GOBOK Homestay Cameron

GOBOK Homestay Cameron Best Homestay in Cameron!

18/05/2025

Lembaga Penyedut Duit Rumah Puaka

Mungkin benda ni berlaku pada korang 👇

Bayangkan hari-hari kau tengok kawan kau termenung makan maggi, hujung minggu duduk dalam bilik je. Kejap okay, kejap murung. Sentiasa kerja overtime macam takde hari esok. Itulah cerita Fikri, kawan aku yang pernah tersalah langkah besar.

(Dia minta aku sebar cerita ni untuk jadinpengajaran semua)

1. Cerita dia berlaku tahun 2010. Dia ni jenis semangat tinggi nak beli rumah, umur baru 28 dah sibuk cari property. “Kau tengok, kalau aku tak mula sekarang, bila lagi nak ada aset?” Aku pun angguklah, kagum dengan cita-cita dia.

2. Dia jumpa satu rumah, harga hampir RM400K. Sales agen promote habis-habisan. Katanya, “Dekat dengan MRT, kawasan tengah naik, boleh buat sewa lagi!”

3. Lepas tu diumpan p**a dengan lefall fee Dan spa fee free dan rebate Cashback 25k bagai. Fikri pun rasa macam jackpot. Tanpa fikir panjang, dia terus angkat.

4. Mula-mula nampak macam okey je. Tapi bila dah sign S&P, baru dia sedar. “Weh, aku punya loan RM2K sebulan, tapi bila tengok kadar sewa area ni, maksimum pun RM1K je orang sanggup bayar!”

5. Dia cuba naikkan sewa. Tapi siapa nak sewa mahal kalau rumah lain lagi murah? Penyewa pun bijak sekarang. Akhirnya, dia kena turunkan sewa ke RM1K, tak ada pilihan.

6 Setiap bulan, Fikri kena top up RM1K dari gaji untuk bayar baki loan. “Weh, duit gaji aku habis macam tu je, ghaib tiap bulan kat rumah puaka”

7. Dia mula rasa stress. Bila duit gaji separuh kena bayar rumah, dia struggle nak cukupkan perbelanjaan lain. Belanja makan pun dah kena potong.

8. Satu hari dia luah: “Weh, aku rasa kena tipu dengan agen tu. Dia kata investment, tapi aku rasa macam sponsor tenant aku je sekarang.” Aku tak tahu nak jawab apa. Betul juga dia cakap.

9. Dia cuba cari penyelesaian. Tapi nak jual rumah bukan senang. Harga pasaran tak naik pun, malah ada risiko jatuh lagi sebab kawasan tu tak cukup demand.

10. Aku tanya dia: “Weh, kenapa kau beli terus dulu? Tak fikir panjang ke?” Dia balas, “Aku fikir ni pelaburan, aku ingat untung. Tapi aku lupa nak kaji dulu kadar sewa, kos tambahan, semua tu.”

11. Masa tu baru aku sedar, ramai kawan-kawan muda macam Fikri tersilap langkah. Sebab apa? Sebab ikut hype. Sebab ikut kawan-kawan. Beli rumah sebab orang lain beli, tak buat kira-kira betul.

12. Fikri cakap agen banyak janji manis. Siap tunjuk graf naik harga kawasan tu. Tapi graf tak bayar loan, bro! Duit gaji kau yang kena cover.

13. Dia tak semak lokasi betul-betul. Walaupun ada MRT, kawasan tu belum matang lagi. Tak ramai orang nak tinggal situ. Hasilnya, kadar sewa rendah.

14. Aku pun cakap dengan dia: “Kalau kau buat research lebih sikit, mesti kau nampak benda ni awal-awal.” Dia angguk, menyesal.

15. Aku cerita balik pengalaman senior aku aka mentor aku. Dia cakap, “Pelaburan rumah kena ada ROI yang jelas. Kalau loan tinggi, sewa rendah, jangan sentuh.”

16. Aku bagi nasihat untuk elakkan benda ni. Sebelum beli, kaji dulu kadar sewa kawasan. Tengok rumah lain sekitar. Jangan percaya agen bulat-bulat.

17. Fikri tanya aku, “Kalau aku tak beli rumah ni, aku nak buat apa dengan duit tu?” Aku jawab, “Simpan. Kalau cukup simpanan, kau boleh cari rumah yang betul-betul berbaloi.”

18. Jangan beli rumah sebab nak berlumba dengan orang. Rumah ni tanggungjawab jangka panjang, bukan aset untuk suka-suka.

