Aqua Travel & Tours-HQ

Call Directions Contact the business

Aqua Travel & Tours-HQ Munawwar Travel & Tours Sdn. Bhd. menawarkan pakej umrah pada harga yang berpatutan serendah RM5690.00 , Upah Badal Haji dan Kursus Umrah secara percuma.

06/10/2026
Kursus Umrah dan pembahagian beg kepada sebahagian jemaah penerbangan bulan Okt 2026   Dari Hati Nurani
03/10/2026

Kursus Umrah dan pembahagian beg kepada sebahagian jemaah penerbangan bulan Okt 2026


Dari Hati Nurani

đź•‹ BINA KERJAYA, SEBARKAN MANFAAT BERSAMA AQUA TRAVELKami percaya, membantu seseorang menjadi tetamu Allah bukan sekadar ...
23/08/2026

đź•‹ BINA KERJAYA, SEBARKAN MANFAAT BERSAMA AQUA TRAVEL

Kami percaya, membantu seseorang menjadi tetamu Allah bukan sekadar urusan menjual pakej. Ia adalah satu amanah—bermula daripada memberi penerangan yang jujur, membantu membuat persediaan, sehinggalah memastikan setiap jemaah menerima khidmat yang terbaik.

Aqua Travel membuka ruang kepada anda untuk menjadi sebahagian daripada keluarga kami sebagai Perunding Pakej Umrah (PPU).

Anda tidak semestinya mempunyai pengalaman dalam bidang pelancongan. Apa yang lebih penting ialah kesediaan untuk belajar, berkongsi maklumat yang benar dan membantu lebih ramai insan melaksanakan ibadah umrah dengan yakin serta tenang.

Bersama Aqua Travel, anda akan dibantu dengan:

âś… Portal PPU yang sistematik dan mudah digunakan
âś… Bahan pemasaran rasmi yang sentiasa tersedia
âś… Pautan pendaftaran jemaah atas nama anda
âś… Rekod jemaah yang tersusun dan mudah disemak
âś… Invoice jemaah melalui sistem
âś… Rekod komisen yang jelas dan telus
âś… Sistem tuntutan komisen dan ganjaran
âś… Maklumat pakej, tarikh perjalanan dan kekosongan semasa
âś… Bimbingan serta perkongsian berdasarkan pengalaman sebenar

Kami bukan mahu membina pasukan yang hanya berlumba menawarkan harga paling murah.

Kami mahu membina sebuah keluarga yang memahami nilai amanah, menjaga kepercayaan jemaah dan bersedia memberikan khidmat sehabis baik demi membantu urusan ibadah mereka.

Jika anda sedang mencari ruang untuk membina kerjaya yang mempunyai nilai, memberi manfaat kepada orang lain dan berkembang bersama sebuah agensi umrah yang tersusun, kami mengalu-alukan anda untuk mengenali Aqua Travel dengan lebih dekat.

Ketahui tentang Portal PPU, kelebihan yang disediakan dan cara untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Aqua Travel di sini:

đź”— https://tyba.my/wakilaqua

Aqua Travel & Tours Sdn. Bhd.
Santuni Dari Hati Nurani

Baru-baru ni Arab Saudi umum satu berita yang agak besar.Buat pertama kali dalam sejarah, umat Islam dari luar negara ki...
27/06/2026

Baru-baru ni Arab Saudi umum satu berita yang agak besar.

Buat pertama kali dalam sejarah, umat Islam dari luar negara kini dibenarkan memiliki hartanah di Makkah dan Madinah.

Keputusan ini diluluskan oleh Kabinet Arab Saudi pada 23 Jun 2026 sebagai sebahagian daripada pelan pembangunan Vision 2030.

Siapa yang boleh beli?
âś… Hanya orang Islam.
Bukan Islam masih tidak dibenarkan memiliki hartanah atau memasuki dua kota suci ini.

Boleh beli di mana?
Bukan seluruh Makkah dan Madinah.

Hanya kawasan yang diluluskan seperti:
• Makkah – Jabal Omar, Abraj Makkah, Tilal Village, Masar dan beberapa kawasan lain.
• Madinah – Ruaa Al-Madinah, Downtown Madinah, Knowledge Economic City dan beberapa lokasi terpilih.

Kebanyakannya terletak berhampiran Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Macam mana nak mohon?
Permohonan dibuat melalui platform Saudi Properties.

Penduduk Arab Saudi boleh gunakan Iqama, manakala mereka yang tinggal di luar Arab Saudi perlu mendapatkan ID digital melalui kedutaan atau konsulat Arab Saudi.

Boleh dapat taraf pemastautin?
Ya, jika:
• Hartanah telah siap dibina.
• Nilai sekurang-kurangnya SAR 4 juta.
• Dibayar penuh tanpa pembiayaan atau gadai janji.

