Khadim Ummah Holidays

Khadim Ummah Holidays KHADIM UMMAH HOLIDAYS SDN. BHD. Menjejak Hikmah, Di Bumi Barakah
SSM 202301000852
MOTAC L/N/11267
(1)

Alhamdulillah selesai kursus umrah di Pejabat Urusan Khadim Ummah Holidays. Kursus umrah telah disampaikan oleh Ustaz An...
26/07/2025

Alhamdulillah selesai kursus umrah di Pejabat Urusan Khadim Ummah Holidays. Kursus umrah telah disampaikan oleh Ustaz Anas Mokhtar, yang berkongsi ilmu dan panduan penting dalam pelaksanaan ibadah umrah.

Semoga segala ilmu yang dipelajari menjadi bekal dan panduan buat para jemaah menunaikan umrah dengan lebih yakin, sempurna dan penuh penghayatan. Insya-Allah.

'Menjejak Hikmah di Bumi Barakah'

Masih tercari-cari pakej Umrah? Nak tengok tarikh Umrah?
Boleh klik link di bawahπŸ‘‡πŸΌ

Ustaz Anas : https://bitly.cx/UAMUmrahKhadim
Ustaz Fadh : https://bitly.cx/UFUmrahKhadim
Encik Ihsan : https://bitly.cx/UIUmrahKhadim
Encik Hakeem : https://bitly.cx/UHUmrahKhadim
Cik Sakinah : https://bitly.cx/CSUmrahKhadim

Haji Hajah, di Madinah nanti bacakan doa ini ketika menIarahi perkuburan Baqi'.
25/07/2025

Haji Hajah, di Madinah nanti bacakan doa ini ketika menIarahi perkuburan Baqi'.

Hidup di dunia ini tidak akan pernah sunyi dari ujian, itu janji Allah. Ujian adalah sebahagian daripada perjalanan menu...
25/07/2025

Hidup di dunia ini tidak akan pernah sunyi dari ujian, itu janji Allah. Ujian adalah sebahagian daripada perjalanan menuju akhirat. Namun dalam setiap kepayahan, Allah juga menjanjikan sesuatu yang lebih besar. Dia akan sentiasa bersama hati yang bersabar, yang tetap yakin walau diuji, yang tetap tenang walau dilanda gelora.

Itulah kekuatan sebenar, bukan ketiadaan ujian, tetapi adanya Allah di sisi. Bila kita yakin bahawa setiap air mata dilihat, setiap doa didengar, dan setiap usaha dinilai, maka kita akan terus kuat melangkah kerana kita tidak pernah sendiri.

Rezeki, jodoh, kejayaan atau apa sahaja yang telah Allah tetapkan untuk kita, pasti akan sampai walaupun seluruh dunia c...
24/07/2025

Rezeki, jodoh, kejayaan atau apa sahaja yang telah Allah tetapkan untuk kita, pasti akan sampai walaupun seluruh dunia cuba menghalang. Begitu juga sebaliknya, jika sesuatu itu bukan milik kita, walau kita genggam sekuat mana, akhirnya ia tetap akan pergi. Itulah indahnya takdir. Ia mengajar kita untuk tidak terlalu bergantung kepada usaha semata-mata, tetapi meletakkan kepercayaan penuh kepada perancangan Allah yang Maha Mengetahui.

Bila hati yakin dengan Qada’ dan Qadar, kita akan lebih tenang menerima apa yang datang dan lebih reda melepaskan apa yang pergi. Kerana yang terbaik itu, sentiasa datang tepat pada waktunya menurut waktu Allah, bukan waktu kita.

Perkuburan Baqi’ merupakan perkuburan yang terletak hampir dengan Masjid Nabawi di Madinah al-Munawwarah. Ia juga dipang...
23/07/2025

Perkuburan Baqi’ merupakan perkuburan yang terletak hampir dengan Masjid Nabawi di Madinah al-Munawwarah. Ia juga dipanggil sebagai Jannatul Baqi’ dan Baqi’ al-Gharqad.