19. “Kenapa kau tak pernah beli rumah?” Fikri tanya. Aku balas, “Aku beli rumah yang below market je. Aku pastikan simpanan cukup, ada emergency fund, lokasi betul, dan aku tak nak bayar lebih dari apa aku mampu.”

20. Terus dia terdiam. “Weh, aku rasa ni pelajaran paling mahal dalam hidup aku,” dia kata.

21. “Kau kena jadikan pengalaman ni panduan. Jangan ulang kesilapan ni lagi. Kau pun boleh ajar orang lain lepas ni.”

22. Sebelum balik, aku sempat pesan “Bukan semua rumah tu pelaburan. Ada rumah yang jadi beban kalau tak pandai pilih.” Ibarat lembaga penyedut duit.

23. Dia mula nampak hikmah. “Lepas ni aku kena lebih berhati-hati. Buat research lebih sebelum buat keputusan besar.”

24. Aku cakap dengan dia “Kita semua belajar dari kesilapan. Tapi jangan biarkan kesilapan ni hancurkan kewangan kau.”

25. Dia mula rancang semula kewangan. Buat bajet, cari cara nak kurangkan beban loan, dan mula bina simpanan baru.

26. Aku harap kita semua belajar dari sini. Beli rumah ni kena ada ilmu. Kalau tak, duit gaji kau yang jadi mangsa.

27. Aku kongsi cerita dia kat kawan-kawan lain. Aku nak semua orang tahu, jangan buat keputusan besar tanpa kajian mendalam.

28. Mesej aku jelas. Rumah bukan perlumbaan. Jangan terburu-buru ikut orang lain.

29. Aku tambah lagi, “Kalau kau tak pasti, tanya pakar. Dapatkan nasihat sebelum sign apa-apa.”

30. Moral cerita Fikri ni, jangan biar agen atau hype media sosial, ikutan kawan-kawan kawal keputusan kewangan kau.

31. Aku tutup cerita dengan nasihat terakhir

32. Pelaburan yang sebenar ialah pelaburan dalam ilmu. Fahamkan betul-betul sebelum kau serahkan gaji kau kepada ‘lembaga penyedut duit’ macam ni.

33. Ada ke yang pernah tersilap percaturan?

18/05/2025

🔊UNTUK GURU-GURU KPM 🇲🇾 : Cabaran AI For Educators di SiPP. Berjaya juga siapkan assignment ni. Due date 21 Jun. Selain ilmu, boleh juga dapat mata kredit splkpm 13 jam lebih. Boleh semak email Delima masing2 untuk link dan juga notifikasi untuk menyelesaikan tugasan ini ya. Dalam emel tu kata MANDATORI. Jadi saya pun usahakan sampai siap. All the best kawan2.

Selamat mengundi!Ada sesiapa nak amek peluang jalan-jalan Cameron selepas penat beratur mengundi tak? HihihiMana tau nak...
19/11/2022

Selamat mengundi!

Ada sesiapa nak amek peluang jalan-jalan Cameron selepas penat beratur mengundi tak? Hihihi

Mana tau nak singgah Cameron dulu, sebelum balik Kl. Atau dari Kelantan nak balik Kl..dari Utara nak balik Kl. Boleh singgah bersejuk-sejuk dulu di Cameron! Orang asal Cameron sikit je, jadi memang lengang je jalan. Tak jem langsung.. Ini lah masa yang sesuai korang nak bercuti dengan hati yang tenang di sini. ♥️

Kalau ada, ajommmm book Homestay cepat, sementara masih ada harini!

www.wasap.my/60145076067

www.wasap.my/60145076067

TIPS BUAH STRAWBERRY TAHAN LEBIH LAMA"Alamak lembik dah laaaa""Euuu masam!""Eh, baru turun dah lebam, penipu la penjual ...
30/09/2022

TIPS BUAH STRAWBERRY TAHAN LEBIH LAMA

"Alamak lembik dah laaaa"
"Euuu masam!"
"Eh, baru turun dah lebam, penipu la penjual ni!!"

Tula selalu jadi kan korang kan?
Buah strawberry rosak, tak sempat nak makan! Belinya berkotak-kotak! Stresssss

Buah strawberry ni antara buah yang agak rumit untuk dijaga tau! Tak nak susah, korang makan je puas-puas kat Cameron sudaa..senang hati. Haha. Tak payah pening-pening fikir cara nk jaga bagi tahan lama.

