08/10/2025
14H12M EAST COAST USA
- Group Trip Report no. 9/2025 (24 Sep - 6 Oct)
Kembara ke East Coast USA selama 14H12M adalah kembara julung kali dianjurkan dan kedua di USA selepas West Coast USA pada 2024. Kembara ke East Coast kali ini meliputi bandar2 utama seperti New York City, Washington DC, Atlantic City, Niagara Falls dan Boston dengan jarak pemanduan hampir 2,950km.
Kembara ke East Coast USA kali ini bermula di New York City (NYC) - kota mega yang menjanjikan satu pengalaman yang amat menarik untuk pengunjung. Terdapat begitu banyak sebab untuk melawat NYC kerana bandar ikonik ini menyediakan pilihan terbaik dari sudut budaya, makanan dan hiburan. Lawatan di NYC melawat lebih daripada 20 tempat2 menarik selama 4 hari lawatan.
Selepas NYC, kembara menuju ke New York upstate dengan dihidangkan permandangan autumn yang amat menarik walaupun belum waktu puncak. Tumpuan destinasi adalah Woodbury Premium Outlet yang sememangnya terkenal dengan tawaran harga paling menarik (ya, jauh lebih menarik dari outlet2 di Eropah). Terdapat lebih daripada 3 premium outlet di New York state sahaja.
Kembara menuju ke Niagara Falls, New York, salah satu natural wonder yang wajib dikunjungi dengan tarikan air terjun American Fall dan Bridal Veil serta peluang mendekati air terjun dengan menaiki cruise Maid of the Mist. Sebagai tarikan di waktu malam, air terjun disinari dengan pelbagai cahaya lampu dan pancaran bunga api.
Kembara meneruskan perjalanan ke Washington DC selama dua malam dan paling menariknya lawatan ke sini adalah kebanyakan tempat2 tumpuan tiada dikenakan bayaran masuk. Washington DC sememangnya terkenal dengan tarikan monumen dan memorial serta muzium2 hebat seperti Smithsonian Natural History serta National Air Space.
Sebelum kembali ke NYC, kembara singgah di Atlantic City iaitu bandar peranginan di pantai Atlantik New Jersey yang terkenal dengan banyak kasino, pantai yang luas dan Boardwalk yang ikonik. Atas permintaan pelanggan, kembara menuju ke Boston untuk melawat dua universiti teragung, iaitu Harvard University dan Massachusett Institute of Technology (MIT).
Untuk info lebih lanjut pakej ini, sila layari www.mytravelsmart.com.my atau hubungi melalui messenger atau Whatsapp. Meneruskan perjalanan untuk kembara ke Norway.