yang ingin mengimbau kembali kenangan ketika berada di bumi Mekah da...
15/09/2026

Khusus buat bakal jemaah Umrah dan Haji atau mereka yang ingin mengimbau kembali kenangan ketika berada di bumi Mekah dan juga Madinah.

Sebuah penceritaan perjalanan yang lengkap ketika melaksanakan Umrah dari kacamata seorang Group Leader (GL) yang bertugas. Dengan bahasa yang santai, pasti anda akan dapat menyelami bersama kisah yang di kongsikan.

Boleh dapatkan di https://eshop.my88.biz/product-category/buku/ sementara stok masih ada.

*** sila hubungi saya jika anda berhajat untuk menunaikan umrah bersama kami. Daftar dengan saya dan insyaAllah saya akan bantu sebaiknya.

Hj Azhar Aziz
Ejen & GL In Saff Travel and Tours

Salam Jumaat : 28 Ogos 2026 - Semak slide untuk Kursus Umrah di Cawangan Bangi esok. Susun semula material kasi kemas su...
28/08/2026

Salam Jumaat : 28 Ogos 2026 - Semak slide untuk Kursus Umrah di Cawangan Bangi esok. Susun semula material kasi kemas supaya memudahkan penyampaian. Presentable - agar jemaah yang hadir dapat manfaat dari apa yang kita sampaikan.

Saya tiada 'title' tapi insyaAllah saya akan kongsi pengalaman yang pernah saya lalui sepanjang 55 tahun hidup. Bukan yang terbaik tapi InsyaAllah kita semua berusaha untuk menuju ke satu arah yang SATU.

Saya juga ada membawa 2 buah buku hasil tulisan saya jika ada jemaah yang berminat untuk memilikinya. Kongsi link video dan blog sekiranya ada yang berminat untuk layan video dan juga tulisan versi digital.

Yang telah mendaftar, insyaAllah jumpa esok. Saya akan bagi yang terbaik dari saya yang serba kekurangan. Semoga Allah permudah semua urusan kita.

Hj Azhar Aziz
Ejen & GL In Saff Travel & Tours.

24/08/2026

Tangisan di hadapan Kaabah : Bab 5 - Visa Expired – jemaah ‘sangkut’ di Imigresen.

Sebaik sahaja selesai proses Imigresen, aku terus menunggu berhampiran kaunter untuk memastikan semua Jemaah ‘lepas’ dan boleh bergerak ke ruang mengambil bagasi. Aku juga sempat mengambil beg dan tiada masalah dengan bagasi buat masa ini.

Jemaah yang telah selesai mengambil beg boleh terus keluar dan aku minta berkumpul di akuarium besar sebagaimana diminta. Tiba-tiba aku menerima panggilan dari salah seorang jemaah yang memaklumkan bahawa salah seorang ahli keluarga beliau tidak lepas semasa pemeriksaan Imigresen dengan alasan visa dah expired.

Baca seterusnya di https://www.my88.biz/index.php/blog/103-tangisan-di-hadapan-kaabah/224-tangisan-di-hadapan-kaabah-bab-5-visa-expired-jemaah-sangkut-di-imigresen

** Beli Buku Tangisan dihadapan Kaabah di https://eshop.my88.biz/home-basic/tangisan-di-hadapan-kaabah/

** Video penuh di https://youtube.com/playlist?list=PLN2cSWJwncRs-aAgY-SCIFd5STgY6ADBo&si=uQK-exmpfWArIfS_

21/08/2026

Tangisan di hadapan Kaabah -

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui setiap bait kata yang diungkap di bibir dan juga di dalam hati.

Tiada doa yang terbaik selain dari memohon keampunan di atas segala dosa dan mendapat jemputan lagi ke haramain.

Jom sahabat .. daftar Umrah bersama saya. InsyaAllah saya akan bantu sebaik-baiknya. InsyaAllah berbaloi.

Beli buku Tangisan di hadapan Kaabah dan Umrah pertamaku - Januari 2025 hanya di di https://eshop.my88.biz/product-category/buku/

Hj Azhar Aziz
Ejen dan GL In Saff Travel and Tours Sdn Bhd

Terharu dengan feedback dari salah seorang pembeli buku saya.Rupanya beliau juga adalah salah seorang alumni haji sama m...
18/08/2026

Terharu dengan feedback dari salah seorang pembeli buku saya.

Rupanya beliau juga adalah salah seorang alumni haji sama macam saya, cuma beliau baru 2 bulan kembali dari kerja haji 1447/2026.
Rindu ... suatu perasaan yang akan dirasai oleh mereka yang telah pernah menjejakkan kaki di Kota Mekah dan juga Madinah, samada untuk haji mahupun umrah.

Tangisan di hadapan Kaabah adalah sebuah perjalanan umrah yang saya lalui pada 8 Januari 2026 dengan membawa bersama 43 orang jemaah yang terdiri dari pelbagai lapisan umur dan daerah asal.

Kisah benar yang berlaku dan dirasai sendiri oleh saya dan juga jemaah pada waktu tersebut.

Pembaca buku ini secara tidak langsung akan dapat mengimbau kembali kisah perjalanan mereka sebelum ini dan juga sebagai maklumat tambahan bagi mereka yang akan menjejakkan kaki ke sini.

Mungkin buku pertama saya .. Panggilan Arafah 144H bakal diterbitkan semula untuk edisi ke 2? InsyaAllah akan difikirkan untuk membuat 'comeback' dengan beberapa tambah baik.

