29/11/2023
PERLU KE BAWA CASH YANG BANYAK BILA TRAVEL JEPUN?
Ini antara soalan yang selalu orang tanya bila mereka nak melancong. Ini dikhususkan juga bila masuk ke Jepun tahu-tahu tak buat perancangan menyediakan cash yang cukup!
Sebenarnya banyak kedai di Jepun yang masih menerima cash. Seeloknya bawalah cash yang mencukupi, jika tidak boleh saja anda menggunakan alternatif kad Wise, BigPay, atau Visa MAE.
Kalau nak withdraw, boleh saja ke Family Mart mahupun 7E yang berdekatan. Namun caj pengeluaran melalui debit card agak mahal berbanding Wise dan sebagainya.
Kedai makan dan bisnes-bisnes kecil masih menggunakan wang tunai. Dan ia juga bergantung pada tempat yang anda pergi.
Kenapa tiada sistem cashless sepenuhnya? Ini kerana ia untuk mengelakkan warga emas disana dari ditipu. Jepun agak ketinggalan dari segi sistem cashless kerana ada ramai warga emas yang masih tidak pandai membayar menggunakan sistem ini.
Jadi persediaan ini harus dilakukan mengikut tempat yang anda nak pergi. Bawa wang tunai secukupnya terutamanya bila anda nak membeli-belah semasa Trip Port Shopping ini yang akan bermula dari 24 – 28 Februari 2024 ini. Masih ada slot lagi untuk anda daftar, jom klik link di bawah sekarang!