04/11/2025
Alhamdulillah, jemaah NAFT Travel telah selamat tiba di Taif, sebuah kota indah yang terletak di kawasan pergunungan berhawa sejuk β hanya sekitar 1 jam setengah perjalanan dari Makkah Al-Mukarramah. π€οΈ
Kota ini terkenal bukan sahaja dengan buah delima, madu, dan ladang bunga mawar, tetapi juga kerana sejarah dakwah Rasulullah ο·Ί yang penuh pengorbanan di sini. Di sinilah Baginda pernah diuji dengan tentangan penduduk Taif, namun tetap mendoakan kebaikan buat mereka.