*****************************

PRIVATE CAWANGAN BANGI - 14 - 26 November 2026 (13H11M)
Low Season (Extra Night Madinah) Bersama Pengurus Cawangan Ir Khairul Anuar Mohd Hashim. Confirmed flight :

MH 150 14 NOV KUL JED 1420 1900
MH 153 25 NOV MED KUL 1550 0545+1

Jom daftar dengan saya ...

Hj Azhar Aziz
Ejen dan GL In Saff Travel and Tours Sdn Bhd

Tangisan di hadapan Kaabah - Bab 4 : Hari pertama ‘Countdown 0 day’. Akhirnya tanggal 8 Januari 2026 menjelma tanpa lewa...
10/08/2026

Tangisan di hadapan Kaabah - Bab 4 : Hari pertama ‘Countdown 0 day’.

Akhirnya tanggal 8 Januari 2026 menjelma tanpa lewat dan countdown telah menjadi 0 hari pada hari ini. Aku terus memberikan kata-kata semangat kepada semua jemaah. Ada diantara mereka yang tinggal jauh dari KLIA telah pun sampai beberapa hari yang lepas manakala yang duduk berhampiran sedang dalam perjalanan ke Terminal 1, KLIA.

Ustaz Wan Solehin Farhan (Ustaz Farhan) selaku Mutawwif kumpulan kami sempat memperkenalkan diri beliau pada hari semalam (7 Januari 2026) dan jemaah menerima kehadiran beliau dengan baik dan teruja sekali.

Jam 2.09 petang aku bersama keluarga telah berada di ruang berkumpul sambil menunggu jemaah. Lokasi ini adalah berhampiran dengan McD dan laluan menghala ke Anjung Tinjau, KLIA1. Aku disapa oleh Haji Azarulizam, Khairulzaman, Yusrizal dan beberapa orang jemaah lain. Team Airport Duty masih belum sampai pada ketika ini.

Sekitar jam 2.30 petang taklimat pertama dimulakan oleh Bro Lutfi dari Team Airport Duty dan dibantu oleh Bro Syahmi, Bro Naiman, Bro Hazim dan Bro Salman. Beberapa orang ejen dan kakitangan cawangan In Saff juga turut berada di lokasi termasuk Hj Jamal Mahfuz yang merupakan Penolong Pengurus In Saff Cawangan Bangi.

Bersambung di https://v2.my88.biz/index.php/blog/103-tangisan-di-hadapan-kaabah/223-tangisan-di-hadapan-kaabah-bab-4-hari-pertama-countdown-0-day

https://eshop.my88.biz/product-category/buku/

Tawaran untuk 24 jam sahaja - Promosi 8.8.2026 KHAS untuk penerbangan MH dan SV pada bulan September, Oktober, November ...
07/08/2026

Tawaran untuk 24 jam sahaja - Promosi 8.8.2026 KHAS untuk penerbangan MH dan SV pada bulan September, Oktober, November dan Disember 2026. Jangan lepaskan peluang, hubungi saya sekarang 011-2082 2082

Hj Azhar Aziz
Ejen & Group Leader In Saff Travel and Tours

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha PenyayangMelangkah ke Tanah Suci bukanlah sekadar perjalanan fizikal yang ...
04/08/2026

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Melangkah ke Tanah Suci bukanlah sekadar perjalanan fizikal yang merentasi benua, tetapi ia adalah sebuah perjalanan pulang ke dalam diri. Bagi kebanyakan daripada kita, debaran itu bukan hanya pada persoalan "Bagaimana cara tawaf?" tetapi lebih kepada "Layakkah aku menjadi tetamu-Nya?" dan "Bagaimana jika aku tidak mampu mengawal emosi di sana?"

Buku ketiga (3) saya ini ditulis khusus untuk anda yang sedang berperang dengan rasa gementar, bimbang, dan rindu yang bercampur baur serta perasaan yang tidak keruan. Ia Adalah sebuah perjalanan umrah terus dari KLIA ke Jeddah.

Ibadah umrah adalah ujian sabar dan syukur yang sebenar. Di sebalik ribuan manusia yang bersesak, ada satu ruang sunyi di antara kita dan Pencipta yang perlu diisi dengan ketenangan mental dan juga keikhlasan hati.

Melalui helaian ini, saya ingin mengajak anda untuk memahami bahawa ujian di Tanah Suci adalah sebahagian daripada tarbiyah (pendidikan) jiwa. Ia juga membina kekuatan sabar dan bagaimana ia kekal tenang di tengah kesesakan dan juga perbezaan budaya. Tulisan ini juga bagi mempersiapkan hati yang bersih untuk memohon keampunan tanpa rasa rendah diri yang melumpuhkan.

Anggaplah buku ini sebagai teman bicara yang memegang tangan anda, membisikkan kata semangat saat anda merasa lelah, dan mengingatkan tujuan asal anda di sana: Cinta kepada-Nya. Semoga perjalanan umrah ini menjadi titik tolak perubahan jiwa yang paling agung dalam hidup anda. Selamat berkelana mencari diri di bawah lembayung rahmat-Nya.

Haji Azhar Aziz
Ejen & Group Leader (GL) In Saff Travel and Tours
Rumah Bata Merah, Shah Alam

** Beli Buku Tangisan dihadapan Kaabah di https://eshop.my88.biz/home-basic/tangisan-di-hadapan-kaabah/

Video penuh di https://youtube.com/playlist?list=PLN2cSWJwncRs-aAgY-SCIFd5STgY6ADBo&si=BGfaRjoBdp3rBEJ4

Address

24-1, Jalan Pulau Lumut Q U10/Q, Taman Alam Budiman, Seksyen U10
Shah Alam
40170

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ejen In Saff Bangi - U10 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ejen In Saff Bangi - U10:

Shortcuts

Share