06/01/2020
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.
Seperti yang sedang berlaku kebelakangan ini, Pengurusan baharu RayaniAir sedang menangani isu-isu tersebut. Sekadar perkongsian dengan semua orang, Pengurusan baharu RayaniAir dalam proses untuk mendapatkan temujanji dengan MAVCOM serta Kementerian Pengangkutan Jalan YB Menteri Anthony Loke Siew F**k untuk urusan mendapatkan kembali lesen. Seperti sedia maklum, RayaniAir tidak pernah mengalami sebarang insiden yang melibatkan kemalangan tetapi hanya mempunyai masalah kewangan. Hal ini kerana, segala perbelanjaan RayaniAir adalah dari poket Dato Karthiyani dan Ravi Alagendrran sahaja. RayaniAir tidak mempunyai rakan niaga ataupun pinjaman daripada mana-mana bank sebelum ini semasa penerbangan dijalankan. Oleh sebab itu, Lesen Penerbangan RayaniAir ditarik balik kerana masalah kewangan, tetapi dalam masa yang sama pemilik syarikat turut membayar gaji pekerja yang tertunggak secara berkumpulan dan membayar semula balik tiket penerbangan pelanggan secara berkumpulan juga. Kami juga mohon sokongan anda semua memberikan kami peluang kedua untuk mendapatkan kembali lesen kami serta dapat kembali beroperasi semula dengan konsep yang sama iaitu Penerbangan Patuh Syariah Pertama di Malaysia. RayaniAir merupakan penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia, siapa lagi akan meneruskan penerbangan patuh syariah kalau bukan RayaniAir. Jadi kami memohon sokongan daripada anda semua. Terima Kasih.