ItineraryPlanner.my - Your Japan DIY Planner

  • Home
  • ItineraryPlanner.my - Your Japan DIY Planner
Call Directions Contact the business

ItineraryPlanner.my - Your Japan DIY Planner Kami bantu untuk custom itinerary anda di Jepun.

Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam business travel agency di Jepun, kami boleh memudahkan urusan anda untuk jimat masa dan jimat bila melancong di Jepun.

Travelling to Japan? Nah, guna ni masa nak beli makanan. Simply tunjuk je dekat seller, paling kurang diorang akan jawab...
28/06/2025

Travelling to Japan? Nah, guna ni masa nak beli makanan. Simply tunjuk je dekat seller, paling kurang diorang akan jawab “okay” dengan “no”

Semoga membantu korang nak dapatkan makanan halal sepanjang travel ke Jepun nanti 😊

Kalau pergi Osaka, korang akan jumpa Tsutenkaku Tower ni, bangunan ikonik yg melambangkan OsakaBiasa orang pergi area Sh...
25/06/2025

Kalau pergi Osaka, korang akan jumpa Tsutenkaku Tower ni, bangunan ikonik yg melambangkan Osaka

Biasa orang pergi area Shinsekai untuk tangkap gambar kenangan dengan background tower ni

Tapi tahu tak, sebenarnya korang boleh terjun tau dari atas tower ni 📍 bagi peminat aktiviti lasak, boleh try aktiviti “Dive and Walk” dekat sini, kos dia dalam 3,000yen

Bukan tower sekadar tower okayyy 😆

PEMINAT ANIME ONE PIECE??Kumamoto dekat Japan ni mungkin untuk korang!Dekat sini, bukan sahaja korang boleh tengok penin...
21/06/2025

PEMINAT ANIME ONE PIECE??

Kumamoto dekat Japan ni mungkin untuk korang!

Dekat sini, bukan sahaja korang boleh tengok peninggalan sejarah macam Kumamoto Castle, tapi juga boleh explore One Piece Statues Tour! Yup, tour dari pagi sampai petang pergi jejak semua tempat yang ada One Piece statues since statues ni dia scattered

Boleh acah-acah macam explorace gituuu!

Kadang kami bagi gambar gugel, kadang kami melukis sambil rekod video. Kami explain dekat customer supaya mereka nampak ...
20/06/2025

Kadang kami bagi gambar gugel, kadang kami melukis sambil rekod video. Kami explain dekat customer supaya mereka nampak gambaran awal perjalanan trip nanti macam mana

Bukan apa, kami faham je kalau travel, sebolehnya kita nak jejak banyak tempat. Tapi… ada yg lebih penting untuk difikirkan

Kita akan happy tak dengan trip tu nanti kalau rushing?

Kalau sebut Nara, kebanyakan orang akan ingat Nara Park. Yes, tempat yang penuh rusa liar berkeliaran tuuTapi sebenarnya...
20/06/2025

Kalau sebut Nara, kebanyakan orang akan ingat Nara Park. Yes, tempat yang penuh rusa liar berkeliaran tuu

Tapi sebenarnya, kalau korang ke Nara Park, ada satu tempat yg menarik untuk korang singgah. Kalau korang jenis s**a involve dgn cultural activities

Nara Visitor Center! Paling best nak masuk sini free je, boleh pakai kimono jugak untuk tangkap gambar, free! Tempat solat yg proper pun ada, just bagitau je staff diorang kata nak solat, nanti diorang akan tunjukkan 😉

TEMPAT CHILL YANG SENANG ACCESS KORANG BOLEH PERGIIni antara tempat chill yang best dekat Jepun untuk first timer. Tengo...
19/06/2025

TEMPAT CHILL YANG SENANG ACCESS KORANG BOLEH PERGI

Ini antara tempat chill yang best dekat Jepun untuk first timer. Tengok city view je kadang bosan juga, korang boleh pergi tempat2 ni untuk escape kejap dari view sibuk 😉

Prefer pergi trip sendiri sebab tak nak terikat dengan timing kalau pergi ngan travel agency. Tapi tu lah, renyah, pening nak susun itinerary sendiri? Jom biar kami bantu susunkan trip impian korang!

Bagitau je nak macam mana, kami bantu susunkan lengkap dengan panduan transportation, kedai makan halal, sekali tempat solat. Estimation cost breakdown pun kami tolong kirakan sekali 📍

TripJapan

KEDAI HALAL DEKAT TOKYO KORANG BOLEH TRY!Jalan2 dekat Jepun, tak semestinya korang tak boleh makan sedap2. Sekarang dah ...
14/06/2025

KEDAI HALAL DEKAT TOKYO KORANG BOLEH TRY!

Jalan2 dekat Jepun, tak semestinya korang tak boleh makan sedap2. Sekarang dah banyak kedai makan yang dah sediakan makanan Jepun authentic & yang penting, HALAL!

SAVE dulu untuk rujukan akan datang 😉

FOLLOW untuk lebih banyak info tentang Japan! 🇯🇵

Ramai orang ingat travel ke Jepun mahal sebab negara tu sendiri mahal.Padahal bukan salah JepunTapi salah cara kita plan...
03/06/2025

Ramai orang ingat travel ke Jepun mahal sebab negara tu sendiri mahal.

