D' Perdana Homestay Alor Setar

D' Perdana Homestay Alor Setar Homestay di pusat bandar Alor Setar. Terdapat dua unit di kawasan perumahan yang sama. RM 200/Unit/Hari.

Setiap unit dilengkapi 3 bilik beraircond, 2 tandas, 1 machine basuh dan ampaian, dapur dilengkapi peti sejuk, periuk nasi, cerek air dan dapur masak.

19/02/2023

SEMPERIT KLASIK
Mariana Zainal
-
Resipinya
250g butter
1 biji kuning telur.
1/2 cawan gula aising(sy guna gula pasir yg dikisar halus)
Sedikit pewarna kuning telur
(Gaul semua bahan di atas guna senduk hingga sebati)

Kemudian masukkan..
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastard
1 cawan tepung jagung
(Uli hingga adunan tidak melekat ditangan..Jika terlembik tambah sikit jer tepung gandum)
Rehatkan doh 15 minit..

Terap adunan guna acuan..Bakar selama 20 25mnt sampai masak.. .suhu 170'-180' (ikut suhu oven masing2)api atas dan bawah

P/S..s**atan gram dan teknik yg betul dalam penghasilan biskut memainkan peranan untuk dapatkan biskut yang kukuh dan cantik...ramai yang gagal kerana kesilapan teknik.
Nampak senang sebenarnya rumit..
InshaAllah nanti sy siapkan modul yang lebih detail untuk tart nanas dan semperit..

19/02/2023

TART NENAS PREMIUM 💕

════•❁🌸🌹🌼❁•════

Bahan Bahan :

Bahan A :
500g mentega tulen
3/4 cawan susu pekat
3 sb minyak sapi tulen
1 sb esen vanilla

Bahan B :
2 biji kuning telur

Bahan C( diayak ) :
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung kastard bird
1/4 cawan susu tepung
2 sk emplex
6 - 7 cawan tepung gandum cap ros

Bahan Lain :
inti tart nenas premium
egg wash
acuan tart nenas

Cara Cara :

satukan ke semua Bahan A di dalam bekas dan kacau sebati .
masukkan Bahan B , aduk rata .
kemudian masukkan Bahan C kecuali tepung gandum dan gaul sebati .
akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau lagi sehingga sebati .
tepung tidak perlu dihabiskan jika adunan sudah tidak melekat dijari .
setelah adunan siap , masukkan doh ke dalam acuan tart .
tekan dan gulung bersama inti nenas yang digentel kecil membujur .
susun di dalam loyang yang telah dialas dengan kertas pembakar .
sapukan egg wash pada bahagian atas tart nenas .
ulang proses sehingga selesai .
bakar pada suhu 180• selama 25 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing masing .
Dah siapp yaa🥰😍😘🙏🏻

Kredit: Farisya

10/02/2023

Jeli Sagu Mangga Viral💛

Pencuci mulut yang sempurna waktu berbuka. Selamat menicuba. 👌

Bahan-bahan:
2 biji mangga masak, dadu
3/4 boleh susu pekat
1/2 tin susu pekat Jersey Mango (pilihan), untuk agar-agar
1 pek agar-agar, jelas
1 cawan sagu
1 krim serba guna
Gelatin & susu pekat mango tu untuk buat agar-agar.

Kredit: Food Kraft

10/02/2023

RESEPI AYAM MASAK MERAH RUMAH KENDURI STYLE (SIMPLE & SEDAP) :
Bahan² :
Ayam 1 ekor (gaul garam kunyit, goreng separa masak)
Cili kering 10-12 tangkai (rebus dan mesin bersama sedikit belacan)
Serai 2 batang diketuk
Air asam jawa 1 mangkuk kecil
Sos cili 3 sudu besar
Sos tomato 2 sudu besar
Garam, serbuk hilal, gula (saya guna gula kabong)
Bahan kisar :
Bawang besar 3 ulas
Bawang putih 5 ulas kecil
Halia besar ibu jari
Cara² :
1) Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga naik bau. Lepas dah wangi, masukkan cili kisar. (Saya guna cili boh yg siap dah ja) dan serai.
2) Tumis hingga pecah minyak. Masukkan air asam jawa, sos dan gula kabong. Tambah air sikit lagi ikut kepekatan yg korang nak.
3) Kacau rata, dan masukkan ayam. Perasakan dengan serbuk hilal & garam.
4) Rasa dah ngam, boleh tabur hirisan bawang besar + cili besar + daun ketumbar + bawang goreng. Perghhh mantap pak abu.
Selamat mencuba
kredit empunya resepi

