My Amazing Tangkak

Directions Website Contact the business

My Amazing Tangkak Meneroka pesona Tangkak - Dari alam, budaya hingga komuniti. Disini bermulanya keindahan Johor.

15/10/2026
π— π—˜π—₯π—”π—™π—”π—ž π—¦π—˜π— π—•π—”π—› π—¦π—˜π—§π—œπ—‘π—šπ—šπ—œ-π—§π—œπ—‘π—šπ—šπ—œ π—§π—”π—›π—‘π—œπ—”π—›Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah serta ucap selamat kepada Dul...
14/10/2026

π— π—˜π—₯π—”π—™π—”π—ž π—¦π—˜π— π—•π—”π—› π—¦π—˜π—§π—œπ—‘π—šπ—šπ—œ-π—§π—œπ—‘π—šπ—šπ—œ π—§π—”π—›π—‘π—œπ—”π—›

Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah serta ucap selamat kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor, sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan pada 14 Oktober 2026.

Semoga Allah SWT merahmati usia Duli Yang Amat Mulia Tunku serta mengurniakan kesihatan, kesejahteraan dan kebahagiaan yang berpanjangan.

Sembah Takzim daripada:

Sekretariat Pelancongan
Majlis Daerah Tangkak.

09/10/2026

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan memberikan sokongan dalam menjayakan Majestic Johor X Amazing Tangkak Festival 2026.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada MEDIA DIGITAL JOHOR, Tourism Johor, MDTangkak, Pejabat Daerah Tangkak, serta semua pihak yang bersama-sama menyumbang kepada kejayaan festival ini. πŸ’™πŸ’›

Semoga kerjasama ini terus memperkukuh usaha mempromosikan keunikan dan potensi pelancongan Daerah Tangkak. πŸ’™πŸ’›

08/10/2026

🀎 Pernah cuba Kuih Gandus? Atau masih tertanya-tanya, apa sebenarnya Kuih Gandus?

Kuih Gandus merupakan antara kuih tradisional negeri Johor yang menjadi warisan masyarakat dan turut dipromosikan sebagai produk warisan Tangkak.

Diperbuat daripada tepung, kelapa, gula dan garam, Kuih Gandus mempunyai tekstur yang lembut dan rasa lemak manis yang cukup memikat. Lebih istimewa apabila dinikmati bersama sambal merah atau sambal hijau.

Selain Gandus Asli, terdapat juga Gandus berinti nenas dan Gandus berinti sambal yang memberikan kelainan rasa kepada pencinta kuih tradisional.

Jika berkunjung ke Tangkak, jangan lepaskan peluang untuk menikmati keunikan Kuih Gandus Lagenda. Mari sama-sama menyokong produk warisan tempatan agar terus dikenali dan diwarisi oleh generasi akan datang.

πŸ“ Facebook & Instagram: Gandus Lagenda
πŸ“ž Puan Lyn: 017-4983493

Kuih Gandus – Warisan Rasa Johor, Kebanggaan Tangkak. ❀️

✨ SOROTAN HARI KEEMPAT | 4 OKTOBER 2026 ✨Hari keempat Majestic Johor X Amazing Tangkak Festival 2026 terus berlangsung d...
06/10/2026

✨ SOROTAN HARI KEEMPAT | 4 OKTOBER 2026 ✨

Hari keempat Majestic Johor X Amazing Tangkak Festival 2026 terus berlangsung dengan penuh kemeriahan dan pelbagai aktiviti menarik! πŸ’›πŸ’™

Daripada Jualan Rahmah Johor, Pertandingan 3S Fun Challenge 2026, edaran baucer tunai, persembahan busker, promosi produk vendor sehinggalah Pertandingan Kuali Panas, Sukan Rakyat Mega & Kebudayaan dan Spicy Challenge, semuanya menambahkan lagi kemeriahan suasana festival. 🎨πŸ”₯πŸŽ‰

