11/06/2026
Berikut merupakan gambaran artistik Pusat Latihan Baharu JDT yang terletak bersebelahan dengan Stadium Sultan Ibrahim.
Boleh dikatakan, jika projek ini berjaya disiapkan seperti yang dirancang, ia bakal menjadi antara pusat latihan paling mewah dan tercanggih bukan sahaja di rantau ASEAN, malah mampu berdiri sebaris dengan fasiliti terbaik di Asia.
Menariknya TMJ turut meninggalkan komen di Instagram berbunyi โmy last gift/contribution to Johor Footballโ.
Kenyataan tersebut sudah pasti menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan penyokong. Namun jika benar projek ini merupakan hadiah terakhir TMJ kepada bola sepak Johor, ia pastinya menjadi satu legasi besar yang akan terus memberi manfaat kepada pembangunan JDT dan bola sepak Johor untuk jangka masa panjang.