10/02/2023

Siappp...🤗 SAMBAL GARING pedas 🔥🔥🔥
Resepi...
Cili kering yg pedas( cuci tos dn goreng dgn minyak,jgn lama sbb cepat garing),dn blend kering dgn sedikit garam, ( guna garam halus )
Ikan bilis ( goreng garing )
Bawang merah ( goreng garing)
Bawang putih ( goreng garing )
Cara2..
Panas kn sedikit minyak (2,3 sudu mkn) guna api kecil...
Masukkn semua bahan kacau bia sebati,tunggu sejuk bleh simpan dlm bekas....😁siapppp
Makan dgn bubur pun sedap🤤🤤🤤
Sumber: Siti Zubaidah Hassan

03/02/2023

Resipi Ayam Masak Bawang

1. 2 bj bwg besar..hiris nipis..goreng jd bwg goreng...
2. 6 ketul ayam..garam kunyit..goreng separuh msak (guna minyak goreng bwg td)..ketepikn
3. Tumis (guna minyak ayam)..3 sekwn + daun pandan + 2 s/b pes bwg putih halia..smpai wangi..pastu msuk pes bwg besr (blend 1 bj)
4. Msuk 2 s/b setiap satu..sos tomato + sos cili + sos tiram + serbuk cili (blh kurang @ tmbh) + 1 s/k Garam Masala & 1 s/k Jintan Putih..*blh juga tmbh sikit rempah daging(opt)..msak smpai pekat & pecah minyak...
5. Msuk garam (sikit dulu) + 1s/b gula (adjust sndiri)..msuk ayam goreng td..kacau sebati smpai kuah berpalut pd ayam...perasa bg cukup rasa masam manis masin...
6. Msuk bwg goreng (lg b*k lg sedp)..kacau sebati...SIAP...

**Selamat Mencuba*

03/02/2023

Begedil daging

Bahan2
8 biji kentang
2 keping bege daging Ramly ( daging cincang Uwan dah abis...guna apa yg ada ✌🏻)
4sb bawang goreng
3 tangkai daun bawang diracik
1sb serbuk lada sulah
1sb maggie cukup rasa ( s**a masin tambah lah lagi )
Minyak unk mengoreng
Telur dua biji

Cara2nya:
Panaskan minyak
Goreng kentang
Daging bege goreng tanpa minyak..sekejap je..tebalik2 kan..tutup api..
Masukkn kentang yg dah digoreng & daging bege dlm bekas..
Lenyekkn sampai hancur
Masukkn serbuk lada sulah, bwg goreng, daun bawang dan maggi cukup rasa..
Gaulkan sampai sebati
Dah sebati..bulat2 kan kemudian leperkn sikit
Pecah kan telur..
Masukkn begedil dlm telur ...dan goreng..
Goreng hingga agak keperangan dan angkat...

Sambal kicap
Cili padi + bwg putih + garam sikit , gula & kicap...blend..
Siap

Resepi : Uwan Nolly Epin

03/02/2023

Asam Pedas Tenggiri .

Sediakan:

3 keping ikan tenggiri
Daun kesum
Bunga kantan
Halba
Asam keping

Kisar :

Bawang besar 2 biji
Bawang merah 5 biji
Bawang putih 5 ulas
Cili kering 1 genggam
Halia 1 inci
Lada hitam 2 camca kecil

Cara:

1. Panaskan minyak dalam kuali . Masukkan halba , bila dah naik bau masukkan bahan kisar . Biar garing .
2. Masukkan air . Sukat ikut kepekatan yg kita nak . Perasakan secukup rasa masam masin pedas nya . Lepastu boleh masukkan ikan , daun kesum , bunga kantan dan asam keping .
3. Reneh smpai ikan masak , siap untuk dihidangkan !

Kredit lina kasmani

Address

No. 16 Taman Sri Menanti Jalan Waja 2 Off Jalan Gangsa
Alor Setar
05150

Telephone

+60194410999

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when D' Perdana Homestay Alor Setar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share