TerraLily Lanchang

TerraLily Lanchang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from TerraLily Lanchang, Travel Service, Kg Cempaka, Karak.

24/05/2026

View of Lanchang

Sebelum vs Selepas..
24/05/2026

Sebelum vs Selepas..

Namun, perjalanan untuk memiliki tanah itu…tidak seindah yang dibayangkan.Hampir 6 bulan lamanya, urusan pembelian terse...
04/05/2026

Namun, perjalanan untuk memiliki tanah itu…
tidak seindah yang dibayangkan.

Hampir 6 bulan lamanya, urusan pembelian tersekat.
Bukan kerana tiada usaha,
tetapi kerana satu perkara yang kecil di mata manusia
namun besar kesannya…
kaveat pendaftar oleh mahkamah yang tertera di dalam geran.

Dari luar, nampak seperti urusan biasa.
Tapi bila melangkah lebih jauh…
barulah terasa betapa rumitnya jalan yang perlu dilalui.
Turun naik pejabat, bertanya sana sini,
hingga akhirnya terpaksa mengupah peguam
untuk merungkai satu demi satu kekusutan yang ada.

Ada saatnya… hampir putus asa.
Rasa seperti mimpi itu semakin menjauh,
walaupun dah berada di depan mata.

Namun dalam setiap kesukaran itu,
Allah selitkan satu pelajaran yang cukup indah
bahawa setiap rezeki itu bukan sekadar diberi,
tetapi diuji… sebelum dimiliki.

Ujian ini bukan untuk melemahkan,
tetapi untuk mengingatkan
supaya hati sentiasa kembali kepada-Nya,
bergantung hanya kepada Dia,
dan percaya bahawa setiap yang berlaku…
pasti ada hikmahnya.

Dan dari kisah ini, ada
satu pesan yang sangat jelas,
buat sesiapa yang berhajat untuk membeli tanah:

Jangan hanya lihat pada harga dan lokasi…
tapi selidiklah geran sebaiknya.

Periksa status tanah, semak kaveat,
fahami setiap butiran
kerana satu perkara kecil di atas kertas,
boleh menjadi halangan besar dalam realiti.

Kadang-kadang kita terlalu
teruja mengejar impian,
hingga terlupa untuk berhati-hati di permulaan.

Biarlah kisah ini menjadi teladan…
bahawa dalam setiap urusan dunia,
usaha dan ilmu itu penting,
dan dalam masa yang sama
doa dan tawakal jangan pernah ditinggalkan.

Kerana akhirnya,
apa yang menjadi milik kita…
tetap akan sampai,
dengan cara yang Allah telah aturkan
Sekian..
TerraLily Lanchang

Hikayat sang si pembancuh air..

14.11.2025Bermula dengan satu bisikan halus di dalam hati…sunyi, perlahan, tapi penuh makna.“Aku nak… satu hari nanti, a...
04/05/2026

14.11.2025

Bermula dengan satu bisikan
halus di dalam hati…
sunyi, perlahan, tapi penuh makna.

“Aku nak… satu hari nanti, ada sebidang tanah.
Bukan sekadar tanah… tapi tempat untuk aku tinggalkan sesuatu,
sesuatu yang boleh beri manfaat…
untuk seseorang yang sangat penting dalam hidup aku.”

Impian itu tak pernah bising.
Dia diam… tapi hidup dalam doa-doa
yang tak pernah putus.
Diselit dalam sujud, dititip dalam harapan yang kadang hampir pudar,
tapi tak pernah mati.

Dan dalam diam itu…
Allah mendengar.

Tanpa diduga, hadir satu cerita dari arah yang tak disangka.
Seorang wanita… usia mencecah 70 tahun,
datang dengan satu niat yang suci
menjual tanah miliknya…
bukan kerana terpaksa,
tapi kerana ingin menjejakkan kaki ke tanah suci, menunaikan haji.

Saat itu… hati koi seakan tersentak.
Seolah-olah benang takdir
yang selama ini halus,
tiba-tiba tersambung dengan begitu jelas.

Subhanallah…
Rupanya, dalam rezeki yang Allah
aturkan untuk koi,
terselit rezeki untuk hamba Allah yang lain.

Bukan sekadar urusan jual beli,
tapi satu pertemuan antara doa dan takdir.
Satu perjalanan yang menemukan dua niat—
satu ingin memberi,
satu ingin pergi memenuhi panggilan Ilahi.

Dan koi sedar…
tanah itu bukan sekadar milik,
tapi amanah.

Amanah untuk memberi manfaat.
Amanah untuk menyambung kebaikan.
Amanah yang bermula dari bisikan hati…
dan disempurnakan dengan izin Allah Yang Maha Mendengar..TerraLily Lanchang

16/04/2026

Tahniah diucapkan kepada Puan Nor Zahira binti Muhammad Azmi 🌸

Seluruh warga Tourism Pahang merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas pelantikan sebagai Pengurus Besar Tourism Pahang yang berkuat kuasa pada 16 April 2026.

Semoga dengan kepimpinan yang berwibawa, Tourism Pahang terus melangkah maju, memperkukuh industri pelancongan negeri serta mencapai lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Selamat menjalankan amanah dan semoga terus cemerlang dalam menerajui organisasi ini. Selamat Datang Puan!

16/04/2026

Selamat Bersara, Encik Kamaruddin bin Ibrahim.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, kepimpinan dan dedikasi sepanjang menerajui Tourism Pahang. Sumbangan dan komitmen yang dicurahkan telah banyak memacu kemajuan sektor pelancongan negeri ini.

Semoga segala pengalaman yang berharga menjadi kenangan terindah, dan perjalanan baharu selepas persaraan ini dipenuhi dengan kebahagiaan, kesihatan yang baik serta masa berkualiti bersama keluarga tersayang.

Terima kasih atas segalanya. Jasamu dikenang selamanya.

Address

Kg Cempaka
Karak
28500

Opening Hours

Monday 09:00 - 19:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TerraLily Lanchang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category