Terminal TAMAN Universiti Skudai

Terminal TAMAN Universiti Skudai UBT menyediakan perkhidmatan jualan tiket bas ke pelbagai destinasi seluruh Semenanjung Malaysia.

Jom naik bas ekspres Legend KBESKini datang dengan bas BAHARU !wasap.my/60193818606/kbesjb Untuk Tiket
16/12/2025

Jom naik bas ekspres Legend KBES

Kini datang dengan bas BAHARU !

wasap.my/60193818606/kbesjb Untuk Tiket

KBES | KONSORTIUM BAS EKSPRES

🚌 Perjalanan Eksekutif dari LARKIN/TUN AMINAH (SKUDAI) ke:
• Ipoh – Kuala Kangsar – Kamunting
• Butterworth – Sungai Petani
• KL TBS

JOMTIKET merupakan Rakan Niaga Sah KBES.

📲 Pembelian Tiket Secara WhatsApp:
👉 wasap.my/60193818606/kbesjb

💳 Wasap – Transfer – Dapat PDF Tiket
✅ Tiket Rasmi
✅ Mudah, Cepat & Dipercayai

Semudah ABC
Sesenang 1️⃣2️⃣3️⃣

TRIP PAGI & MALAM

Bas Mewah, Seat COCON, Cuba Try Dulu Naik





14/12/2025
[TNAH GLOBAL express]*KAUNTER TAMAN U SKD*Bermula 11/12/25, TNAH Global akan memulakan operasi laluan ini. Untuk menaiki...
11/12/2025

[TNAH GLOBAL express]
*KAUNTER TAMAN U SKD*

Bermula 11/12/25, TNAH Global akan memulakan operasi laluan ini. Untuk menaiki bas di Terminal Taman Universiti, tiket hanya daripada pihak kami sahaja yang boleh keluarkan dan tiada dijual di platform lain

wasap.my/60193818606/tnahglobalttu

Kisah JOMTIKET™ – Dari Langkah Kecil ke Perjalanan BesarKami bermula secara humble pada tahun 2013 di UTM Skudai, Johor....
02/12/2025

Kisah JOMTIKET™ – Dari Langkah Kecil ke Perjalanan Besar

Kami bermula secara humble pada tahun 2013 di UTM Skudai, Johor.
Ketika itu, Co-Founder masih menuntut di UTM. Dari pemerhatian kami sendiri, para mahasiswa dan mahasiswi menghadapi kesukaran setiap kali ingin membeli tiket untuk pulang ke kampung. Tiada platform mudah, tiada kaunter dekat kampus — semuanya memerlukan masa, tenaga dan cabaran.

Melihat kesusahan itu, kami mengambil keputusan untuk membantu.
Servis kami ketika itu sangat manual: kami kumpulkan senarai pelajar yang ingin membeli tiket, kemudian setiap hujung minggu kami ke terminal untuk membelikan tiket mereka, dengan upah RM3 sahaja bagi setiap tiket.
Alhamdulillah, sambutan luar biasa. Dari situlah perjalanan kecil kami bermula.

Perjuangan Menjadi Agen Rasmi

Setelah permintaan semakin meningkat, kami berusaha menjadi Agen Rasmi syarikat-syarikat bas.
Namun… bukan mudah.
Industri ini ketika itu dimonopoli oleh “otai-otai” yang kurang senang dengan persaingan, apatah lagi bila kami hanya menyasarkan pasaran pelajar UTM.

Tetapi Tuhan Maha Besar.
Satu demi satu operator bas mula membuka ruang dan bekerjasama dengan kami.

Kaunter Fizikal Pertama – Diuruskan 100% Pelajar

Kami membuka kaunter fizikal pertama di Student Mall UTM JB.
Paling membanggakan, pekerja kami ketika itu adalah 100% pelajar UTM bekerja secara part-time. Dapatlah mereka menambah pendapatan untuk menampung kehidupan sebagai penuntut di bumi Johor.

