03/04/2026
Sila baca sehingga habis. Renung²kanlah dan fikir²kanlah serta pertimbangkanlah.
Ikhlas daripada seorang yang melalui beberapa episod kegawatan di Malaysia semenjak 1962 hingga kini ... seorang yg berkesempatan mempelajari jurusan ekonomik semasa di institusi pengajian tinggi ... dan seorang yang pernah berkerja makan gaji. Tepuklah dada dan tanyalah selera dan iman ... serta perbanyakkan lah solat² sunat istikharah dan solat sunat hajat serta solat sunat taubat.
Wallahua'lam wa lā haula wa lā quwwata illa billāhil 'aliyyil 'azhim walhamdulilāhi robbil 'ālamīn. Hasbunallāh wa ni'mal wakeel wa ni'mal maula wa nikmanaseer.
KEGAWATAN EKONOMI 2026
⚠️ BACA SAMPAI HABIS..
Saya tulis ini bukan nak menakutkan. Saya tulis ini sebab saya risau. Risau tengok sekeliling. Risau tengok diri sendiri. Risau tengok kita semua.
1. KITA ORANG PALING LAMBAT SEDAR.
Seluruh dunia dah bergerak. Rakyat di negara-negara lain dah mula bersiap, dah mula simpan, dah mula kurangkan perbelanjaan. Kita? Masih rileks, masih gelak-gelak, masih tak faham skala gawat yang kita akan hadap.
Orang Melayu. Kita ada tabiat yang sangat berbahaya: lambat dapat maklumat, lagi lambat bertindak balas.
2. RAYA BARU LEPAS. DUIT KE MANA?
Tanya dengan jujur:- berapa banyak duit yang kita hamburkan masa Raya baru-baru ni?
Mercun berpuluh malah beratus ringgit. Baju raya beratus malah beribu ringgit. Makan besar, keluar makan sedap, balik kampung berhabis minyak, duit raya berkepok diberikan. Dan hari ini, masih ada yang beratur beli kopi RM18 setiap hari tanpa rasa bersalah sedikit pun.
Saya tak kata semua tu salah. Tapi waktunya memang sangat tidak kena. Satu dunia sedang bersiap untuk menghadap kecemasan, kita masih rileks macam ia tak akan berlaku di Malaysia. Atau mungkin mengharapkan kerajaan akan selesaikan semua masalah kita.
3. APRIL 2026, HARGA BARANG AKAN NAIK. DAN INI BARU PERMULAAN.
Ini bukan ramalan bomoh. Ini analisis ekonomi global yang dah ramai pakar sebut terbuka. Perang di Timur Tengah, gangguan rantaian bekalan, tekanan inflasi yang bertimpa-timpa semua ini akan memuncak dalam tempoh terdekat.
Yang paling menakutkan saya? Makanan.
Bukan kereta. Bukan handphone. Bukan rumah. Makanan. Benda yang kita kena telan setiap hari untuk hidup. Dan harganya akan naik. Mungkin dah mula naik. Cuba tengok resit beli barang dapur minggu lepas berbanding minggu ini.
4. BARANG KEHENDAK VS BARANG KEPERLUAN.
Kasut baru? Kehendak. Boleh tunggu.
Handbag baru? Kehendak. Boleh lupakan.
Makan? Keperluan. Tak boleh elak.
Tapi inilah yang menakutkan. Bila duit tak cukup, kita terpaksa pilih antara makan murah atau makan sihat. Dan ini akan memberi kesan kepada kesihatan jangka panjang, terutama anak-anak kita.
Mulalah kurangkan makan luar yang mahal-mahal. Belajar masak semula. Beli bahan mentah. Jangan tunggu dah pokai baru nak berjimat.
5. DUA SENARIO YANG MENGERIKAN.
Senario pertama: Ada duit, tapi barang mahal. Masih boleh beli, tapi sakit. Ini yang ramai expect.
Senario kedua yang ramai tak fikir: Ada duit, tapi barang TAKDE untuk dibeli.
Gangguan bekalan. Kedai kosong takde barang. Import tersekat. Ini bukan cerita zaman perang dulu-dulu. Ini boleh berlaku pada kita, generasi yang tak pernah rasa susah sebenar-benarnya.
Yang kedua ini lebih bahaya.
6. KERJA MAKAN GAJI? JANGAN SELESA SANGAT.
Saya faham. Kerja tetap rasa selamat. Ada gaji masuk hujung bulan, rasa tenang. Lebih baik daripada yang bekerja sendiri.
Tapi dengar baik-baik: Bila syarikat mula susah, langkah pertama mereka bukan buang pekerja. Langkah pertama adalah potong elaun. Potong OT. Freeze kenaikan gaji. Dan kalau keadaan makin teruk, barulah VSS, MSS, dan surat buang kerja.
Waktu itu, ramai yang terkejut. "Eh, ingatkan kerja saya selamat".
Mula fikir pendapatan tambahan sekarang. Bukan nanti. Bukan bila dah kena buang. Sekarang!
7. KEPADA YANG SAKIT DAN PERLUKAN UBAT. ANDA KENA RISAU.
Bekalan ubat bergantung kepada import. Import bergantung kepada kestabilan global. Dan kestabilan global sekarang sedang goyah.
Ada kemungkinan menjelang pertengahan 2026, sesetengah ubat akan sukar didapati. Bukan tak ada duit masalahnya. Tapi stoknya takde. Ada duit pun tak guna.
Kepada yang sihat jaga kesihatan itu pelaburan paling murah dan paling berharga sekarang. Tidur cukup. Makan makanan sihat. Bersenam. Jangan tunggu sakit.
8. HUTANG. HUTANG. HUTANG.
Saya nak tekankan ni kuat-kuat: BERHENTI MENAMBAH HUTANG.
Tak kisah hutang kereta baru. Hutang renovate rumah. Hutang BNPL. Hutang kad kredit. Semua itu adalah bom jangka.
Bila ekonomi hit kita, pendapatan kita mungkin turun. Tapi hutang kita? Tak turun seringgit pun. Masih kena bayar. Masih kena tanggung. Dan tekanan itu boleh menghancurkan mental, rumahtangga, dan masa depan kita.
9. KALAU NAK BELANJA, BELANJA UNTUK NAIK TARAF DIRI.
Kalau ada lebihan duit, jangan simpan semua dalam bank (inflasi akan makan nilainya). Tapi jangan p**a bazirkan untuk benda tak guna.
Laburkan dalam diri sendiri. Belajar skill yang AI tak boleh buat sepenuhnya iaitu kemahiran tangan, kemahiran manusia, kemahiran komunikasi dan kepimpinan. Atau belajar jadi orang yang tahu guna AI untuk hasilkan kerja, sebab syarikat akan bayar untuk orang macam tu.
Ilmu adalah aset yang tak boleh dirampas.
10. GAWAT KALI INI LAIN DARI YANG LAIN.
Covid-19 dulu pun teruk. Ramai yang jatuh. Ramai yang hilang kerja. Ramai yang putus asa.
Tapi kali ini? Petandanya lebih gelap. Perang yang tak nampak penghujungnya. Ekonomi global yang rapuh. Negara-negara besar yang saling menekan dan tertekan. Dan kita, di ceruk Asia Tenggara ini, bukan immune dari kesannya.
Bersiaplah. Bertahanlah.
Credit : Dr Datin Hjh Mahidah (PJK)