DMC Travel & Tours Sdn Bhd

Call Directions Contact the business

DMC Travel & Tours Sdn Bhd Kami adalah sebuah syarikat pelancongan yang menyediakan kepelbagaian dalam pakej pelancongan dan umrah.
(1)

Impian kami adalah untuk menyediakan platform yang memudahkan urusan anda melancong ke persada dunia.

𝐋𝐞𝐧𝐬𝐚 𝐃𝐌𝐂 𝐌𝐀𝐒 𝐀𝐢𝐫𝐥𝐢𝐧𝐞𝐬 : ❤️ 𝐏𝐞𝐧𝐞𝐫𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐌𝐂 𝟐 𝐍𝐎𝐕 𝟐𝟎𝟐𝟔 ❤️ Aktiviti : Pelepasan jemaah umrah ke Jeddah🕋 SELAMAT BERANGKAT...
03/11/2026

𝐋𝐞𝐧𝐬𝐚 𝐃𝐌𝐂 𝐌𝐀𝐒 𝐀𝐢𝐫𝐥𝐢𝐧𝐞𝐬 :
❤️ 𝐏𝐞𝐧𝐞𝐫𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐌𝐂 𝟐 𝐍𝐎𝐕 𝟐𝟎𝟐𝟔 ❤️

Aktiviti : Pelepasan jemaah umrah ke Jeddah

🕋 SELAMAT BERANGKAT, TETAMU ALLAH 🤍

Alhamdulillah, 2 November 2026 | 7.00 malam.

Satu perjalanan, seribu harapan. Semoga seluruh jemaah DMC Travel dipermudahkan urusan menuju ke Tanah Suci, dikurniakan kesihatan yang baik dan memperoleh umrah yang mabrur.

Selamat menjadi tetamu Allah. Semoga setiap langkah diberkati-Nya. �



🤲🏻 Alhamdulillah, selesai sudah sesi Kursus Umrah bersama para pelajar SMP Vokasional Indahpura, Kulai.Semoga perkongsia...
01/11/2026

🤲🏻 Alhamdulillah, selesai sudah sesi Kursus Umrah bersama para pelajar SMP Vokasional Indahpura, Kulai.

Semoga perkongsian ilmu dan pengalaman ini menjadi bekalan yang bermanfaat serta memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang persediaan, penghayatan dan perjalanan dalam menunaikan ibadah umrah.

Mudah-mudahan suatu hari nanti, ilmu yang dipelajari ini menjadi asbab untuk mereka menjadi tetamu Allah SWT. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin. 🌹❤️

Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada DMC Travel & Tours.

26/10/2026

🕋 SELAMAT KEMBALI JEMAAH DMC TRAVEL 🤍

Alhamdulillah, selamat kembali ke tanah air buat semua jemaah DMC Travel melalui penerbangan Etihad Airways.

Dalam keadaan yang mencabar di Tanah Suci, syukur ke hadrat Allah SWT kerana segala urusan dipermudahkan dan perjalanan umrah berjalan dengan lancar.

Terima kasih atas kepercayaan, kesabaran dan kerjasama yang diberikan kepada pihak DMC Travel.

Semoga segala ibadah diterima Allah SWT, dikurniakan umrah yang mabrurah dan menjadi tetamu-Nya lagi pada masa akan datang. 🤲🏻💚

اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنْهُمْ وَاجْعَلْ عُمْرَتَهُمْ عُمْرَةً مَبْرُورَةً

Ya Allah, terimalah ibadah mereka dan kurniakanlah mereka umrah yang mabrurah. 🤍

𝐋𝐞𝐧𝐬𝐚 𝐃𝐌𝐂 𝐄𝐓𝐈𝐇𝐀𝐃 𝐀𝐢𝐫𝐰𝐚𝐲𝐬 : ❤️ 𝐏𝐞𝐧𝐞𝐫𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐌𝐂 𝟏𝟒 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔❤️Alhamdulillah, ziarah Hudaibiyah antara ziarah yang palin...
25/10/2026

𝐋𝐞𝐧𝐬𝐚 𝐃𝐌𝐂 𝐄𝐓𝐈𝐇𝐀𝐃 𝐀𝐢𝐫𝐰𝐚𝐲𝐬 :
❤️ 𝐏𝐞𝐧𝐞𝐫𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐌𝐂 𝟏𝟒 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔❤️

Alhamdulillah, ziarah Hudaibiyah antara ziarah yang paling menarik dan dinanti-nantikan jemaah! 🤍✨

Bukan sekadar menelusuri sejarah, tetapi macam-macam aktiviti menarik yang jemaah boleh lakukan di sini. Setiap aktiviti membawa pengalaman tersendiri, menghidupkan suasana ziarah dan menjadikan perjalanan ini lebih bermakna.

