18/07/2026
ZIARAH MASYAIR HAJI & JABAL RAHMAH
Hari ini kami menelusuri bumi yang menjadi saksi kemuncak ibadah haji.
📍 Arafah – Di sinilah para jemaah haji berwuquf pada 9 Zulhijjah. Rasulullah SAW bersabda:
“Al-Hajju ’Arafah.”
“Haji itu ialah (wuquf di) Arafah.”
— Riwayat Abu Dawud, al-Tirmizi dan al-Nasa’i
📍 Jabal Rahmah – Bukit kecil yang terletak di Padang Arafah. Ramai menyangka di sinilah Nabi Adam AS dan Hawa bertemu semula setelah diturunkan ke bumi. Namun, kisah ini tidak mempunyai dalil sahih daripada al-Quran atau hadis. Nama “Jabal Rahmah” p**a muncul dalam riwayat sejarah kemudian, bukan daripada nas Nabi SAW.
Keistimewaan sebenar bukan pada bukit itu, tetapi seluruh Padang Arafah yang menjadi tempat Allah membanggakan hamba-hamba-Nya di hadapan para malaikat pada hari wuquf.
📍 Muzdalifah – Tempat jemaah haji bermalam selepas meninggalkan Arafah serta mengutip anak batu untuk melontar jamrah.
📍 Mina – Tempat melontar jamrah dan bermalam pada hari-hari Tasyrik sebagai mengikuti sunnah Nabi Muhammad SAW.
Semoga Allah mengurniakan kita semua rezeki untuk kembali sebagai tetamu-Nya, sama ada sebagai jemaah umrah mahupun haji. Amin.
Next Umrah
Umrah Untuk Semua