Tapi, mungkin ada nak bawa balik untuk keluarga dan rakan-rakan tersayang, untuk buat kek, untuk buat jus smooties dan sebagainya kan?

Kat sini ada beberapa tips korang boleh guna supaya buah strawberry tahan lebih lama.

Perkara pertama, paling utama ada cara bagaimana untuk memilih strawberi:

🍓Pilih buah yang tidak lembik, lebam dan tanpa cacat.

🍓Perhatikan warna, mesti merah terang, jangan pilih warna yang kusam, gelap dan tidak berkilat.

Keduanya, adalah cara membersihkan strawberi bila dah sampai di rumah. Ada dua cara tau.

Cara pertama:

1. Cuci bersih di air yang mengalir untuk membersihkan kotoran yang melekat pada strawberi.

2. Rendam dalam air yang diletak dua sudu garam selama 3 minit lalu tapis sampai kering.

3. Lapkan dengan tisu sampai kering.

4. Setelah strawberi kering dan bersih, tuang semua buah strawberi ke dalam bekas kedap udara yang dilapik dengan tisu. (ini untuk menyerap lembapan)

5. Simpan dalam peti ais. Cara ini akan membuat strawberi tetap segar selama lebih dari 7 hari.

6. Bagi yang ingin tahan lebih lama boleh disimpan dalam freezer agar boleh digunakan sebagai bahan ais krim atau jus segar bila-bila masa korang nak.

Cara kedua:

1. Satu lagi cara yang boleh dicuba dengan membasuh strawberi dengan cuka. Caranya dengan membasuh strawberi dalam larutan 1 cawan cuka untuk setiap 10 cawan air. Sebenarnya tidak kisah berapa nisbahnya, anda boleh juga agak-agak berapa ingin digunakan.

2. Rendam selama 4-5 minit, kemudian tapis dan paling penting biarkan ianya betul-betul kering.

3. Letak dalam tupperware yang dilapik tisu dan simpan di dalam peti sejuk seperti biasa.

🍓Proses ini boleh digunakan untuk semua jenis beri. Dan jangan risau, anda tidak akan rasa cuka pada strawberi anda.

TIPS PENTING BELI STRAWBERRY !

🍓Biasanya strawberi dijual dengan daunnya. Pilihlah strawberi dengan warna daun hijau segar dan warna strawberi yang merah cerah. Saiz yang besar menandakan buah tersebut sihat dan lebih sedap serta manis.

🍓Segera cuci dan simpan dalam peti sejuk di dalam bekas tertutup berlapik tisu. Jangan biarkan di luar peti ais sebab baunya akan cepat hilang dan cepat kering.

🍓Nak dapat buah manis? Tak nak masam? Pastikan membeli buah yang sederhana besar dan berwarna merah terang. Kalau ambil buah yang masih ada putih atas tu, maksudnya buah masih muda dan akan berasa sedikit masam.

🍓Buah lebam? Pastikan memilih buah yang berwarna merah terang, bukan bewarna gelap. Warna gelap tu dah terlalu masak dan mudah lembik.

🍓 Kami sarankan anda beli buah untuk dibawa p**ang, pada hari anda nak bergerak p**ang ke rumah.

🍓Kami juga sarankan anda membeli buah strawberry atas pada pukul 10 pagi, supaya anda dapat buah yang terbaru. Bukan buah yang semalam 😅

🍓Kami juga sarankan anda membeli buah yang 2 layer ke bawah kalau nak dibawa p**ang . Lagi elok 1 layer sahaja. Ni nak elak buah di bawah tu terpenyek dan jadi lebam.

🍓 Dan paling akhir, pastikan anda meletakkan buah strawberry di bahagian dalam kereta yang beraircond tu, bukan di bonet kereta ye!

Jadi kepada yang berminat nak ke Cameron Highlands bolehlah hubungi kami segera untuk tempahan.

Terus whatsapp untuk booking dan pertanyaan :

www.wasap.my/60145076067 (En. Iqbal)
www.wasap.my /60134296070 (Pn. Zati)

https://gobokhomestaycameron.wordpress.com

Instagram : _gobokhomestay

Facebook : https://m.facebook.com/GOBOK-Homestay-Cameron-168955097086946/?ref

By Gobok Homestay Cameron

TIPS REBUS JAGUNG!Try la, baru berbaloi makan jagung Cameron 🤭
14/08/2022

TIPS REBUS JAGUNG!