Cabaran Terbesar – Terminal Taman Universiti

Pihak SPAD ketika itu menawarkan kami peluang untuk membuka kaunter rasmi di Terminal Taman Universiti.
Tiada operator lain yang mahu masuk — katanya lokasi jauh dari jalan utama, tak berbaloi, tak ada “market”.

Tapi kami sahut cabaran itu.

Kami buka kaunter di situ… walaupun bermula dari zero.
Satu persatu rundingan kami lakukan untuk menarik operator bas masuk ke Taman U.
Kami masih ingat — operator pertama yang berani mencuba ialah EAGLE COACH EXPRESS (yang kini sudah tidak beroperasi).

Perjuangan bukan mudah.
Banyak dugaan.
Tapi kami tak pernah putus asa.

Fasa Pengembangan

Sedikit demi sedikit, operasi kami berkembang:

-UMT

-UKM

-Hentian Kajang

-UNITEN

-Melaka Sentral

-MBKT

Kami pernah ada beberapa kaunter serentak, beroperasi setiap hari membantu pelanggan dari seluruh Malaysia.

COVID-19 – Titik U-Turn Terbesar

Apabila pandemik melanda, pembelian tiket berubah sepenuhnya daripada manual ke digital.
Untuk memastikan kelangsungan perniagaan, kami terpaksa membuat keputusan besar:
menutup semua kaunter fizikal kecuali Terminal Taman Universiti.

Kami menukar operasi kami kepada model sepenuhnya atas talian melalui WhatsApp — cepat, mudah dan terus sampai kepada pelanggan.

12 Tahun Kemudian… JOMTIKET Masih Teguh Berdiri

Hari ini, selepas 12 tahun, kami bersyukur memiliki lebih 8,000 pelanggan tetap yang menjadi tulang belakang perjalanan kami.

Jenama kami juga berkembang:

UBT (University Bus Ticket) → UNIBUS → kini JOMTIKET™

Nama JOMTIKET kini berdaftar di MyIPO, bermaksud penggunaannya untuk tujuan komersial adalah hak milik kami sepenuhnya.

Kami bangga menjadi 100% syarikat tempatan, bukan seperti platform-platform 3rd party luar negara.

Perkhidmatan Tambahan – Van Komuter Foton untuk Sewaan

Selain jualan tiket bas ekspres, kami kini turut menyediakan van komuter 13-seater (Foton) lengkap dengan pemandu bertauliah untuk perjalanan sekitar Semenanjung Malaysia.

KAMI JUGA MENJUAL TIKET TAMAN TEMA UTAMA DI MALAYSIA DAN SINGAPURA

Terima Kasih Dari Hati

Terima kasih kepada semua pelanggan yang setia bersama kami sejak 2013 sehingga hari ini.
Doakan agar kami terus dapat memberikan perkhidmatan terbaik dan memastikan urusan perjalanan anda menjadi lebih mudah, selesa dan diyakini.

Ikhlas daripada Founder,
Noor Aiman Samsudin – JOMTIKET™

Tiket? wasap.my/60193818606/jomtiketbas

TIKET DISEMBER TELAH DIBUKA-CUTI SEKOLAH-CUTI AKHIR TAHUN-BUKA SEKOLAH AWAL TAHUNJadilah penumpang yang bijak untuk buat...
25/11/2025

TIKET DISEMBER TELAH DIBUKA

-CUTI SEKOLAH
-CUTI AKHIR TAHUN
-BUKA SEKOLAH AWAL TAHUN

Jadilah penumpang yang bijak untuk buat pembelian tiket awal,
Rancang Awal Perjalanan anda bersama JOMTIKET

Beli tiket dengan mudah:

[[wasap.my/60193818606/jomtiketdisember]

