28/05/2025
Dua kali flight tu patah balik.
Dan dua-dua kali,
Amer tak ada dalam kapal.
Cuma selepas dia dibenarkan naik,
baru flight tu berlepas dengan selamat.
Siapa Amer?
Seorang lelaki Libya bernama Amer Al Mahdi Mansour Al G@ddafi.
Dia dah bersiap,
dah daftar โ tinggal nak naik flight ke Tanah Suci.
Tapi di imigresen,
dia ditahan.
Bukan sebab kesalahan,
tapi sebab nama belakangnya โ Al G@ddafi.
Nama yang pernah dikaitkan dengan bekas pemerintah Libya,
Mu@mmar Gaddaf1.
Atas faktor keselamatan dan protokol antarabangsa,
kapten terpaksa tinggalkan dia,
walau dia merayu.
Sesungguhnya,
Allah tak pernah tinggalkan dia.
Flight tu berlepas.
Tapi tak lama.
Berpatah balik ke lapangan terbang sebab masalah teknikal.
Lepas dibaiki,
flight cuba terbang kali kedua.
Dan sekali lagi โ bermasalah,
terpaksa berpatah balik.
Dua kali flight gagal.
Dua kali Amer masih belum naik.
Sampai akhirnya,
kapten flight sendiri berkata:
โSaya bersumpah, saya takkan terbang lagi kecuali Amer naik bersama.โ
Akhirnya Amer pun dibenarkan naik.
Dan,
flight berjaya berlepas ke Makkah.
Dengan selamat.
Dengan Amer.
Subhanallah.
(Meremang saya membaca)
Wajah Amer berseri,
bercahaya apabila ditemubual oleh wartawan.
Kita hanya mampu merancang.
Tapi kalau Allah yang merancang,
tak ada kuasa yang boleh menentangnya.
Inilah Haji,
Haji bukan sekadar perjalanan.
Ia jemputan eksklusif dari Allah.
Dan bila Allah dah jemput โ
manusia tak mampu halang.
Ingat sabda Nabi,
"Ketahuilah, apa yang menimpamu tidak mungkin tersalah,
dan apa yang tersalah darimu tidak mungkin menimpamu."
(Hadith sahih riwayat Abu Dawud, Tirmidzi)
Kalau itu bukan rezeki kita,
macam mana usaha pun,
kita takkan dapat.
Tapi,
kalau Allah dah tetapkan untuk kita,
tak ada siapa pun boleh ambil.
Ada rezeki yang Allah tangguhkan,
bukan sebab Allah lupa,
tapi sebab Allah nak kita faham,
Bila ia sampai,
Itulah tanda cinta-Nya,
bukan hasil kehebatan kita.
Kisah Haji Amer bukan kisah kebetulan.
Ia kisah tauhid.
Kisah keyakinan.
Dan kisah tentang satu hakikat:
Bila Allah kata "Ya",
tak ada makhluk pun boleh kata "Tidak".
Sumber Fb.