Try la, baru berbaloi makan jagung Cameron 🤭

6 TIPs MEREBUS JAGUNG:

1. Jangan tambah garam semasa merebus jagung. ia akan keraskan isi jagung anda. Selepas masak baru taburkan sedikit garam halus.

2. Semasa rebus jagung tambah sedikit gula dalam air rebusan jagung untuk rasa yang sedap.
3. Jagung segar yang dibeli jangan biarkan diluar, ia akan kehilangan kemanisan semula jadi. Kalau jagung segar, terus simpan di peti sejuk. Jagung segar masih kehijaun kulitnya.

4. Cara rebus jagung , biarkan air mendidih dan masukkan jagung yang telah kupas, bila air mendidih semula, kecilkan api dapur dan rebus dlm keadaan reneh (simmering) dalam 5-10 minit sudah mencukupi.

5. Selepas jagung masak, boleh sapukan butter dan taburkan sedikit garam dan sedikit serbuk lada putih.

6. Kalau anda ada tanam jagung, petik jagung waktu pagi dan kalau ingin simpan biar simpan di peti sejuk.

LADANG ANGGUR CAMERON  DI BLUE VALLEY! https://youtu.be/dYaMp0ang4cCiter anggur lagi... Kali ini ke Blue Valley  Cameron...
14/06/2022

LADANG ANGGUR CAMERON DI BLUE VALLEY!

https://youtu.be/dYaMp0ang4c
Citer anggur lagi... Kali ini ke Blue Valley Cameron Highlands!

Asyik ke ladang strawberry jer, apa kata cuba ke sini p**a untuk merasai pengalaman berada di Ladang Anggur yang jarang-jarang kita jumpa di Semenanjung Malaysia!

Bagi yang masih belum sempat melawat ladang anggur, masih ada peluang untuk anda bergambar dengan buah anggur di Blue Valley Cameron Highlands. Tak lama tau musim anggur ni! Jadi jangan lepaskan peluang ke sini minggu ini!

Sekarang ni buah dah masak menunggu untuk dipetik sahaja! Macam mana ye buah anggur di sini?

Anggur ni baka Jepun tau. Berwarna ungu gelap, serta bulat macam anggur ribena blackcurrant tu. Rasa dia berbeza daripada anggur yang kita selalu makan tau, rasa manis masak juicy yang sedappp. Isinya lebih kenyal. Memang rugi tak cuba. DULU : Harganya RM40/kg. Mahal sikit tapi Memang berbaloi. Boleh je beli 500g. Hanya RM20. (SEKARANG NI TAK PASTI HARGA YANG TERBARU)
Sekiranya anda datang dari arah Simpang Pulai/Ipoh, teruskan perjalanan kira-kira 500 meter dari simpang Ipoh ke Cameron Highlands. Nanti anda akan jumpa signboard ladang anggur di sebelah kiri jalan.

Sekiranya anda dari Lojing,Kelantan signboard tu terletak di sebelah kanan jalan sebelum sampai ke simpang "T" Cameron Highlands/Ipoh.
Jalan nak ke ladang tu ke dalam sikit dan hanya sesuai untuk kenderaan ringan seperti kereta dan motorsikal sahaja. Untuk rombongan has tidak digalakkan ke sini. Agak jauh perlu berjalan dari jalan besar, dan jalan agak becak. Perjalanan dalam 5 minit menaiki kereta.

(kalau datang secara rombongan sesuai ke Ladang Anggur di Bertam Valley, bas boleh parking di tepi jalan). Tapi sekarang bukan musimnya

Jalan ni akan melalui kawasan pertanian( ladang sayur). Jadi jangan hairan dan panik bila anda banyak nampak lori sayur, kawasan kilang macam tak siap, ramai pekerja warga asing. Ladang tersebut berada di hujung jalan. Kalau tak yakin, boleh berhenti tanya jalan pada pekerja warga asing sekitar, mereka peramah je.

Untuk parking kereta, boleh je parking betul-betul depan ladang anggur tersebut. Jadi, ladang anggur Blue Valley ni lebih mesra warga emas dan OKU berbanding ke ladang anggur di Bertam Valley. Bolehlah korang bawa ibu bapa, nenek dan datuk ke sini merasai pengalaman ke ladang anggur.

Kawasan petak ladang anggur ni tidak dibuka semua untuk umum. Hanya satu petak je dibuka untuk orang ramai, masa ni anggur tengah melayut layut masak ranum, buah tidak boleh disentuh dan dipetik. Hanya boleh berselfie, berwefie je kat sini.