Malam p**a diteruskan dengan Happy Hour, Pentas Juara, Cabutan Bertuah Decathlon, Stand Up Comedy bersama Mad Sabah & Nizam Jentik Jentik, serta persembahan istimewa daripada Siti Nordiana yang menghiburkan para pengunjung. 🎀✨

Kemuncak malam diserikan dengan Pentas Juara sebelum tirai Hari Keempat ditutup dengan Acara Tamat. 🌟

Setiap aktiviti, persembahan dan momen yang tercipta menjadi sebahagian daripada kenangan indah Hari Keempat Amazing Tangkak Festival 2026. ❀️

Terima kasih kepada semua yang terus hadir, menyokong dan bersama-sama memeriahkan Majestic Johor X Amazing Tangkak Festival 2026! πŸ™ŒπŸ’›πŸ’™

06/10/2026

Jom kita recap kemeriahan hari pertama bersempena dengan Majestic Johor X Amazing Tangkak Festival 2026 Yang berlangsung di Dataran TangkakπŸ”₯

Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan Majestic Johor X Amazing Tangkak Festival 2026! Korang memang sporting dan suasana dekat Dataran Tangkak
memang happening!

πŸ›οΈ Majestic Johor Festival X Amazing Tangkak Festival 2026
πŸ“… 1 – 4 Oktober 2026
πŸ•™ 10.00 Pagi – 12.00 Malam
πŸ“ Dataran Tangkak
☎️ 011-1081 0408 / 010-395 9818 / 011-2665 9818 / 011-1656 9818 / 011-1672 0408

Tahun ni dah padu, tahun depan ada rezeki kita jumpa lagi di Majestic Johor X Amazing Tangkak Festival 2027. Jom flashback sikit moment indah yang berlangsung semasa di Amazing Tangkak Festival 2027 ini✨


✨ SOROTAN HARI KETIGA | 3 OKTOBER 2026 ✨Hari ketiga Majestic Johor X Amazing Tangkak Festival 2026 terus berlangsung mer...
06/10/2026

✨ SOROTAN HARI KETIGA | 3 OKTOBER 2026 ✨

Hari ketiga Majestic Johor X Amazing Tangkak Festival 2026 terus berlangsung meriah dengan pelbagai aktiviti, pertandingan dan persembahan yang mencipta kenangan istimewa buat semua. πŸ’›πŸ’™

Daripada Ecotride Sagil 2026, Pertandingan Mewarna Bersama Keluarga, Pertandingan Dart Beregu, JTDC Job Fair @ Tangkak hinggalah Himpunan Kereta Mini Cooper & Skate Try Out, kemeriahan bermula seawal pagi! πŸŽ¨πŸŽ―πŸš—

Sepanjang hari turut diserikan dengan persembahan busker, promosi produk vendor, sukan rakyat Chapteh, Hot Air Balloon serta Persembahan Bengkel Seni & Kreatif. 🎢🎈

🌟 KEMUNCAK HARI KETIGA 🌟

Malam diteruskan dengan Grand Cultural Parade, Perarakan Budaya Amazing Tangkak Festival 2026, diikuti Live Performance Dato’ Jamal Abdillah & Ezad Lazim yang menghiburkan para pengunjung. 🎀✨

Kemuncak malam diserikan dengan Majlis Perasmian Pelancaran Logo Amazing Tangkak Festival 2026 yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Sahrihan bin Jani, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor merangkap ADUN Gambir sebelum disusuli dengan pertunjukan bunga api yang menerangi langit Tangkak. πŸŽ†

Malam turut diserikan dengan cabutan Bertuah Decathlon, menjadikan Hari Ketiga penuh dengan pelbagai detik menarik dan kenangan yang tidak dilupakan. ❀️

Address

Majlis Daerah Tangkak
Tangkak
84900

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when My Amazing Tangkak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to My Amazing Tangkak:

Shortcuts

Share