πŸ•‹ πŠπ”π‘π’π”π’ π”πŒπ‘π€π‡ ππ„π‘π‚π”πŒπ€ - π“π„π‘ππ”πŠπ€ πŠπ„ππ€πƒπ€ πŽπ‘π€ππ† π‘π€πŒπ€πˆ!Assalamualaikum WBT,Semua dijemput hadir ke Kursus Umrah PERCUMA anj...
23/07/2025

πŸ•‹ πŠπ”π‘π’π”π’ π”πŒπ‘π€π‡ ππ„π‘π‚π”πŒπ€ - π“π„π‘ππ”πŠπ€ πŠπ„ππ€πƒπ€ πŽπ‘π€ππ† π‘π€πŒπ€πˆ!

Assalamualaikum WBT,

Semua dijemput hadir ke Kursus Umrah PERCUMA anjuran Khadim Ummah Holidays, sama ada anda sudah mendaftar atau baru berhasrat untuk menunaikan umrah.

Jom sama-sama menambah ilmu dan persiapan rohani sebelum menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Ilmu yang tepat akan memberi ketenangan dan keyakinan sepanjang ibadah nanti, insya-Allah.

πŸ“† Hari: Sabtu
πŸ“… Tarikh: 26 Julai 2025
⏰ Masa: 9:00 pagi
πŸ“ Tempat: Pejabat Urusan Khadim Ummah Holidays, Lagenda Heights, Sungai Petani, Kedah.
πŸ”— Peta lokasi: https://maps.app.goo.gl/7YMbVoMNbCPCbeVf6

πŸ“ž Untuk pertanyaan lanjut, hubungi:
En. Ihsan – www.wasap.my/60134599260

'Menjejak Hikmah di Bumi Barakah'



Kadangkala dalam hidup, kita diuji dengan kegelapan, kesedihan, atau dugaan yang membuat kita tertanya-tanya: β€œKenapa se...
23/07/2025

Kadangkala dalam hidup, kita diuji dengan kegelapan, kesedihan, atau dugaan yang membuat kita tertanya-tanya: β€œKenapa semua ini berlaku?” Hakikatnya, Allah tidak pernah zalim kepada hamba-Nya. Bila matahari disembunyikan dan ribut datang melanda, itu bukan tanda Allah membenci, tetapi satu proses tarbiah untuk menguatkan jiwa, mendidik sabar, dan membuka mata hati.

Ribut itu hadir supaya kita belajar menghargai ketenangan, dan pelangi yang muncul selepasnya menjadi lambang harapan dan rahmat. Setiap ujian adalah jalan untuk kita kembali kepada Allah dengan hati yang lebih yakin, lebih reda, dan lebih bersyukur.

Hijir Ismail adalah peluang solat dalam Kaabah.
22/07/2025

Hijir Ismail adalah peluang solat dalam Kaabah.

Orang ramai disarankan untuk mengurangkan aktiviti luar ketika jerebu melanda. Berwaspada jika mengalami simptom seperti...
22/07/2025

Orang ramai disarankan untuk mengurangkan aktiviti luar ketika jerebu melanda. Berwaspada jika mengalami simptom seperti batuk, selesema, atau kesukaran bernafas. Dapatkan rawatan segera jika gejala berlarutan. Utamakan kesihatan diri dan keluarga.

Kongsi info ini dengan orang sekeliling agar kita semua lebih peka dan sihat bersama! πŸ’ͺπŸΌπŸ’›

Nilai kehidupan bukan diukur pada panjangnya usia, tetapi pada sejauh mana kita memberi manfaat sepanjang hidup itu. Ada...
22/07/2025

Nilai kehidupan bukan diukur pada panjangnya usia, tetapi pada sejauh mana kita memberi manfaat sepanjang hidup itu. Ada orang hidup lama, tetapi tidak meninggalkan kesan apa-apa. Ada p**a yang hidup sekejap, namun namanya disebut dengan penuh penghargaan kerana kebaikan yang ditinggalkan.

Hidup ini adalah peluang untuk memberi, berbakti dan meninggalkan legasi yang dikenang sama ada dalam bentuk ilmu, akhlak, pertolongan atau kasih sayang. Maka jangan hanya fikir untuk hidup lama, tetapi berusahalah untuk hidup dengan makna. Sebab yang abadi bukan bilangan tahun kita hidup, tetapi amalan yang terus hidup selepas kita tiada.

Address

Sungai Patani

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60129761791

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Khadim Ummah Holidays posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Khadim Ummah Holidays:

Share

Category