09/10/2025

🚍 JOMTIKET X Konsortium E-Mutiara Berhad 🚍

✨ Laluan Baharu (Sementara): TAMAN U → PERAK ✨

Kami kini Rakan Niaga Sah di Terminal Taman Universiti Skudai!
Berita baik buat warga Taman U, UTM & Skudai — kini anda tak perlu ke Larkin lagi!
Bas boleh terus naik di Taman U — lebih mudah, jimat masa & tenaga! 🙌

🎟️ Cara beli tiket:
➡️ Terus di Kaunter JOMTIKET (Terminal Taman U)
ATAU
➡️ WhatsApp kami terus: wasap.my/60193818606/emutiaraperak

Mohon semua warga Skudai dan UTM support laluan baharu ini 💪
Jom sebarkan kepada rakan-rakan & komuniti sekitar!

🚍✨ BELI TIKET BAS EKSPRES TERUS DENGAN JOMTIKET™ ✨🚍Kenapa pilih kami berbanding website luar? 👇1️⃣ Direct Sistem Induk –...
04/10/2025

🚍✨ BELI TIKET BAS EKSPRES TERUS DENGAN JOMTIKET™ ✨🚍

Kenapa pilih kami berbanding website luar? 👇

1️⃣ Direct Sistem Induk – Tiket terus dari syarikat bas, bukan 3rd party.
2️⃣ Tanpa Caj Tersembunyi – Jimat hingga RM5 setiap tiket (tiada admin fee).
3️⃣ 100% Warga Malaysia – Syarikat tempatan, bukan sistem luar negara (ada yang menyokong Israel 😡).
4️⃣ Mudah Berurusan – Chat dengan manusia sebenar, bukan robot.
5️⃣ Jaminan Refund Segera – Jika berlaku masalah teknikal/bencana, kami uruskan cepat tanpa tunggu 21 hari!

📲 Nak beli tiket?
➡️ WhatsApp kami 9am–10pm setiap hari (Jangan call ya)
➡️ Bayar ke Akaun Syarikat
➡️ Terus terima tiket PDF!

✅ Mudah.
✅ Cepat.
✅ Dipercayai sejak 2003.

*SOKONG PERNIAGAAN WARGA TEMPATAN DAN BUKAN LUAR NEGARA*

👉 Klik sini untuk beli: wasap.my/60193818606/jomtiketMy

Untuk mereka yang nak kaunter!Untuk mudah wasap je!
23/09/2025

Untuk mereka yang nak kaunter!
Untuk mudah wasap je!

WE ARE OPEN

DATE- 24/9/2025
WEDNESDAY

Kepada mereka yang ingin membeli tiket secara walk in

8am-10pm (Untuk 24/9/2025)

Sila wasap sebelum datang:
wasap.my/+60177092374/tiketbas

Jika tidak dapat hadir, tiket juga boleh dibeli secara wasap dan Online Transfer jer..... Mudah
So wasap.my/60193818606/belitiketsecarawasap

✈️ YOYO EXPRESS — Direct Bus to KLIA / KLIA2 dari Ipoh & Johor BahruPergi lapangan terbang tanpa tukar bas, terus sampai...
30/07/2025

✈️ YOYO EXPRESS — Direct Bus to KLIA / KLIA2 dari Ipoh & Johor Bahru

Pergi lapangan terbang tanpa tukar bas, terus sampai ke terminal!
✔️ Perlepasan harian & waktu fleksibel
✔️ Bas berhawa dingin & tempat duduk selesa
✔️ Ruang bagasi luas – mudah bawa luggage
Jimat masa, jimat tol & parking.

🎟️ Let’s get it with us — your ticket at JOMTIKET!
wasap.my/60193818606/yoyoexpressjb

Address

Terminal Bas & Teksi Taman Universitii
Skudai
81300

Opening Hours

Tuesday 09:30 - 20:00
Wednesday 09:30 - 20:00
Thursday 09:30 - 20:00
Friday 09:30 - 20:00
Saturday 09:30 - 20:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Terminal TAMAN Universiti Skudai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Terminal TAMAN Universiti Skudai:

Share