09/09/2026
Bila ada trip Balkan, dari Sarajevo menuju ke Mostar, kami mesti akan bawa peserta-peserta singgah ke sebuah masjid di kampung kecil ni berdekatan dengan Konjic.
Satu momen yang istimewa, bila dapat berinteraksi dengan orang tempatan sambil dihidangkan kopi Bosnia yang sebenar.
Masjid ini cumalah masjid yang kecil, tetapi masjid ini dijaga oleh seorang imam yang berjiwa besar. Seorang imam muda yang menghidap penyakit barah otak, sehingga terzahir pada fizikalnya.
Tetapi imam ini tetap kuat untuk mejalani kehidupan. Baginya, dia ingin terus berjuang untuk hidup kerana ingin mendidik anak-anak Bosnia dengan agama.
Bosnia yang pernah berdarah, sedang cuba untuk pulih. Umat Islamnya pernah dibantai, masih terlihat kesannya dan bukti genosida itu terlihat di mana-mana. Di masjid ini juga, dimakamkan beberapa orang syahid yang menjadi mangsa Perang Bosnia.
Kembara dengan kami ini bukan sekadar pergi berjalan-jalan. Dalam kembara ini, kami juga ingin menerapkan pengisian jiwa, merasai kehidupan di sisi dunia yang lain, supaya kita menjadi seorang yang lebih bersyukur.