Bukan sekadar melihat sejarah, tetapi merasai sendiri pengalaman di bumi yang penuh dengan kisah perjuangan Rasulullah SAW. 🌿�

umrah2026 umrahsafwah

𝐋𝐞𝐧𝐬𝐚 𝐃𝐌𝐂 𝐄𝐓𝐈𝐇𝐀𝐃 𝐀𝐢𝐫𝐰𝐚𝐲𝐬 : ❤️ 𝐏𝐞𝐧𝐞𝐫𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐌𝐂 𝟏𝟒 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔❤️ALHAMDULILLAH, JEMAAH DMC DI BUMI TAIF HARI INI 🌹🏔️Selesa...
24/10/2026

𝐋𝐞𝐧𝐬𝐚 𝐃𝐌𝐂 𝐄𝐓𝐈𝐇𝐀𝐃 𝐀𝐢𝐫𝐰𝐚𝐲𝐬 :
❤️ 𝐏𝐞𝐧𝐞𝐫𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐌𝐂 𝟏𝟒 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔❤️

ALHAMDULILLAH, JEMAAH DMC DI BUMI TAIF HARI INI 🌹🏔️

Selesai sudah ziarah Taif bersama jemaah DMC hari ini.

Cuaca sejuk, hati tenang. Jemaah dibawa menziarahi:

📍 Masjid Abdullah Ibn Abbas
📍 Masjid Addas & Kebun Anggur bersejarah
📍 Ladang dan Kilang Minyak Wangi Ros Taif
📍 Pasar Buah Taif

Sempat juga jemaah menikmati buah-buahan segar dan makan tengah hari Nasi Mandi Taif.

Semoga setiap langkah di bumi Taif ini menjadi asbab kebaikan dan pengajaran buat kita semua, mengingati pengorbanan Rasulullah SAW.

Doakan perjalanan jemaah DMC dipermudahkan.

umrah2026 umrahsafwah

𝐋𝐞𝐧𝐬𝐚 𝐃𝐌𝐂 𝐄𝐓𝐈𝐇𝐀𝐃 𝐀𝐢𝐫𝐰𝐚𝐲𝐬 : ❤️ 𝐏𝐞𝐧𝐞𝐫𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐌𝐂 𝟏𝟒 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔❤️Ziarah Arafah 🤍Mengenang kembali bumi Arafah, tempat juta...
23/10/2026

𝐋𝐞𝐧𝐬𝐚 𝐃𝐌𝐂 𝐄𝐓𝐈𝐇𝐀𝐃 𝐀𝐢𝐫𝐰𝐚𝐲𝐬 :
❤️ 𝐏𝐞𝐧𝐞𝐫𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐌𝐂 𝟏𝟒 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔❤️

Ziarah Arafah 🤍

Mengenang kembali bumi Arafah, tempat jutaan umat Islam berhimpun pada 9 Zulhijjah untuk menunaikan wukuf, rukun terpenting dalam ibadah haji.

Di sinilah para jemaah haji berdoa, memohon keampunan dan mengharapkan rahmat Allah SWT. Arafah juga mengingatkan kita tentang pertemuan Nabi Adam AS dan Hawa menurut riwayat yang masyhur.

Semoga ziarah ini menyemai rasa insaf dalam hati, menguatkan keimanan dan menambahkan kerinduan kita untuk kembali menjadi tetamu Allah.