Kalau korang nak beli, korang boleh ke tempat pembungkusan anggur dan tomato untuk beli. Hanya berhadapan dengan ladang anggur tu. Ada juga dijual sayur fresh lain di sana. Ladang dibuka bermula 8 pagi sehingga 6 petang.
Semoga perkongsian ni memberi manfaat, tak ramai tahu kewujudan ladang anggur ni... Korang perhatikanlah sign board dalam gambar tu ye.. Tekan waze tauuu cari. Sekarang ni moden dah..
K.C. Kwang & Sons Grape & Tomato Farm
So..ikut je direction dari sini dan waze untuk ke ladang anggur n tomato ni..

LK.C. Kwang & Sons Grape & Tomato Farm
33, Main Road,, Kampung Raja, 39000 Tanah Rata, Pahang, Malaysia
+60 5-498 3150
https://maps.app.goo.gl/HVmuid1UucAEwTBX8

Jadi kepada yang berminat nak ke Cameron Highlands dan tengah mencari homestay yang VIRAL dan OHSEM bolehlah hubungi kami segera untuk tempahan.

Sekali datang takkan menyesal 😉

Terus whatsapp untuk booking dan pertanyaan :

www.wasap.my/60145076067 (Cikgu Iqbal)
www.wasap.my /60134296070 (Cikgu Zati)

https://gobokhomestaycameron.wordpress.com

Intagram : _gobokhomestay

Facebook : https://m.facebook.com/GOBOK-Homestay-Cameron-168955097086946/?ref

By Gobok Homestay Cameron

LADANG ANGGUR CAMERON DI BLUE VALLEY! Citer anggur lagi... Kali ini ke Blue Valley Cameron Highlands! Asyik ke ladang strawberry jer, apa kata cuba ke sini...

Musim Anggur Blue Valley!Boleh baca di bawah untuk panduan ya!
14/06/2022

Musim Anggur Blue Valley!
Boleh baca di bawah untuk panduan ya!

Nak up satu kali! Sebab cuti baru ni ramai yang terkena
14/06/2022

Nak up satu kali! Sebab cuti baru ni ramai yang terkena

16/05/2022

Cameron Highlands berkabus!

Cuaca panas dijangka sampai September 🥵Ada yang nak bersejuk-sejuk di Cameron Highlands?Ada yang mencari homestay di Cam...
12/05/2022

Cuaca panas dijangka sampai September 🥵

Ada yang nak bersejuk-sejuk di Cameron Highlands?

Ada yang mencari homestay di Cameron Highlands? Pm kami cepat!

Indahnya saat GEMBIRA hanya seketika,Indahnya MIMPI kadang-kadang tak pasti,TAPI......Indahnya Ramadhan tidak dapat ditu...
02/04/2022

Indahnya saat GEMBIRA hanya seketika,
Indahnya MIMPI kadang-kadang tak pasti,

TAPI......

Indahnya Ramadhan tidak dapat ditukar ganti.

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

Ikhlas daripada:
Gobok Homestay Cameron

GELOMBANG HABA? ☀️ Di Malaysia, GELOMBANG HABA ditakrifkan apabila suhu maksimum harian melebihi 37°C untuk 3 hari bertu...
01/04/2022

GELOMBANG HABA?

☀️ Di Malaysia, GELOMBANG HABA ditakrifkan apabila suhu maksimum harian melebihi 37°C untuk 3 hari berturut-turut dan kebiasaannya berlaku pada Mac-April.
☀️ Ia boleh mengakibatkan jerebu, kemarau dan menjejaskan kesihatan seperti strok haba.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk:
⭕️ minum air secukupnya
⭕️ hadkan aktiviti luar dan
⭕️ pakai pakaian yang mudah menyerap peluh






Sumber:

Mungkin akan sedikit cabaran kan berpuasa dalam keadaan panas melampau?

Kalau nak merasa pengalaman berpuasa dalam suhu dingin, jom la naik Cameron Highlands!

Ayuhhhhhh naik Cameron Highlands sepanjang bulan puasa ni.😍

Mencari homestay 3 bilik tidur dan 2 bilik air di Tanah Rata? Pm kami ya.

www.wasap.my/60134296070

Address

Tanah Rata

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when GOBOK Homestay Cameron posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to GOBOK Homestay Cameron:

Share