Jalan Jalan Kedah Perlis Siam

Jalan Jalan Kedah Perlis Siam Kenderaan, Penginapan & Tour Guide
Untuk Tempahan Hubungi 0193586537

Cafe bonda 2  buka seperti biasa untuk sarapan pagi & makan tengahari📌Masa🕖 : 7.30 pagi-1ptg (Jumaat Cuti) Lokasi 📌: Sel...
25/04/2025

Cafe bonda 2 buka seperti biasa untuk sarapan pagi & makan tengahari📌

Masa🕖 : 7.30 pagi-1ptg (Jumaat Cuti)

Lokasi 📌: Selepas Simpang KTM Bukit Keteri Dato Jaafar Hasan. Kedai sebelah kanan jalan.

https://maps.app.goo.gl/8BpKGhbKkRLUGHY87?g_st=awb

Menyajikan pelbagai menu masakan yg sedap dan lazat. Jemput la datang beramai ramai.




Terusan Lencongan Banjir Barat (LBB) Timah Tasoh dari Tebing Tinggi ke Kg Wai, Perlis. "Terowong Nakawan" merupakan satu...
23/04/2025

Terusan Lencongan Banjir Barat (LBB) Timah Tasoh dari Tebing Tinggi ke Kg Wai, Perlis.

"Terowong Nakawan" merupakan satu-satunya terowong air (765 meter) di Malaysia yang membelah bukit batu kapur berusia 480 juta tahun di Banjaran Nakawan. Air terusan disini berwarna kehijau-hijauan mengalir tenang antara bukit-bukau batu kapur yang menambahkan lagi keindahan pemandangannya seolah-olah di Grand Canyon USA.

LBB yang dibina sepanjang 23 km ini menelan kos sebanyak 300 juta berfungsi mengalirkan air empangan Timah Tasoh dan baraj (pintu kawalan air) terus ke laut. Perlis kini telah mengatasi masalah banjir besar sejak 2013.

Fakta Menarik tentang LBB, Perlis:

Panjang Terusan: Terusan Kampung Wai sepanjang 23 kilometer menawarkan pengalaman alam semulajadi yang memukau kepada pengunjung.

Usia Bukit Batu Kapur: Bukit batu kapur di kawasan ini berusia lebih 500 tahun, memberikan nuansa sejarah yang unik.

Aktiviti Air: Pengunjung boleh menikmati aktiviti seperti berkayak dan menaiki bot, menelusuri terusan dan terowong untuk melihat keindahan alam semulajadi.

Pemandangan Alam: Sepanjang perjalanan, pengunjung akan disajikan dengan pemandangan air terusan yang kehijauan dan bukit batu kapur yang menakjubkan.

Masa Perjalanan: Perjalanan pergi dan balik melalui terusan mengambil masa sekitar 45 minit, memberikan pengalaman yang cukup berbaloi.

Destinasi Pelancongan Baru: Kampung Wai kini menjadi tarikan pelancongan yang semakin popular di Perlis, khususnya bagi mereka yang mencari pengalaman luar biasa dan cinta akan alam semulajadi.



SARAPAN PAGI, BERMULA DI SINI! 🌞🍽️Menyajikan pelbagai menu masakan sarapan pagi yang memenuhi pelbagai citarasa, Warung ...
23/04/2025

SARAPAN PAGI, BERMULA DI SINI! 🌞🍽️

Menyajikan pelbagai menu masakan sarapan pagi yang memenuhi pelbagai citarasa, Warung Teratak Bonda ada semuanya. Hidangan istimewa pulut ayam dan lontong, memang padu. 🤗

Fasiliti di Warung Teratak Bonda:
✅Parking kereta LUAS
✅Ruang makan yang BANYAK
✅Tandas yang BERSIH dan SELESA
✅Port amik gambaq yang CANTIK
⏰ WAKTU OPERASI ⏰
SABTU - KHAMIS
8.00 pagi - 12.00 tengah hari
📍LOKASI
30, Persiaran Jubli Emas, Arau, 02600 Arau, Perlis
Sebarang booking/pertanyaan boleh tekan sini:
wasap.my/60122514169/Hi%20Warung%20Teratak%20Bonda%20
Nak Mai? Boleh tekan sini:
https://maps.app.goo.gl/xfWqocQddujamHgc7



Superfruits Valley terletak di Perlis dan merupakan ladang Superfruits terbesar di Malaysia. Dengan pelbagai jenis tanam...
23/04/2025

Superfruits Valley terletak di Perlis dan merupakan ladang Superfruits terbesar di Malaysia. Dengan pelbagai jenis tanaman buah yang eksotik dan berkhasiat, ladang ini menawarkan pengalaman unik bagi para pengunjung yang ingin meneroka keindahan dan manfaat buah-buahan istimewa.

Antara buah-buahan yang ditanam di Superfruits Valley termasuk buah Ara, buah Gac, Limau, dan buah Markisa. Setiap buah ini bukan sahaja menyegarkan tetapi juga kaya dengan nutrisi yang bermanfaat untuk kesihatan. Contohnya, buah Gac terkenal dengan kandungan antioksidannya yang tinggi, menjadikannya pilihan yang baik untuk mereka yang mementingkan kesejahteraan.

Ladang ini memberi penekanan kepada prinsip pertanian yang berkelanjutan, memastikan setiap produk yang dihasilkan adalah berkualiti tinggi dan berkhasiat. Pengunjung boleh mendapatkan pelbagai produk Superfruits yang telah diproses dengan baik, termasuk jus, sos, dan produk makanan lain, semuanya pada harga yang berpatutan.

Superfruits Valley bukan sahaja destinasi pelancongan, tetapi juga tempat untuk mendapatkan produk berkualiti yang menyokong gaya hidup sihat.

Antara aktiviti dan program menarik untuk pengunjung, termasuk lawatan ke ladang, pengenalan kepada cara penanaman buah-buahan, serta peluang untuk merasai buah-buahan segar terus dari pokok. Aktiviti ini tidak hanya mendidik tetapi juga menyeronokkan, menjadikan pengalaman pelawat lebih bermakna.

Bagi pencinta alam dan mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai manfaat superfruits, Superfruits Valley adalah destinasi yang wajib dikunjungi di Perlis. Di sini, pengunjung tidak hanya dapat menikmati keindahan alam semula jadi, tetapi juga membawa pulang kesihatan dan kesejahteraan melalui produk-produk berkualiti tinggi yang ditawarkan.

Rujukan:
https://myhalalxplorer.com/blog/2024/superfruits-valley-ladang-superfruits-terbesar-di-malaysia/



Address

Sungai Petani

Telephone

+60193586537

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jalan Jalan Kedah Perlis Siam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Jalan Jalan Kedah Perlis Siam:

Share