Moga Allah menjemput kita semua ke Tanah Suci untuk menunaikan haji. آمين 🤲🏻

𝐋𝐞𝐧𝐬𝐚 𝐃𝐌𝐂 𝐄𝐓𝐈𝐇𝐀𝐃 𝐀𝐢𝐫𝐰𝐚𝐲𝐬 : ❤️ 𝐏𝐞𝐧𝐞𝐫𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐌𝐂 𝟏𝟒 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔❤️Alhamdulillah, perjalanan jemaah DMC Travel dari Madinah ...
22/10/2026

𝐋𝐞𝐧𝐬𝐚 𝐃𝐌𝐂 𝐄𝐓𝐈𝐇𝐀𝐃 𝐀𝐢𝐫𝐰𝐚𝐲𝐬 :
❤️ 𝐏𝐞𝐧𝐞𝐫𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐌𝐂 𝟏𝟒 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔❤️

Alhamdulillah, perjalanan jemaah DMC Travel dari Madinah ke Makkah menggunakan Haramain High Speed Train yang menjimatkan masa perjalanan. 🤍

Dengan perjalanan sekitar 2 jam sahaja, jemaah dapat menikmati perjalanan yang lebih selesa sebelum meneruskan ibadah di bumi Makkah.

Semoga setiap langkah perjalanan ini dipermudahkan dan dikurniakan umrah yang mabrurah. Amin Ya Rabbal ‘Alamin. 🤲🏻

umrah2026 umrahsafwah

𝐋𝐞𝐧𝐬𝐚 𝐃𝐌𝐂 𝐄𝐓𝐈𝐇𝐀𝐃 𝐀𝐢𝐫𝐰𝐚𝐲𝐬 : ❤️ 𝐏𝐞𝐧𝐞𝐫𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐌𝐂 𝟏𝟒 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔❤️Alhamdulillah, satu lagi momen istimewa buat jemaah DMC T...
21/10/2026

𝐋𝐞𝐧𝐬𝐚 𝐃𝐌𝐂 𝐄𝐓𝐈𝐇𝐀𝐃 𝐀𝐢𝐫𝐰𝐚𝐲𝐬 :
❤️ 𝐏𝐞𝐧𝐞𝐫𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐌𝐂 𝟏𝟒 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔❤️

Alhamdulillah, satu lagi momen istimewa buat jemaah DMC Travel 🤍🌴

Makan malam bersama di ladang kurma, ditemani suasana yang mendamaikan serta sedikit perkongsian ilmu daripada ustaz mutawwif kami.

Bukan sekadar ziarah dan menikmati keindahan bumi Madinah, tetapi turut membawa pulang ilmu dan kenangan yang bermakna.

Semoga setiap langkah perjalanan ini menjadi asbab bertambahnya ilmu, iman dan keberkatan. 🌿

𝐋𝐞𝐧𝐬𝐚 𝐃𝐌𝐂 𝐄𝐓𝐈𝐇𝐀𝐃 𝐀𝐢𝐫𝐰𝐚𝐲𝐬 : ❤️ 𝐏𝐞𝐧𝐞𝐫𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐌𝐂 𝟏𝟒 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔❤️Ziarah Jabal Uhud 🕌Jabal Uhud menjadi saksi sebuah perist...
19/10/2026

𝐋𝐞𝐧𝐬𝐚 𝐃𝐌𝐂 𝐄𝐓𝐈𝐇𝐀𝐃 𝐀𝐢𝐫𝐰𝐚𝐲𝐬 :
❤️ 𝐏𝐞𝐧𝐞𝐫𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐌𝐂 𝟏𝟒 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔❤️

Ziarah Jabal Uhud 🕌

Jabal Uhud menjadi saksi sebuah peristiwa besar dalam sejarah Islam, iaitu Perang Uhud yang berlaku pada tahun ke-3 Hijrah. Di sinilah para sahabat, termasuk Saidina Hamzah RA, bapa saudara Rasulullah SAW, gugur syahid demi mempertahankan Islam.

Bukit ini mengingatkan kita tentang pengorbanan, ketaatan dan keteguhan iman para sahabat.

Semoga ziarah ini menambahkan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW dan para sahabat, serta menguatkan iman di hati. 🤍

Al-Fatihah buat para syuhada Uhud.

umrah2026 umrahsafwah

Address

A-2-3Aa, Blok A, Ostia Bangi Business Avenue. Jalan Ostia 1, Seksyen 14. Bandar Baru Bangi
Bangi
43650

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Friday 09:00 - 17:30
Saturday 09:00 - 13:00

Telephone

+60389208408

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DMC Travel & Tours Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to DMC Travel & Tours Sdn Bhd:

Shortcuts

Share

Nearby travel agencies