Pemilik layak memohon Saudi Premium Residency.

Selama ini, orang luar hanya boleh menyewa sehingga 99 tahun, tetapi tidak boleh memiliki hartanah tersebut.

Kini, umat Islam dari Malaysia, Pakistan, Turki, Mesir dan negara lain berpeluang memiliki rumah sendiri berhampiran dua masjid paling suci dalam Islam.

Dengan sasaran 30 juta jemaah umrah setiap tahun menjelang 2030, ramai menjangkakan nilai hartanah di kawasan-kawasan ini akan terus meningkat.

Apa pendapat anda?

Kalau ada peluang dan kemampuan, adakah anda teringin memiliki sebuah rumah di Makkah atau Madinah?

Jangan lepaskan antara Waktu Doa Mustajab pada Hari Arafah.Ia BERMULA dari waktu Zuhur hingga waktu Maghrib pada Hari Ar...
25/05/2026

Jangan lepaskan antara Waktu Doa Mustajab pada Hari Arafah.

Ia BERMULA dari waktu Zuhur hingga waktu Maghrib pada Hari Arafah.

WAKTU ARAB SAUDI
9 Zulhijjah - SELASA - 26 Mei 2026
Zuhur 🇸🇦 12:19pm
Maghrib 🇸🇦 7:01pm

WAKTU MALAYSIA
9 Zulhijjah - SELASA - 26 Mei 2026
Waktu 🇲🇾 5:19pm
Waktu 🇲🇾 12:01am

Bagi yg berada di 🇲🇾, Puasa pada hari ISNIN 25/5/2026 dikira Puasa Tarwiyah (8 Zulhijjah) manakala Puasa pada hari SELASA 26/5/2026 (9 Zulhijjah 1447H) dikira Puasa Arafah.


Tak tau nak doa apa?

DOA YANG TERBAIK PADA HARI ARAFAH.

1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus.

2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islamku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9. Ya Allah, apabila aku telah meninggal, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi

10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

12. Ya ALLAH, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.

13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu

15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..

28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur,putus asa, salah laku dan syirik.

31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

Semoga kita semua menjadi penghuni SYURGA FIRDAUS.

Hapuskan dosa kami, Ya Allah.

(Tutup dengan selawat)

Aamiin Ya Rabbal Alamin.

GROUP UMRAH TERAKHIR SESI 1446HAlhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT…Group umrah ter...
17/04/2026

GROUP UMRAH TERAKHIR SESI 1446H

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT…

Group umrah terakhir bagi trip 5 – 16 April telah selamat kembali ke tanah air Malaysia dengan sempurna.

Sepanjang sesi 1446H, Allah Ta’ala telah mempermudahkan segala urusan kami dalam menyantuni para tetamu-Nya. Sebanyak 35 trip penerbangan berjaya dilaksanakan dengan rekod 100% jemaah berlepas, dan semua keperluan pakej disempurnakan dengan baik.

Lebih membanggakan, kami mencatatkan sekitar 90% tahap kepuasan jemaah, satu amanah besar yang kami pegang dengan penuh tanggungjawab.

Di sebalik angka dan pencapaian ini, berdiri insan-insan hebat yang menjadi tulang belakang perjalanan ini — barisan Mursyid Aqua dan para mutawwif.

Mereka bukan sekadar membimbing ibadah, tetapi memimpin hati…
Bukan sekadar menjaga jadual, tetapi menjaga emosi dan kebajikan jemaah…
Bukan sekadar bekerja, tetapi berkhidmat dengan penuh keikhlasan sebagai khadam tetamu Allah.

Sesungguhnya, sifat empati, kesabaran dan keikhlasan merekalah yang menjadi kunci kelancaran setiap trip.

Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan juga buat seluruh barisan pengarah Aqua Travel, team operasi Haramain yang diketuai oleh Af Al Hafiz Ust HaFiz Tohir serta seluruh pasukan yang telah bertungkus-lumus menjayakan sesi 1446H dengan begitu cemerlang.

Semoga menjelang sesi 1447H yang bakal bermula pada Jun 2027, kita semua terus diberikan kekuatan untuk mengekalkan momentum ini — lebih komited, lebih tersusun, dan lebih amanah dalam menguruskan perjalanan para tetamu Allah.

Ini bukan sekadar perjalanan… ini adalah amanah.

Address

Jalan BESAR KAMPUNG ALUR LINTANG, KAMPUNG RAJA 22200, JERTEH
Jerteh
22000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Saturday 09:30 - 16:30
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+60139777944

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aqua Travel & Tours-HQ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Aqua Travel & Tours-HQ:

Shortcuts

Share

Category

Nearby travel agencies