Padahal bukan salah Jepun
Tapi salah cara kita plan

Ni benda sebenar yang selalu buat kos travel Jepun jadi mahal

Pertama, beli pass tren tanpa faham laluan
Ramai terus beli JR Pass sebab nampak orang lain beli
Padahal kalau travel sekitar Osaka dan Kyoto je, guna pass kawasan lagi jimat
Kalau salah beli, rugi beratus

Kedua, tukar-tukar tempat banyak sangat
Hari ni kat Tokyo, esok kat Osaka, lusa kat Hokkaido
Naik tren jauh-jauh, hotel pun kena tukar banyak kali
Kos tren naik, masa pun habis

Ketiga, hotel jauh dari stesen
Nampak harga murah, tapi setiap hari kena jalan 20 minit atau naik bas
Hujung-hujung kena tambah kos dan tenaga yang tak sepatutnya

Keempat, makan luar setiap masa
Kalau tak plan siap-siap tempat halal yang mampu milik
Akhirnya makan kat restoran mahal sebab dah lapar sangat
Atau makan convenience store je sepanjang trip

Kelima, tak tahu bila waktu low season
Kalau pergi masa peak season macam sakura atau cuti sekolah Jepun
Flight mahal, hotel mahal, semua benda pun naik harga

Keenam, itinerary tak ikut kawasan
Tempat A ke tempat B nampak dekat kat map
Tapi realitinya kena tukar 3 tren, ambil masa 1 jam lebih
Duit habis, masa pun terbazir

Sebab tu bila nak travel ke Jepun
Kena ada perancangan yang tepat, bukan ikut angin

Kalau korang guna itinerary planner yang dah siap susun ikut lokasi, bajet dan waktu
Baru la trip jadi smooth
Tak lari bajet, tak lari masa

Paling best — korang tahu berapa korang akan belanja setiap hari, bukan agak-agak

10 Kesilapan Ramai Buat Masa Travel DIY ke JepunTravel ke Jepun secara DIY memang seronok. Bebas, puas hati dan boleh ik...
01/06/2025

10 Kesilapan Ramai Buat Masa Travel DIY ke Jepun

Travel ke Jepun secara DIY memang seronok. Bebas, puas hati dan boleh ikut masa sendiri. Tapi dalam seronok tu, ramai juga yang tak sedar dia ulang silap yang sama.

Pertama:
Terlalu banyak tempat dalam satu hari. Akhirnya semua jadi rushing dan penat. Tak sempat nak betul-betul enjoy setiap tempat.

Kedua:
Beli JR Pass tanpa tahu laluan sebenar. Tak semua orang perlukan JR Pass. Kadang-kadang pass kawasan lain lebih jimat.

Ketiga:
Tak study sistem tren siap-siap. Bila sampai baru nak faham cara naik tren, tukar line dan baca papan tanda Jepun. Buang masa.

Keempat:
Guna satu apps je. Google Maps okay, tapi apps macam Navitime atau Japan Travel by NTT Docomo lagi tepat untuk naik tren.

Kelima:
Terlalu bergantung pada internet. Bila tak ada line, terus blur. Semua benda tak boleh buka. Simpan semua info penting secara offline.

Keenam:
Main redah cari makanan halal. Hujung-hujung makan roti Gardenia je. Cari info halal siap-siap, save lokasi restoran.

Ketujuh:
Itinerary tak ikut lokasi. Lompat tempat jauh-jauh dalam satu hari. Banyak masa habis dalam tren je.

Kelapan:
Tak tahu waktu puncak tren. Elok keluar awal pagi, bukan masa orang Jepun pergi kerja.

Kesembilan:
Tak tahu beza stesen. Kadang nama sama tapi tren lain. Contoh Ueno Station ada banyak jenis — kena tahu mana satu.

Kesepuluh:
Tak prepare mental untuk jalan banyak. Jepun ni negara jalan kaki. Kalau tak biasa, memang penat.

Travel DIY memang syok, tapi kena ada strategi. So korang dah tahu kan? Lepas ni jangan terbuat lagi ye..

Perasan tak makanan Jepun tak manis?Kalau korang dah biasa makan kuih Melayu, kek coklat, atau teh tarik kawMula-mula ma...
01/06/2025

Perasan tak makanan Jepun tak manis?

Kalau korang dah biasa makan kuih Melayu, kek coklat, atau teh tarik kaw
Mula-mula makan dessert Jepun, mesti rasa…
“Eh, ni makanan ke diet?”

Tapi itulah budaya dia

Orang Jepun jarang guna gula berlebihan dalam makanan
Bagi diorang, manis tu bukan rasa utama
Diorang lebih hargai rasa asli bahan

Contohnya mochi
Luar nampak comel, dalam isi kacang merah
Rasa dia lemak, kenyal, dan manis tu cukup-cukup je

Atau dorayaki
Yang dalam kartun Doraemon tu
Nampak macam pancake
Tapi rasa dia… sangat ringan
Tak melekat kat tekak

Kalau kek pun, kebanyakan kek Jepun sangat ringan dan kurang gula
Krim dia pun tak muak
Tu yang buat kita boleh makan sampai dua tiga slice tanpa sedar

Sebab tu orang Jepun jarang ada masalah kencing manis walaupun s**a makan dessert
Sebab portion kecil
Dan manis dia sangat terkawal

Bagi orang Malaysia, mungkin rasa kurang kick
Tapi kalau dah lama kat sana, lidah korang akan mula appreciate rasa subtle macam tu

Pernah rasa dessert Jepun?

Address


Telephone

+60182383826

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ItineraryPlanner.my - Your Japan DIY Planner posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to ItineraryPlanner.my - Your Japan DIY Planner:

Shortcuts

  • Want your business to be the top-listed travel agency?

Share