18/08/2026
🌳💧 KENAPA PARAS AIR TASIK TAIPING MASIH RENDAH?
Kebelakangan ini ramai yang tertanya-tanya 🤔 mengapa paras air di Taman Tasik Taiping, khususnya di bahagian berhampiran Raintree Walk, kelihatan semakin rendah dan ada kawasan yang nampak seperti kering.
Ada yang menyangka ia disebabkan cuaca panas ☀️. Tetapi, kalau diperhatikan, walaupun hujan lebat sudah turun beberapa kali 🌧️, paras air di kawasan tersebut masih belum kembali seperti biasa.
Sebenarnya, keadaan ini adalah sebahagian daripada kerja-kerja penaiktarafan dan pemuliharaan Taman Tasik Taiping yang sedang dilaksanakan. Projek pemuliharaan ini memang merangkumi kerja-kerja pemeliharaan dan pemulihan tasik bagi mengawal hakisan tebing, meningkatkan biodiversiti serta menjaga kualiti air.
🔧 Bagi membolehkan kerja-kerja pengukuhan tebing dijalankan, kontraktor telah membuka pintu air untuk melepaskan sebahagian air dan merendahkan paras tasik di kawasan berkenaan.
🌱 Selepas paras air direndahkan, kerja-kerja pacakan kayu bakau dijalankan sebagai struktur sokongan, diikuti dengan pemasangan gabion batu 🪨 di sepanjang tebing tasik.
🎯 Tujuannya adalah untuk melindungi, mengukuhkan dan menstabilkan tebing tasik supaya lebih tahan terhadap hakisan dalam jangka masa panjang.
Jadi, jangan risau 😊
📍 Keadaan paras air yang rendah di bahagian tersebut bukan semata-mata kerana cuaca panas, tetapi berkait rapat dengan kerja-kerja pemuliharaan yang sedang dijalankan.
🚧 Kerja-kerja penaiktarafan Taman Tasik Taiping masih berjalan seperti yang dirancang dan segala proses berada dalam pemantauan serta kawalan pihak berkaitan.
🏞️ Kita beri ruang kepada pihak kontraktor untuk melaksanakan kerja-kerja ini dengan sebaiknya. Selepas siap nanti, kita bukan sahaja dapat menikmati pemandangan yang lebih cantik, tetapi juga tebing tasik yang lebih kukuh dan terpelihara untuk jangka masa panjang. 💪🌳💧