24/10/2022
ANAK SAYA BERUBAH
Ini benar…
Terdapat banyak sebab mengapa jemaah mengerjakan Umrah.
Walau apapun sebab mereka, saya tahu niat saya sebagai seorang ibu.
Anak lelaki saya merupakan anak yang baik, soleh dan tidak pernah meninggalkan solat mahupun perkara perkara fardhu yang lain. Dia juga rajin membaca alQuran dan khatam alQuran setiap tahun.
Namun, dia ada satu kelemahan: dia amat penyegan dan mudah dibuli orang.
Ibu mana yang tidak risau.
Saya berdoa dan terus berdoa kepada ALLAH Taala supaya mengubah anak saya menjadi insan yang ‘kuat rohani’. Saya mahu dia jadi manusia yang berani defend dirinya bila perlu.
Saya tidak mahu dia dibuli lagi.
Alhamdulillah, Tuan Haji Kushairi mengajak anak saya mengerjakan Umrah bersama beliau dan jemaah Umrah.
Dalam zaman di mana keuntungan yang diutamakan, Tuan Haji Kushairi sanggup mengambil risiko untuk membantu anak saya berubah di Tanah Suci. Beliau tidak janji yang beliau akan ubah anak saya; beliau janji akan berusaha yang terbaik dengan kata kata “inshaa ALLAH”.
Anak saya bimbang dan sedih. Dia tidak pernah ‘tinggalkan’ kami. DIa tidak pernah pergi jauh daripada kami.
Akan tetapi saya kuatkan hati dan hari hari nasihatkan dia pergi bersama Tuan Haji Kushairi dan jemaah lain.
Dan saya terus berdoa agar ALLAH Taala membuka hati anak saya untuk mengerjakan Umrah.
Entah kenapa hati ini rasakan satu keajaiban menanti anak saya di sana.
Orang kata kita sukar untuk berubah bila dah lama sangat. Anak saya berusia 27 tahun.
Dia sendiri tidak ada confidence untuk mendirikan rumahtangga sebab dia rasakan tidak layak.
Bayangkan anak yang hampir zero keyakinan diri, pernah dikatakan tidak matang (walaupun dia normal seperti anak anak lain) dan pernah dilabel sebagai pelajar yang akan gagal oleh pensyarahnya!
(Alhamdulillah, pensyarah tersebut tergamam apabila anak saya grad dengan 3 pointer!)
ALLAH Subhanahu wa Ta’ala yang in charge. Bukan saya, bukan dia hatta bukan mana mana pakar sekalipun!
Walaupun anak saya kerap buat Telegram call dari Mekkah dan Madinah hampir setiap hari…
Walaupun dia rungsing dan bimbang sepanjang di sana…
Walaupun saya sendiri tidak rasakan sebarang keajaiban…
ALLAHU akbar! ALLAHU akbar! ALLAHU akbar!
Keajaiban terserlah bilamana anak saya naik kereta kami di KLIA untuk pulang ke rumah.
Dalam masa 12 hari sahaja, dia sudah matang, sudah ada keyakinan diri, dan sudah berani defend dirinya.
Perubahan ini semakin ketara setiap hari.
Hari ini, anak saya merupakan insan yang ‘baru’. Insan yang jauh lebih tabah, lebih confident dan matang.
Alhamdulillah summa Alhamdulillah.
Doa saya dikabulkan. Berdoalah sambil berusaha.
Hingga ke saat ini saya masih terus bersyukur dan inshaa ALLAH akan terus bersyukur.
Demi Allah, Tanah Suci memang banyak keajaibannya.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Haji Kushairi dan Mutawif ZHB yang telah membimbing anak saya menjadi insan ‘baru’.
Jazaakallahu khair
Puan Saleema Kang
Putra Heights
(perkonsian ikhlas dari salah seorang ibu kepada jemaah ZHB)
https://zhbhijrah.com/
membantu jemaah sejak tahun 2005